Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Aku harungi perjalanan sejauh 200 kilometer Kerana Sabun Lifebuoy Clini Care 10

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini admin buat kerja gila keran sebuku sabun.Hanya keran sebuku sabun admin sanggup mengharungi perjalanan sejauh 200 km pergi balik. Dari kedai runcit biasa,The Store, TF Value Supermarket., Watson,Guardians sehinggalah ke Mydin namun cari admin hampa sekali.

Yang hanya admin jumpa sabun Lifebuoy yang jenis biasa iaitu 3 ketul RM 6.00.Ada juga yang warna merah dikenali sebagai Total 10 tetapi tidak serupa yang admin cari ini.

Sabun ini pertama kali admin pakai untuk kegunaan harian.Admin agak terkejut dengan kebersihan dan melindungi kulit admin dari bakteria. Apa yang menyebabkan admin boleh harungi 200km semata-mata sabun ini.Admin rasa sabun ini amat sesuai untuk kulit badan yang berminyak dan berjerawat.Ini adalah kerana admin dapatkan rasa perubahan yang nyata apabila menggunakan sabun ini. 

Kesan kudis atau fungus pun turut hilang. Ini yang menyebabkan admin terpaku sebab sebelum ini sudah bermacam-macam sabun admin guna seperti sabun susu kambing, sabun himalaya dan juga sabun anti-bakteria yang terkenal di pasaran namun tidak menunjukkan kesan sebegini. 



Berbalik kepada kisah admin mencari sabun ini sampai 200 kilometer jauhnya...Hahaha..sebenarnya ada dijual di Guardians dan Watson tetapi jenis cecair.Itu yang spoil sikit tuh.Admin suka sabun ketul dari jenis cecair sebab tak puas mandi.Kalau tidak,tak sampai 100 km pun boleh dapat sabun ini tetapi jenis cecair.

Last sekali,admin google kat internet dan belinya secara online. Ya Allah,petang tadi aku habiskan masa dan minyak dan tol cari punya la jauh sabun ini tetapi beli online penyudahnya.Mudah juga beli dengan kos pos serendah RM 7 di bawah 3 kg.Barang akan sampai dalam 5 hari bekerja.Lepas ini tak payah bazir duit dan minyak untuk ke Guardian..beli sahaja secara online.




Sekian. :)

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca