Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Hadapi masalah transfer file dari Redmi Note 2 ke My Computer kerana MTP Mode hilang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pernah anda mengalami masalah nak pindah file gambar ke komputer? Selepas anda sambungkan kepada USB namun tiada apa apa yang berlaku di My Computer.Ini menyebabkan hasrat anda ingin memindahkan gambar gambar atau file menjadi terbantut. 

Macam mana hendak mengatasi masalah ini. Admin sendiri bagai nak pecah kepala sebab tak boleh transfer file. Google punya google akhirnya dapat juga cara untuk mengatasi masalah ini.Protokol Pemindahan Media (MTP) adalah satu Protokol  yang membolehkan fail media dipindahkan secara automatik dari handphone ke peranti mudah alih seperti pendrive dan sebagainya.

Gambar di bawah menunjukan MTP Mode tidak diaktifkan menyebabkan kita tidak dapat melihat icon redmi note 2 di My Computer.Jadi susahlah kita hendak pindah fail dan sebagainya.

 
Jadi selepas yang memuat turun satu aplikasi di Google Play dan mengaktifkan MTP Mode.Icon Redmi Note 2 muncul di My Computer dan admin boleh memindahkan fail dari handphone ke komputer.Gambar adalah seperti di bawah ini.


  Apa yang anda perlu buat adalah memuat turun aplikasi seperti di bawah ini.Anda taip kat Google Play Store Miui USB Setting.


Anda download dan install.

Apa yang perlu buat selepas install adalah mengaktifkan MTP Mode seperti gambar di bawah.Itu sahaja.


Selamat mencuba. :)



Tempoh masa aktif panjang Teco Altel dan Telco Onexox Vs Free Internet High Speed 1 GB setiap bulan

Adalah kerana menjadi impian setiap pengguna handphone di Malaysia termasuk admin yang mahukan masa aktif yang panjang supaya kita sebagai pengguna tidak perlu topup/tambah nilai kredit handphone secara kerap sekiranya baki kredit masih lagi banyak.

Rata-rata pengguna handphone merungut kerana mereka terpaksa membeli tambah nilai kredit semata-mata untuk memanjangkan tempoh aktif bagi membolehkan panggilan keluar boleh digunakan.

Sekarang sudah nampak Telco di Malaysia yang berlumba-lumba menawarkan pelan yang berbaloi untuk pelanggan mereka iaitu masa aktif yang panjang.Telco Altel menawarkan masa aktif panjang contoh 365 hari manakala Telco Onexox tawarkan masa aktif lagi panjang iaitu 844 hari (28 bulan) dengan syarat mesti tambah nilai RM 50 selepas simkad diaktifkan.


Telco lain masih belum nampak lagi fokus kepada masa tempoh yang panjang dalam plan mereka.Tunggu apabila Telco-telco yang 'gah' ini mula rasa tergugat maka tunggulah plan terbaru dari mereka yang akan menyusul.Hahahaha..


Yang menjadi persoalan sekarang adakah tempoh masa aktif yang panjang masih relevan? Perbandingan di atas ada 2 telco tawar masa aktif yang panjang dan juga 2 telco yang tawarkan kuota internet kelajuan tinggi percuma setiap kali topup RM 30.

Yang mana beri kelebihan? Anda pilih yang mana?




 

Bila isteri bertukar dari Onexox ke Umobile Power Prepaid kerana internet percuma 1GB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sesiapa sahaja memang mengharapkan plan telco yang menawarkan internet percuma (Basic internet) bagi kemudahan Sosial chat.Sosial chat sudah menjadi satu keperluan wajib semua orang bagi mengantikan SMS yang berbayar.Sebagai contohnya isteri admin pakai Onexox tidak lama dulu memang seronok sanagat sebab dapat tempoh aktif panjang.Tak  perlu risau pasal topup selalu tambahan pula kadar panggilannya yang lagi jimat berbanding telco lain menjadikan Onexox adalah pilihan terbaik pada waktu itu.Namun pandangannya  mula berubah apabila ada telco mula tawarkan internet percuma kelajuan tinggi bagi setiap kali topup. 

Sebelum ini isteri admin biasanya memperuntukkan RM 30 sebagi topup bulanannya.Kemudian beliau akan melanggan pakej data RM 18 sebulan bagi kuota 500mb bagi kegunaan sosial chat/internet surfing bagi kegunaan waktu pejabat sahaja kerana di rumah ada Wifi streamyx.Jadi pakej internet itu dilihat mencukupi malah kuota internet berbaki pada hujung bulan. So baki kredit RM 12 itulah yang akan digunakan bagi panggilan atau sms.Adakala cukup dan adakala tidak cukup baki yang ada untuk tempoh sebulan bagi panggilan dan sms.

Nak dijadikan cerita baru-baru ini pejabat beliau dibaikpulih. Dalam pejabatnya hanya rangkaian Maxis sahaja yang boleh tembus dengan baik berbanding rangkaian celcom yang rata-rata mengalami masalah internet ketika di dalam bangunan sehingga terpaksa cari signal di ruang tertentu untuk dapatkan signal 3G.Pasrahlah dia apabila Onexox guna rangkaian Celcom.

Siapa tak kesian bila isteri mula merungut pasal internet tak boleh guna,whatsapp masuk lambat dan sebagainya.Maka admin pun carilah simkad yang guna rangkaian Maxis di samping tawaran internet percuma walaupun berat hati sebenarnya.Yang admin nampak adalah Umobile Power Prepaid. Plan ini simple ja syaratnya, kalau dapatkan internet kelajuan tinggi percuma 1Gb + 2 Gb basic internet kena topup RM 30 setiap bulan.Makna setiap bulan topup RM 30 akan dapat masa aktif 30 hari dan internet kelajuan tinggi percuma 1Gb + 2 Gb basic internet. Maknanya topup RM 30 masih kekal sebagai baki untuk kegunaan panggilan atau sms.




