Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Cuba Teka Password Paling Popular Di Dunia?


Salam sejahtera.
Mengikut kajian, terdapat 10 password yang sering digunakan masyarakat di dunia ini. Jom kita terjah password paling popular di dunia :-

1. Tarikh lahir

2. Tarikh kejadian / pernikahan

3. Nama depan (banyak digunakan di Amerika Selatan)

4. 123456789

5. 111111

6. ILoveYou

7. Nama gabungan diri sendiri dan pasangan

8. Kata "password"

9. Nombor Telefon rumah / handphone

10. a1b2c3d3....


Password Anda ?

10 Tips Untuk Turunkan Berat Badan Secara Selamat

Salam sejahtera,

Anda berasa gemuk dan berat berlebihan? Berazam nak kuruskan badan? Untuk pengetahuan semua, untuk menguruskan badan  ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen yang tinggi untuk merealisasikannya.

Bagaimana hendak mendapatkan berat badan ideal dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya mungkin lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.

Terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:


1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu. Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu. Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.
3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan. Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:
Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),
Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)
Minum petang (3.30 - 4.00 petang)
Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)

Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.
7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.



8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai contoh:
Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.
Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.


10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.


Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.


Selamat Mencuba!

Awan Nano (Hafiz) Juara Anugerah Juara Lagu 26 - Keputusan Penuh AJL26

Salam sejahtera,
          Bermulalah pertandingan anugerah juara lagu yang akan mempersembahkan artis artis tanahair berentap dengan lagu lagu ciptaan komposer masing masing. Sebanyak 12 buah lagu akan dipertandingkan. 
          Anugerah Juara Lagu 26 melibatkan 11 artis berkumpulan dan solo seperti 3 Suara, Yuna, Faizal Tahir, Aizat, Projek Pistol, Alyah, Atilia & Monoloque, Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Jaclyn Victor, Hafiz dan Najwa Latif dalam usaha mereka untuk menjulang trofi Anugerah Juara Lagu 26. 
         Anugerah Juara Lagu ke 26 akan diibawakan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil bermula jam 9.00 – 11.30 malam pada 29 Januari 2012, dan juga menerusi TV3.



Berikut adalah senarai finalist lagu-lagu yang dipertandingan pada malam ini:-
1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
2. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
3. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
4. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet 
        (Shohaimi Mior Hassan /ShohaimiMior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
6. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
7. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
8. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
9. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
10. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
11. Sedetik Lebih oleh Jaclin Victor (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)



Hadiah yang bakal dimenangi dalam Anugerah Juara Lagu 26
JUARA LAGU KE 26                   -   Trofi dan wang tunai RM  35,000
NAIB JUARA                         -   Trofi dan wang tunai RM 15,000
TEMPAT KETIGA                 -   Trofi dan wang tunai RM  12,000
PERSEMBAHAN TERBAIK -   Trofi dan wang tunai RM 10,000
VOKAL TERBAIK                         -   Trofi dan wang tunai RM 10,000


Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu ke 26 adalah seperti berikut:




Juara Lagu:
Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)


Naib Juara:
Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)


Tempat ketiga:
Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)


Vokal Terbaik:
Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)


Persembahan Terbaik:
Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca