Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Aku beralih arah dari Huawei Honor 3C kepada Xiaomi Redmi Note 2 RM 649

Mi Malaysia telah melancarkan telefon pintar mampu milik terbaru mereka, Redmi Note 2 untuk pasaran  asia seperti Malaysia  Singapura, Taiwan dan juga Hong Kong.Pelancaran Redmi Note 2 ini disempurnakan oleh Hugo Barra, Naib Presiden Xiaomi Global.

Phablet mampu milik kelas pertengahan ini akan mula dijual di Malaysia, pada 11 November 2015 yang lalu, hanya di laman web Mi Malaysia. Redmi Note 2 dijual pada harga RM649 dengan pilihan warna putih dan kelabu gelap.

Dari segi spesifikasi, Xiaomi Redmi Note 2 hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses MediaTek Helio X10 dan 16GB memori simpanan dalaman.Redmi Note 2 juga hadir dengan kamera utama 13MP yang hadir dengan teknologi pemfokusan PDAF manakala kamera hadapan adalah 5MP.

Selain itu, Redmi Note 2 turut hadir dengan sokongan dwi SIM pada rangkaian 4G LTE, bateri berkapasiti 3,060 mAh, mampu berfungsi sebagai alat kawalan jauh peralatan elektronik, WiFi 802.11ac yang lebih pantas dan mempunyai MIUI 7 yang berasaskan Android 5.0 Lollipop.

Redmi Note 2 mempunyai slot kad memori mikroSD untuk storan tambahan, serta dua lagi slot untuk kad sim yang menyokong rangkaian 4G LTE. Baterinya berkapasiti 3,060mAh yang boleh dicabut, dan menyokong pengecasan pantas. Redmi Note 2  datang siap dengan MIUI 7, antaramuka terbaru Xiaomi berasaskan Android 5.0 Lollipop.

Kamera belakang Redmi Note 2 menggunakan sensor 13MP F2.2, beserta autofokus pengesanan fasa (PDAF) yang pantas. Ia boleh merakam video sehingga resolusi HD Penuh 1080p. Kamera depannya pula 5MP F2.2 dengan fokus tetap.

Admin telah berjaya membelinya pada jualan kedua 17 November 2015 dengan memilih warna kelabu hitam.Penghantaran dilakukan menggunakan CityLink pada 24 November 2015.Keseluruhan admin amat berpuas hati setakat ini dengan Redmi Note 2 ini.walaupun ada masalah error pada Google Play Store setiap kali nak install aplikasi.



Antara sebab admin pilih Redmi Note 2 adalah kerana spefikasi cameranya yang PHAF 0.1 saat dan camera depan memang puas hati untuk selfie setanding dengan handphone yang lama.Dari segi ketahan bateri adalah memuaskan setakat ini.Apa-apa pun admin amat syurkan Redmi Note 2  berbanding Hobor 4X yang dijual pada harga yang hampir sama kalau anda ingin membeli handphone budget.

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca