Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Jeruk Madu Pak Ali Kompleks Medan Suri Sungai Nibong Pulau Pinang

Assalamualaikum dan Salm Sejahtera.

Kali ini admin nak berkongsi satu tempat yang popular di Pulau Pinang iaitu Jeruk Madu Pak Ali, Sungai Nibong. Kebetulan pulak pada 19 Disember 2012 admin diarahkan untuk menghadiri kursus di Pulau Pinang di mana admin telah  bermalam di Hotel Seri Malaysia. Sebelum balik admin sempatlah jugak google map untuk mencari jeruk yang cukup terkenal di Pulau Pinang ini  untuk dijadikan buah tangan untuk keluarga dan rakan sekerja. 

Siapa yang tidak kenal dengan Jeruk Madu Pak Ali ni kan. Gerai yang admin pergi ni terletak dekat Kompleks Medan Selera Suri, Sungai Nibong berhampiran dengan stesen bas Sungai Nibong. Admin pun tidak biasa jalan di situ dengan google map dan Garmin akhirnya sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Jeruk Madu Pak Ali merupakan produk jeruk buatan orang Islam yang dipasarkan secara menyeluruh ke seluruh Malaysia.  Perusahaan Jeruk Madu Pak Ali ni telah bermula sejak tahun 1985.

Apa yang bagusnya Jeruk Pak Ali ini dibuat menggunakan cuka epal dan madu lebah asli. Jeruk Madu Pak Ali tidak menggunakan ibu gula yang dipanggil sebagai SAKARIN tetapi menggunakan gula biasa. Sakarin ini yang menyebabkan kebanyakkan pelanggan yang makan jeruk akan batuk atau sakit tekak sejurus selepas memakan jeruk tersebut. Macam-macam jeruk madu yang dijual di kedai Pak Ali ni. Ada buah mangga, kedondong, betik, kelubi dab buah salak. Sebelum nak beli boleh rasa dulu jeruk mana yang berkenan di tekak. Ada tempat disediakan untuk rasa. Lepas tu barulah boleh buat pilihan mana yang nak beli.






Jom Pi Pesta Pulau Pinang 2012 Dengan Euro Fun Park

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Baru-baru ini admin berkesempatan menjejakkan kaki ke Pesta  Pulau Pinang buat pertama kalinya selepas kali terakhir pergi pada tahun 1986.Memang meriah suasananya dengan lautan pengunjung yang datang dari seluruh pelosok negeri.Serba sedikit pasal info pesta Pulau Pinang ingin admin berkongsi bersama anda.

Pesta Pulau Pinang kembali lagi di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. Telah bermula sejak awal Disember 2012 yang lalu dan akan berlangsung sehingga 1 Januari 2013. Pelbagai hiburan yang disediakan di Taman Hiburan Euro Fun Park.

Pelbagai pertujukkan khas dan unik disediakan seperti pertujukkan,gerai-gerai, persembahan tayangan dan pameran 3D , konsert artis-artis terkenal tanahair serta persembahan kebudayaan pelbagai negara.

List harga token 2011 tetapi tahun 2012 ada kenaikan 1-2 token dari tahun 2011.

Macam-macam leh dapat di pesta Pulau Pinang termasuk barang kraftangan, pakaian, tudung-tudung terkini, barangan dari Indonesia dan barangan elektronik, handphone dan sebagainya. Malahan kereta & motorsikal pun ada di jual.. serba serbi lah pada harga yang tidak kurang bestnya.Jemputlah beramai-ramai ke sana untuk memeriahkan Pesta Pulau Pinang sempena cuti sekolah ini.

Harga Tiket :   RM 3.00 -Dewasa  | RM 1.00- Kanak-kanak

Masa Pesta :   6.00pm- 11.30pm

    
Game Top Gun




Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca