Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Tips Memilih Smartphone / Handphone Camera Terbaik

Telefon adalah satu keperluan pada zaman ini dan boleh dikatakan setiap orang akan ada sekurang-kurang satu handphone di tangan mereka. Pelbagai jenis telefon dan pelbagai jenam boleh kita lihat di pasaran. Di sini saya ingin memfokuskan pada telefon yang boleh dikatakan menjadi kegilaan pada masa kini  iaitu Smartphone berkamera.Memang tidak dinafikan setiap smartphone mempunyai kamera yang mempunyai fungsi seakan-akan fungsi kamera digital.
Dengan perkembangan pesat tekologi kini serta persaingan yang hebat daripada syarikat-syarikat telefon, kini para pengguna mempunyai banyak pilihan bagi memiliki gajet ini. Bagi first user telefon smartphone ini mereka pasti keliru bagi membuat pilihan 'jenis' bagaimanakah smartphone berkamera yang harus mereka beli.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit tips kepada mereka yg ingin membeli smartphone  ini.

1. Megapixel
Ramai yang beranggapan bahawa semakin besar megapixel, semakin cantik gambar dapat dihasilkan. Sebenarnya hipotesis anda salah sama sekali! Megapixel sebenarnya merupakan saiz resolusi gambar yang membolehkan anda mencetak gambar tersebut sama ada besar atau kecil. Sebagai contoh 0.3 megapixel hanya mampu menghasilkan gambar bersaiz 640x480 pixels, manakala 8 megapixel membolehkan anda mendapat gambar bersaiz sehingga 3264x2448 pixels.Oleh yang demikian,handphone berkamera 5 mp adalah memadai.


2. Optik Lensa
Kebanyakkan pengeluar handphone cuba mencari alternative untuk menjadikan penggambaran handphone berkamera mereka menghasilkan penggambaran yang berkualiti. Antara pengeluar handphone yang menggunakan teknik itu ialah NOKIA dengan optic Carl Zeiss dan LG yang menggunakan Schneider-Kreuznach. Namun setakat ini,handphone berkamera terbaik setakat ini adalah menjadi milik Nokia menerusi :-
1. Nokia N82
2. Nokia N8
3. Nokia N808.



3. Fungsi zoom
Anda juga perlu memastikan handphone yang anda ingin miliki mempunyai fungsi zoom yang baik. Ada 2 jenis zoom iaitu digital dan optical zoom. Namun begitu, hasil gambar yang menggunakan di zoom dengan optical zoom adalah lebih baik.



4. Fokus
Fungsi auto focus dan macro shot adalah penting untuk mendapat hasil gambar yang terbaik. Kini, terdapat juga teknologi auto focus yang menyokong focus jenis sentuhan dimana anda hanya perlu menyentuh mana-mana bahagian gambar dan kamera akan memfokus ia secara automatic.



5. Flash
Terdapat 3 jenis flash iaitu LED FLASH dan XENON FLASH. Diantara ketiga-tiga ini, XENON FLASH yang terbaik kerana ia turut digunakan di kamera-kamera biasa. Namun sejak kebelakangan ini pihak pengeluar handphone mengeluarkan kebanyakkannya jenis LED disebabkan factor kos murah dan meminima ketebalan handphone itu sendiri berbanding Xenon flash yang kos yang agak mahal dan menyebabkan saiz handphone agak tebal.Namun kekurangan yang ketaran bagi flash LED adalah ia tidak mampu memberi gambar kualiti terbaik pada waktu malam dan objek bergerak berbanding xenon flash.Jadi bagi mereka yang ingin handphone kamera terbaik factor flash adalah elemen yang penting yang perlu diberikan perhatian.



6. Penutup lensa
Ia berfungsi untuk memastikan tiada habuk atau debu yang terkumpul di permukaan kamera apabila ia tidak digunakan. Kebersihan permukaan lensa amat penting bagi memastikan hasil gambar tidak kabur. Terdapat dua jenis penutup lensa iaitu secara manual dan mechanical shutter.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca