Akibat tekanan perasaan, seorang pelajar tingkatan dua di
sebuah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di daerah Dungun ini nekad untuk
membunuh diri dengan cuba terjun dari bangunan sekolah.
Natijahnya, dia terpaksa menanggung hukuman yang bakal dikenakan akibat perbuatan di luar kewarasannya itu.
Dia yang difahamkan anak ketiga daripada lima beradik itu bakal berdepan hukuman penjara atau denda.
Tertuduh yang sempat ditemui Sinar Harian selepas pendakwaan dilakukan
ke atasnya berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana gagal mengawal
emosi selepas menghadapi masalah pelajaran dan keluarga.
“Saya menyesal melakukan kesalahan itu. Mungkin apa yang saya lalui ini
merupakan pengajaran buat saya. Saya nasihatkan rakan-rakan lain agar
tidak melakukan perbuatan ini kerana ia salah di sisi agama dan
undang-undang,” luah gadis 14 tahun yang berhadapan dakwaan cuba
membunuh diri itu.
Pelajar perempuan terbabit berhadapan dakwaan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.
Dia yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun pagi semalam didapati melakukan perbuatan itu pada jam 9.10 pagi 6 Mac lalu.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pelajar yang berasal dari Kampung Kuala Abang itu bagaimanapun mengaku
bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hazwanie
Hussain Bustari.
Dia dikenakan jaminan sebanyak RM1,500 dan mahkamah menetapkan 24
Disember ini sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan
akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sumber
Kebelakangan ini, masyarakat dikejutkan dengan pelbagai kes bunuh diri dan
cubaan membunuh diri. Ini belum lagi dikira dengan kes terminum racun dan
terjatuh bangunan. Jika orang dewasa yang matang tidak dapat mengawal perasaan,
apatah lagi remaja dan kanak-kanak ramai yang tidak dapat memahami kenapa jalan
terakhir itu yang dipilih.
Semuanya dikaitkan dengan tekanan dan konflik hidup sebagai puncanya.Masalah
mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh
menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku
seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan
baik.
Kini, masalah mental menjadi salah satu ancaman utama kepada seluruh
penduduk dunia dan penduduk Malaysia khususnya. Tinjauan Kesihatan Mobiliti dan
Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60
tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.Statistik ini amat menakutkan,
iaitu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam (1:6)
rakyat negara ini ada penyakit mental.
Carian Dalam Blog
|
|
Post Popular Hari Ini
Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir
Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Salam Sejahtera Admin hari ini ingin berkongsi tentang seorang kenalan yang mengalami masalah jerawat.Pelbagai produk pencuci muka dari ...
-
Sering gatal di celah kelangkang ? Jangan digaru! Ketahui cara untuk mencegah serta merawat gatal celah kelangkang. Kegatalan merupakan s...
-
Betik sangat berkhasiat jika dimakan. Betik yang sudah masak mengandungi 85% lembapan, 14% karbohidrat, 7.7% gula, 19, 6 dan 61 miligram p...
-
Dunia seni hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian seorang lagi penyanyi "Cinta Melankolia" yang popular sekitar tahun 80...
-
Daun Rerama yang kini semakin popular dipercayai mempunyai khasiat tersendiri untuk merawat penyakit KANSER atau BARAH serta sakit-sakit ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca
Penafian
Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.
Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.
No comments:
Post a Comment