Nampaknya setelah 2 bulan pakai Umobile Power Prepaid ini,beliau rasa berpuas hati.Katanya dapat free internet dan call pun jimat.Baki kredit pun masih banyak lagi walaupun tempoh sah dah nak tamat. Nombor onexox apa pula cerita?Beliau masih pakai lagi dan akan topup bila ada keperluan kerana sayangkan nombornya.Begitulah ceritanya..walaubagaimanapun isteri admin sudah beralih arah namun admin masih lagi  menerima insentif dari Onexox sebanyak 10% dari nilai topup nombornya iaitu RM 1 setiap bulan selepas ini berbanding RM 3 sebelum ini.Jadilah..jika itu yang ditakdirkan nak buat macam mana.Redha aje.Hehehe....

Aku harungi perjalanan sejauh 200 kilometer Kerana Sabun Lifebuoy Clini Care 10

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini admin buat kerja gila keran sebuku sabun.Hanya keran sebuku sabun admin sanggup mengharungi perjalanan sejauh 200 km pergi balik. Dari kedai runcit biasa,The Store, TF Value Supermarket., Watson,Guardians sehinggalah ke Mydin namun cari admin hampa sekali.

Yang hanya admin jumpa sabun Lifebuoy yang jenis biasa iaitu 3 ketul RM 6.00.Ada juga yang warna merah dikenali sebagai Total 10 tetapi tidak serupa yang admin cari ini.

Sabun ini pertama kali admin pakai untuk kegunaan harian.Admin agak terkejut dengan kebersihan dan melindungi kulit admin dari bakteria. Apa yang menyebabkan admin boleh harungi 200km semata-mata sabun ini.Admin rasa sabun ini amat sesuai untuk kulit badan yang berminyak dan berjerawat.Ini adalah kerana admin dapatkan rasa perubahan yang nyata apabila menggunakan sabun ini. 

Kesan kudis atau fungus pun turut hilang. Ini yang menyebabkan admin terpaku sebab sebelum ini sudah bermacam-macam sabun admin guna seperti sabun susu kambing, sabun himalaya dan juga sabun anti-bakteria yang terkenal di pasaran namun tidak menunjukkan kesan sebegini. 



Berbalik kepada kisah admin mencari sabun ini sampai 200 kilometer jauhnya...Hahaha..sebenarnya ada dijual di Guardians dan Watson tetapi jenis cecair.Itu yang spoil sikit tuh.Admin suka sabun ketul dari jenis cecair sebab tak puas mandi.Kalau tidak,tak sampai 100 km pun boleh dapat sabun ini tetapi jenis cecair.

Last sekali,admin google kat internet dan belinya secara online. Ya Allah,petang tadi aku habiskan masa dan minyak dan tol cari punya la jauh sabun ini tetapi beli online penyudahnya.Mudah juga beli dengan kos pos serendah RM 7 di bawah 3 kg.Barang akan sampai dalam 5 hari bekerja.Lepas ini tak payah bazir duit dan minyak untuk ke Guardian..beli sahaja secara online.




Sekian. :)

Hotel Budget berdekatan Stesen Bas Kota Bharu 2016 yang melancong guna bas ekspress

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bagi anda yang ingin melancong ke Kelantan khususnya Kota Bharu,admin akan bagi tips atau info tentang hotel-hotel budget bawah 3 bintang yang admin tinjau semasa admin pergi ke Kota Bharu baru-baru ini. Memandangkan admin menaiki bas Transnasional maka bas ini akan menurunkan penumpang di Stesen Bas Bharu Jalan Padang Garong.

Kenapa saya suka beli belah online melalui Lazada.com.my berbanding www.lelong.com.my

Mesti ramai yang tahu mengenai Lazada laman web membeli belah online yang popular. Pada zaman internet dan dunia tanpa sempadan ni membeli belah cara online amat mudah hanya di hujung jari saja. Bagi yang tak ada masa nak shopping di pusat beli belah, sibuk bekerja,  tak mahu terperangkap dengan traffic jam. 

Rawatan Radiofrequency Intradiscal (IDRFDD) bagi Penyakit cakera tergelincir atau slipped disc alternatif kepada pembedahan

Sakit belakang badan, terutama pada bahagian tengkuk atau pinggang, adalah perkara biasa, lebih-lebih kepada individu yang aktif dan sibuk bekerja. Namun, ada juga sakit disebabkan masalah serius dan memerlukan rawatan lanjut atau pembedahan.

Temujanji dengan Prof.Nizar Abd Jalil Pakar Bius dan Kesakitan Kronik bagi Masalah sakit bahu, pinggang, belikat dan belakang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada Disember 2014 admin mengalami kesakitan di leher menyebabkan sukar untuk menoleh ke kiri dan kanan.Kesakitan ini berlanjutan sehingga hari ini.Selain menelan ubat sakit urat dan ubatan tradisional di mana ianya memberi kelegaan sementara waktu sahaja hingga menyebabkan saya terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan ini.Namun sejak kebelakangan ini  kesakitan yang dialami merebak ke sendi bahu malah tangan kanan saya.

Tempah hotel online untuk dapatkan harga bilik paling murah melalui Agoda.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bagi yang suka melancong,tempah hotel secara online sudah menjadi suatu yang normal bagi sesetengah orang tambahan pula memiliki kad kredit lagi bertambah mudahlah proses menempahnya. Admin seumur hidup tak pernah tempah hotel online walaupun melancong ke mana - mana destinasi.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca