Akibat tekanan perasaan, seorang pelajar tingkatan dua di
sebuah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di daerah Dungun ini nekad untuk
membunuh diri dengan cuba terjun dari bangunan sekolah.
Natijahnya, dia terpaksa menanggung hukuman yang bakal dikenakan akibat perbuatan di luar kewarasannya itu.
Dia yang difahamkan anak ketiga daripada lima beradik itu bakal berdepan hukuman penjara atau denda.
Tertuduh yang sempat ditemui Sinar Harian selepas pendakwaan dilakukan
ke atasnya berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana gagal mengawal
emosi selepas menghadapi masalah pelajaran dan keluarga.
“Saya menyesal melakukan kesalahan itu. Mungkin apa yang saya lalui ini
merupakan pengajaran buat saya. Saya nasihatkan rakan-rakan lain agar
tidak melakukan perbuatan ini kerana ia salah di sisi agama dan
undang-undang,” luah gadis 14 tahun yang berhadapan dakwaan cuba
membunuh diri itu.
Pelajar perempuan terbabit berhadapan dakwaan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.
Dia yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun pagi semalam didapati melakukan perbuatan itu pada jam 9.10 pagi 6 Mac lalu.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pelajar yang berasal dari Kampung Kuala Abang itu bagaimanapun mengaku
bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hazwanie
Hussain Bustari.
Dia dikenakan jaminan sebanyak RM1,500 dan mahkamah menetapkan 24
Disember ini sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan
akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sumber
Kebelakangan ini, masyarakat dikejutkan dengan pelbagai kes bunuh diri dan
cubaan membunuh diri. Ini belum lagi dikira dengan kes terminum racun dan
terjatuh bangunan. Jika orang dewasa yang matang tidak dapat mengawal perasaan,
apatah lagi remaja dan kanak-kanak ramai yang tidak dapat memahami kenapa jalan
terakhir itu yang dipilih.
Semuanya dikaitkan dengan tekanan dan konflik hidup sebagai puncanya.Masalah
mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh
menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku
seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan
baik.
Kini, masalah mental menjadi salah satu ancaman utama kepada seluruh
penduduk dunia dan penduduk Malaysia khususnya. Tinjauan Kesihatan Mobiliti dan
Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60
tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.Statistik ini amat menakutkan,
iaitu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam (1:6)
rakyat negara ini ada penyakit mental.
Carian Dalam Blog
|
|
Post Popular Hari Ini
Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Assalamualaikum dan Salm Sejahtera. Bila dapat gaji aje...kereta pun buat hal. Baru-baru admin balik kampung sebab kenduri sepupu pada h...
-
Punca-punca rantai berbunyi kuat antaranya: a) Bukan kerana rantai tersebut besar atau berat tapi disebabkan keadaan rantai tersebut berde...
-
Salam Sejahtera Admin hari ini ingin berkongsi tentang seorang kenalan yang mengalami masalah jerawat.Pelbagai produk pencuci muka dari ...
-
Baru-baru ini kereta admin mengalami kejadian overheat.Ket ika itu admin dalam perjalan ke pekan di mana secara tiba-tiba ekon tak se juk...
-
Assalamualaikum dan salam Sejahtera. Meloyakan bila mendengarnya bukan? Tetapi pernahkah anda membeli? Belum tentu anda mahu memakannya....
Bacaan bil air 2 bulan sekali merugikan pengguna ?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kenapa admin timbulkan isu ini dalam post kali ini.Mungkin disebabkan tidak tahan dengan bahang kenaikan harga bermacam-macam benda yang diumumkan oleh kerajaan menyebabkan admin menjadi lebih teliti terhadap bil-bil utiliti. .Jadi dari bil air terbaru ini, admin dapat mengesan sesuatu.....yang pelik..yang janggal dan agak mengelirukan...Admin rasa tidak puas hati terhadap cara LAP yang cuba mengaut keuntungan secara tidak bermoral daripada pengguna.
Sebelum ini admin memang tidak pernah ambil pusing tentang bil air disebabkan tanggapan admin bahawa bil air adalah yang termurah di antara bil-bil yang ada seperti bil TNB ,bil ASTRO, bil telefon dan bil internet. Sampai bil air sahaja terus admin bayar kat pejabat POS atau kaunter LAP. Setakat ini admin benar-benar tidak tahu sejak bila LAP menggunakan taktik bacaan 2 bulan sekali.terhadap bil air pengguna Rasanya sudah lama agaknya LAP menggunakan cara bacaan 2 bulan sekali ni.
BAGAIMANA LAP "TERAMBIL" WANG ANDA SECARA ANDA TIDAK SEDARI ?
Persoalan yang bermain-main di kotak fikiran admin adalah kenapa LAP membuat semakan bil air 2 bulan sekali dan kenapa tidak lagi setiap bulan ? Kenapa? Kenapa? LAP Tidak cukup kakitangankah ? Kesian dekat staf setiap bulan kena baca meter air ke rumahkah ?
Berdasarkan bil di atas mari kita tengok sama ada dakwaan admin adalah benar atau sebaliknya :
Tarikh bacaan bil air dari 4/10/2013 hingga 5/12/2013 = 2 bulan
Jumlah air yang telah digunakan selama 2 bulan adalah 55 m3.
Jadi jumlah yang admin kena bayar adalah seperti berikut :-
20 m3 x 0.30 sen = RM 6.00
20 m3 x 0.70 sen = RM 14.00
15 m3 x 1.03 sen = RM 15.45
Jumlah perlu dibayar : RM 35.47 (Jumlah admin kena bayar bagi 2 bulan bil air)
SEPATUTNYA BIL AIR ADMIN KENA BAYAR BERAPA ?
Satu soalan yang baik.Sepatutnya bil air admin patut lebih rendah daripada itu.
Purata jumlah bacaan meter air selama 2 hulan bagi rumah admin adalah 55 m3.
Untuk dapatkan bacaan sebulan penggunaan air kenalah dibahagi dua betul tak? Jadi jumlah bacaan meter air adalah dalam lingkungan 28 m3 pada setiap bulan.
Jadi jumlah yang admin sepatutnya kena bayar pada LAP adalah seperti berikut :-
20 m3 x 0.30 sen = RM 6.00
08 m3 x 0.70 sen = RM 5.60
00 m3 x 1.03 sen =
Jumlah perlu dibayar pada setiap bulan : RM 11.60
Jadi apabila dikumpulkan menjadi 2 bulan sepatutnya pengiraan RM 11.60 x 2 bulan = RM 23.20
Nampak tidak perbezaan ?
RM 35.47 - RM 23.20 = RM 12.27
Kesimpulan.
Andaian jumlah RM 12.27 inilah merupakan duit admin terlebih bayar yang masuk ke kantung LAP tanpa disedari.
Bayangkan berapa lebihan duit admin masuk ke kantung LAP dengan jumlah penggunaan air yang sama selama setahun RM 12.27 x 6 = RM 73.62
Nampak macam sedikit saja kan ? Tetapi anda perlu faham ini adalah contoh penggunaan air rumah admin.
Bagaimana pula dengan bil air rumah anda? Adakah sama macam admin atau sekali ganda dari jumlah bil admin?
Apa !!! Ketentuan Tuhan.....agak-agak la kalau nak cakap macam tuh...
Apa yang perlu dilakukan sekarang ini anda jadi admin ?
Biarkan sahaja ? Buat bantahan ? Redha saja dan halalkan duit itu ? Bil air masih rendah dari negara jiran !!
Sila tinggalkan komen di bawah kita bertukar-tukar pandangan ?
===========MAKLUMAT UPDATE TERBARU (20/6/2014) ============
Merujuk kepada maklumbalas pembaca Anoymous yang memberi respon kepada post admin ini sedikit sebanyak membuka mata dan minda bahwa post admin berkaitan bacaan bil air adalah sesuatu yang khilaf.Ianya bukan daripada khilaf LAP tetapi khilaf admin sendiri yang tidak merujuk kepada pihak berkaitan untuk mengetahui hal yang sebenar. Admin akui membuat post di atas bersandarkan bil air semata-mata dengan fikiran rasional ketika itu.Admin memohon maaf di atas perkara ini.
Admin berterima kasih dapat pencerahan tentang bacaaan bil air ini dan mengapa bacaan bil air ini tidak pernah mendapat rungutan dari orang ramai sejak sekian lama kecuali admin.Memandangkan admin telah membuat post yang mengelirukan dan bersifat tidak benar maka adalah menjadi tanggungjawab admin untuk memperbetulkan maklumat itu.
Okay merujuk kepada bacan bil air yang dibaca oleh pihak LAP adalah benar dan tiada unsur penipuan.Pengiraannya adalah betul mengikut kadar yang ditetapkan.
Merujuk keapda website LAP - Gambar di bawah adalah cara pengiraan bil air bulanan pengguna (kurungan merah) iaitu kiraan bagi sebulan.
Jadi apabila LAP membuat bacaan 2 bulan sekali maka kadar akan didarab 2.Maka akan terjadilah pengiraan bil seperti di bawah.
Kenapa admin timbulkan isu ini dalam post kali ini.Mungkin disebabkan tidak tahan dengan bahang kenaikan harga bermacam-macam benda yang diumumkan oleh kerajaan menyebabkan admin menjadi lebih teliti terhadap bil-bil utiliti. .Jadi dari bil air terbaru ini, admin dapat mengesan sesuatu.....yang pelik..yang janggal dan agak mengelirukan...Admin rasa tidak puas hati terhadap cara LAP yang cuba mengaut keuntungan secara tidak bermoral daripada pengguna.
Sebelum ini admin memang tidak pernah ambil pusing tentang bil air disebabkan tanggapan admin bahawa bil air adalah yang termurah di antara bil-bil yang ada seperti bil TNB ,bil ASTRO, bil telefon dan bil internet. Sampai bil air sahaja terus admin bayar kat pejabat POS atau kaunter LAP. Setakat ini admin benar-benar tidak tahu sejak bila LAP menggunakan taktik bacaan 2 bulan sekali.terhadap bil air pengguna Rasanya sudah lama agaknya LAP menggunakan cara bacaan 2 bulan sekali ni.
BAGAIMANA LAP "TERAMBIL" WANG ANDA SECARA ANDA TIDAK SEDARI ?
Contoh bil air |
Persoalan yang bermain-main di kotak fikiran admin adalah kenapa LAP membuat semakan bil air 2 bulan sekali dan kenapa tidak lagi setiap bulan ? Kenapa? Kenapa? LAP Tidak cukup kakitangankah ? Kesian dekat staf setiap bulan kena baca meter air ke rumahkah ?
Berdasarkan bil di atas mari kita tengok sama ada dakwaan admin adalah benar atau sebaliknya :
Tarikh bacaan bil air dari 4/10/2013 hingga 5/12/2013 = 2 bulan
Jumlah air yang telah digunakan selama 2 bulan adalah 55 m3.
Jadi jumlah yang admin kena bayar adalah seperti berikut :-
20 m3 x 0.30 sen = RM 6.00
20 m3 x 0.70 sen = RM 14.00
15 m3 x 1.03 sen = RM 15.45
Jumlah perlu dibayar : RM 35.47 (Jumlah admin kena bayar bagi 2 bulan bil air)
SEPATUTNYA BIL AIR ADMIN KENA BAYAR BERAPA ?
Satu soalan yang baik.Sepatutnya bil air admin patut lebih rendah daripada itu.
Purata jumlah bacaan meter air selama 2 hulan bagi rumah admin adalah 55 m3.
Untuk dapatkan bacaan sebulan penggunaan air kenalah dibahagi dua betul tak? Jadi jumlah bacaan meter air adalah dalam lingkungan 28 m3 pada setiap bulan.
Jadi jumlah yang admin sepatutnya kena bayar pada LAP adalah seperti berikut :-
20 m3 x 0.30 sen = RM 6.00
08 m3 x 0.70 sen = RM 5.60
00 m3 x 1.03 sen =
Jumlah perlu dibayar pada setiap bulan : RM 11.60
Jadi apabila dikumpulkan menjadi 2 bulan sepatutnya pengiraan RM 11.60 x 2 bulan = RM 23.20
Nampak tidak perbezaan ?
RM 35.47 - RM 23.20 = RM 12.27
Kesimpulan.
Andaian jumlah RM 12.27 inilah merupakan duit admin terlebih bayar yang masuk ke kantung LAP tanpa disedari.
Bayangkan berapa lebihan duit admin masuk ke kantung LAP dengan jumlah penggunaan air yang sama selama setahun RM 12.27 x 6 = RM 73.62
Nampak macam sedikit saja kan ? Tetapi anda perlu faham ini adalah contoh penggunaan air rumah admin.
Bagaimana pula dengan bil air rumah anda? Adakah sama macam admin atau sekali ganda dari jumlah bil admin?
Sila tinggalkan komen di bawah kita bertukar-tukar pandangan ?
===========MAKLUMAT UPDATE TERBARU (20/6/2014) ============
Merujuk kepada maklumbalas pembaca Anoymous yang memberi respon kepada post admin ini sedikit sebanyak membuka mata dan minda bahwa post admin berkaitan bacaan bil air adalah sesuatu yang khilaf.Ianya bukan daripada khilaf LAP tetapi khilaf admin sendiri yang tidak merujuk kepada pihak berkaitan untuk mengetahui hal yang sebenar. Admin akui membuat post di atas bersandarkan bil air semata-mata dengan fikiran rasional ketika itu.Admin memohon maaf di atas perkara ini.
Admin berterima kasih dapat pencerahan tentang bacaaan bil air ini dan mengapa bacaan bil air ini tidak pernah mendapat rungutan dari orang ramai sejak sekian lama kecuali admin.Memandangkan admin telah membuat post yang mengelirukan dan bersifat tidak benar maka adalah menjadi tanggungjawab admin untuk memperbetulkan maklumat itu.
Okay merujuk kepada bacan bil air yang dibaca oleh pihak LAP adalah benar dan tiada unsur penipuan.Pengiraannya adalah betul mengikut kadar yang ditetapkan.
Merujuk keapda website LAP - Gambar di bawah adalah cara pengiraan bil air bulanan pengguna (kurungan merah) iaitu kiraan bagi sebulan.
Maka selesai sudah kekeliruan tentang bacaan bil air 2 bulan sekali.Sebenarnya tiada siapa yang rugi atau untung dalam hal ini. Adalah diharapkan dengan pencerahan admin ini sekaligus memperbetulkan fakta yang salah dikemukakan oleh admin terdahulu.Dalam kehidupan yang semakin meningkat dan kos sara hidup yang makin menekan masyarakat adakalanya kita cepat membuat penilaian berdasarkan apa di depan mata tanpa membuat penilaian yang menyeluruh hingga menyebabkan kadangkala maklumat menjadi khilaf.
Kesimpulannya, adalah diharapkan pembaca berpuas hati dengan poenjelasan admin.Yang mana yang salah kita perbetulkan.Dengan penuh rasa bangga admin menyatakan "bayarlah bil air anda tanpa rasa was-was.
Sekian terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca
Penafian
Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.
Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.