Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Masalah susu formula bayi semakin mahal ada kerajaan ambil kisah?

Admin kagum dengan usaha seorang ibu yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap susu formula yang semakin mahal di sebuah suratkhabar tempatan baru-baru ini dengan harapan dapat menarik sedikit perhatian para menteri di Malaysia ataupun pihak pembangkang untuk melihat masalah ini suatu yang serius dan membangkit perkara ini di Dewan Rakyat ataupun kerajaan membuat sesuatu tentang perkara ini.Katanya peningkatan harga susu formula akan menyebabkan ibubapa berpendapatan rendah terpaksa membeli susu yang kurang berkualiti.

Nampaknya isu ini hanya mendapat perhatian oleh rakyat bawahan seperti admin yang mengalami masalah sepertinya. Admin juga seorang bapa tahu susu formula semakin mahal lebih-lebih lagi yang berkualiti dan setiap ibubapa terpaksa memperuntukkan yang agak besar semata-mata susu formula sahaja bagi penggunaan sebulan.Bagi admin sendiri mempunyai 2 orang anak yang  minum susu formula kena keluarkan anggaran RM 200++ untuk pembelian susu sahaja dan itu tidak termasuk pembelian lampin pakai buang lagi.

Terkilan rasanya sebab admin salah seorang bapa yang tak mampu menyediakan susu formula yang terbaik untuk anak-anaknya sekadar susu formula jenis ekonomi  seperti susu Dutch Lady Dady atau Dugrow sahaja.Tetapi ada golongan ibubapa yang tak mampu nak beli susu di atas kerana pendapatan kecil dan tanggungan ramai sehingga satu tahap hanya mampu berikan "teh O" sahaja pada anak mereka dan lagi menyedihkan ada ibubapa terpaksa memberikan susu krimer manis mengantikan susu formula untuk anak mereka.

Jadi admin membuat artikel ini untuk menarik perhatian sekali lagi semua Ahli Undangan Negeri dan Ahli Parlimen di Malaysia tidak kira parti mana sekalipun.Sila bangkitkan isu ini di Dewan Rakyat agar isu ini dapat dibahaskan dan  menemui jalan penyelesaian  bagi kemelut yang dihadapi oleh para ibubapa di Malaysia.Buktikan slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" yang menjadi pemanis mulut sewaktu undi kami ditagih bukanlah hanya omong-omong kosong.

Petikan artikel :
Subsidi dan barang kawalan susu formula bayi

SAYA ingin menarik perhatian Perdana Menteri untuk diambil pertimbangan kerajaan dalam Bajet 2015 nanti mengenai isu yang jarang ditimbulkan atau terlepas pandang iaitu berkenaan 'susu formula bayi'.
Sebagai seorang rakyat Malaysia mewakili golongan yang berstatus ibu bapa, saya meminta supaya susu formula bayi diberikan subsidi khas dan turut dijadikan barangan kawalan bagi mengawal harganya yang semakin meningkat.

Tidak tahu di mana silapnya, harga susu formula ini yang kebanyakannya diimport meningkat terlalu mahal untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana seperti kami membelinya.
Sepengetahuan saya, kerajaan tidak mengawal harga susu formula ini. Saya percaya, ramai lagi golongan ibu bapa di luar sana yang setuju dengan pendapat ini.

Dikhuatiri sekiranya pihak pengeluar dan pengimport atau pengedar dibiarkan menaikkan harga sesuka hati, ia akan menyebabkan ibu bapa yang berpendapatan sederhana dan rendah terpaksa memilih susu yang kurang berkualiti untuk bayi mereka.Jika diberi susu kurang berkualiti, sudah pasti akan menjejaskan tumbesaran bayi atau kanak-kanak itu.

Oleh itu bagi memastikan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, saya ingin mencadangkan agar kerajaan memberi subsidi khas kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk membeli susu bayi.
Walaupun ia bermakna kerajaan perlu memberi subsidi, tetapi jumlah yang menerimanya agak kecil dan terpilih.Subsidi gula yang ditarik sebelum ini juga boleh digantikan kepada pemberian subsidi khas bagi susu formula ini.

Benar! jika ada yang berkata tidak perlu minta subsidi dari kerajaan untuk membeli susu tepung ke-
rana 'susu ibu' lebih berkualiti bagi menjamin tumbesaran bayi, namun faktor kesihatan dan masalah ibu selain situasi kehidupan masa kini perlu juga diambil kira.Saya percaya, jika rakyat diberikan pilihan memilih susu formula yang berkualiti dan bermutu tinggi, insya-Allah kita dapat melahirkan generasi Malaysia yang cerdas dan sihat untuk menerajui negara pada masa hadapan.

HASLINA.DS
Salak Selatan, Kuala Lumpur (27.8.2014)
Artikel Penuh:

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca