Skip to main content

Hotel Budget berdekatan Stesen Bas Kota Bharu 2016 yang melancong guna bas ekspress

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bagi anda yang ingin melancong ke Kelantan khususnya Kota Bharu,admin akan bagi tips atau info tentang hotel-hotel budget bawah 3 bintang yang admin tinjau semasa admin pergi ke Kota Bharu baru-baru ini. Memandangkan admin menaiki bas Transnasional maka bas ini akan menurunkan penumpang di Stesen Bas Bharu Jalan Padang Garong.


Tetapi adalah lebih baik sebelum anda membuat perjalanan anda ke sana,pastikan anda booking hotel budget anda lebih awal bagi mendapatkan harga bilik yang termurah dengan tempah secara atas talian iaitu seperti Booking.com, Agoda.com dan Trivago.com.Jadi berdasarkan pengalaman admin,telah menempah hotel budget melalui Agoda.com dengan kadar pada masa itu RM 74 termasuk GST bagi standart bilik katil queen di Sabira Court Hotel (bilik hawa dingin,ada bilik air).

Sebenarnya ada harga bilik lebih murah dari RM 74 namun serendah bawah RM 50 malah serendah RM 22 pun ada tetapi bilik air berkongsi,tiada hawa dingin hanya kipas angin sahaja,katil berkongsi ala ala asrama.So pandailah pilih ikut keselesaan anda.

Bagi yang suka melancong guna bas ke Kota Bharu dan mungkin ada masalah pengangkutan nak bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi dan tak mau jauh dari bandar Kota Bharu.Inilah hotel-hotel yang saya syorkan untuk anda yang jaraknya tidak sampai 500 meter dari stesen bas.

1. Hotel Suria 

 
Hotel ini memang bertentang dangan stesen bas.Turun dari bas transnasional akan terpampang logo hotel.Salah satu hotel yang disyurkan untuk menginap sebab dekat dengan The Store,Kamdar,Pasar Siti Khadijah dan lain-lain.Terletak betul betul simpang traffic light.Tempahan hotel dengan harga termurah hanya secara atas talian sahaja seeprti di booiking.com,Agoda.com dan Trivago.com.

2. KB Backpacker Lodge 



Kalau nak paling murah bilik,KB Backpacker Lodge adalah yang termurah serendah RM 28 semalam. Terletak bersebelahan dengan Suria Hotel.Tempahan hotel dengan harga termurah hanya secara atas talian sahaja seeprti di booiking.com,Agoda.com dan Trivago.com.


3. Azam Hotel




Terletak di kawasan bandar Kota Bharu satu deretan bangunan KB Backpacker Lodge dan Suria hotel.Harga dimaklumkan dalam RM70 ke atas.Dekat dengan Pasar Siti Khadijah , Parkson,dan masjid.Ada 6 jenis bilik dan berhadapan 7eleven. Setakat ini admin google  Azam Hotel tiada buat tempahan secara atas talian sahaja seeprti di booiking.com,Agoda.com dan Trivago.com.makna anda kena pergi ke hotel untuk buat tempahan.

4. Pesona Inn Budget Hotel


Hotel ini terletak bertentang jalan dengan Azam Hotel.Tempahan hotel dengan harga termurah hanya secara atas talian sahaja seeprti di booiking.com,Agoda.com dan Trivago.com.


5. Sabrina Court Hotel



Hotel ini terletak berselahan Pesona Inn Budget Hotel .Tempahan hotel dengan harga termurah hanya secara atas talian sahaja seeprti di booiking.com,Agoda.com dan Trivago.com.Hotel ini admin pernah menginap secara keseluruhan amat puas hati denagn perkhidmatan yang ditawarkan.


Kesimpulannya, banyak lagi hotel budget yang ada di sekitar Kota Bharu tetapi admin hanya cadangkan hotel-hotel di atas sebab mudah ulang alik ke stesen bas,berdekatan The Store, Bank, Kedai makan, Parkson dan Giant,Pasar Siti Khadijah malah KFC pun dekat.Kalau nak pi stadium pun tak jauh hanya jalan kaki sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Game : Ketagih bermain game Clash of Clan @ Kedah Sempoi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sejak memakai smartphone android banyak permainan yang admin sudah main dan salah satu daripadanya adalah Candy Crush . Awal permainan memang best tetapi sejak asyik sangkut level menjadikan game cepat membosankan. Lepas itu admin beralih dengan game Button and Scissors iaitu satu permainan yang santai dan tak stress macam game candy crush. Tetapi lama ke lamaan ianya menjadi boring sebab asyik menggunting butang kain sahaja setiap level. Selepas itu admin beralih kepada game strategi online. Game yang menjadi tumpuan awal adalah Castle of clash dan menjadi fanatik pula pada game ini. Berjaya juga hasut adik bongsu main game ini.Tetapi tak lama kemudian admin jadi boring sebab salah satunya puncanya apabila mereka update grafik yang huduh terus hilang selera untuk bermain.  Dalam mencari games online yang sesuai admin tertengok video iklan game clash of clan seperti di atas. Terus tangkap lentuk untuk main games ini. Perm...

Plan Celcom X2 Dimansuhkan digantikan Celcom Xpax24 yang tidak berbaloi-baloi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada tahun 2011  Celcom telah memperkenalkan pelan panggilan baru untuk para pengguna Xpax, dimana melaluinya Celcom X2 menawarkan panggilan serendah 28 sen untuk setiap 10 minit.

Kegilaan terhadap Oat Choco dengan RM 5 sebungkus

Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari? Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung. Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik. Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung. Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat! Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar ...

Labels

Show more