Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Xiaomi Flagship smartphone 2015 vs Samsung J7 Prime vs Oppo F1.Mana lagi berbaloi ?

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Untuk pengetahuan anda semua,Xiaomi Mi Note adalah telefon pintar flagship yang dilancarkan pada 22 julai 2015 oleh Xiaomi Malaysia ke pasaran tempatan. Telefon pintar bersaiz 5.7-inci akan dijual pada harga RM1549 dengan storan 64gb.

Tapi malangnya ianya mendapat sambutan yang agak dingin oleh pasaran tempatan disebabkan harga terlampau tinggi (over price).Ini kerana pengguna boleh mendapatkan specfikasi yang sama dengan harga yang lebih murah iaitu smartphone flagship Oneplus One dalam lingkungan harga RM 1199.

Masa berlalu dan kini apabila Xiaomi melancarkan Xiaomi Mi Note 2 secara automatik harga Xiaomi Mi Note telah jatuh mendadak.Banyak penjual online kini menawarkan RM 999 bagi set Xiaomi Mi Note Original Malaysia.

Admin adalah salah sorang pengguna yang menantikan saat ini untuk memiliki Xiaomi Mi Note.Alhamdulillah admin berjaya memilikinya melalui penjual Directd dengan harga RM 999.00.

Siapa tak bangga sebab berjaya memiliki smartphone taraf flagship dengan harga sama dengan smartphone keluaran terbaru yang taraf mid-range seperti Samsung J7 Prime (RM 1119) dan Oppo F1(RM 998)

Kelebihan Xiaomi Mi Note berbanding Samsung J7 Prime  dan Oppo F1



Skrin lebih besar 5.7 in vs skrin 5.5 in smartphone pesaing.



Kamera ada OIS (antara sebab utama admin pilih smartphone ini) berbanding di luar sana tiada OIS kecuali bagi smartphone high-end flagship sahaja.

 Speaker bunyi kuat kerana menggunakan Hi-Fi audio System,24 bits/192khz loseless playback support.

 
Ada sensor Gyro, Sensor Barometer berbanding smartphone mid-range terkini tiada sensor ini.
 
Guna cip high-end Snapdragon flagship smartphone.


Kekurangan Xiaomi Mi Note

  • Tiada fingeprint sensor
  • Tiada micro sd slot 
  • Tiada  Phase Fast Autofokus 

Kesimpulannya,Kekurangan Xiaomi Mi Note yang ada tidak menjejaskan nilainya sebagai flagship smartphone.Namun smartphone Xiaomi Mi Note keluaran tahun 2015 namun masih lagi relevan dan berdaya saing untuk bersaingan dengan smartphone masa kini. 

Adakah masih berbaloi dengan harga yang ditawarkan sekarang? Apa pendapat anda?



cara download film ke computer dari watch movie online

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pernah anda tengok movie online sama ada di website mahupun di facebook share? Pasti tak best kan kalao internet tak laju dan filem jadi sangkut sebab loading kan. 

Post kali ini admin nak berkongsi cara mudah untuk download sebarang movie ke komputer anda.Kebiasaanya banyak website  yang tawarkan watch movie online namun ianya akan jadi masalah bila connection internet bagaikan kura-kura.

Jadi perjalanan filem tersebut akan sangkut-sangkut dan pastinya akan membuat kita cepat jemu dengan keadaan ini seterusnya niat menonton movie jadi terbantut.

Apa yang perlu anda lakukan ?

1. Klik Add Ons pada Firefox anda.



 2. Anda cari add Ons Video Downloader Prime dan install


Langkah pertama selesai.Syabas 


2. Anda cari mana website yang menawarkan watch movie online. Admin cadangkan anda ke website http://www.hdmovieswatch.net/



Anda pilih mana-mana movie yang anda berminat nak menonton.Admin akan bagi contoh Filem Thor.

Anda klik pada gambar Filem Thor sejak keluar player movie macam di bawah ini.

 
Notis Penting : 

Bila anda klik nanti akan keluar pelbagai popup.jadi jangan panik,anda perlu close popup yang ada.Anggaplah popup ads itu sebagai saguhati kita kepada pemilik website. Kemudian anda klik play sehingga movie itu mula memulakan tayangan.


Kemudia anda perhatikan pada hujung sebelah kanan tanda merah dekat macam gambar di bawah ini.Anda klik situ dan akan ada list movie yang anda tengok.


 Kemudian anda klik save kat tanda anak panah tunjuk ke bawah.

So anda tunggulah sehingga download selesai dan anda bolehlah tengok movie dalam pc ada tanpa sebarang masalah sangkut.

Senang bukan.

 Selamat mencuba.

Used Xiaomi Redmi Note 2 (ada waranty hingga 17.11.2016) untuk dijual RM 300 sahaja - Sold

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin ada smartphone untuk dilepaskan. Smartphone ini dibeli pada 17.11.2015 di Mi Malaysia pada harga RM 649.Handphone telah dijaga dengan baik kerana kerana smartphne admin pakai tempered glass dan casing sebelum ini.


Tujuan dijual kerana sudah memiliki handphone yang baru.Jadi admin ingin lepaskan kepada sesiapa yang berminat.



1 Unit Xiaomi Redmi note 2 untuk dijual

Processor MTK Helio X10 2.0Ghz Octacore 64bit
2Gb Ram ddr3
16Gb storage
13MP rear camera
5MP front camera
Support 2 sim with 4g LTE
Li-po 3060 mAh battery
Support micro sd card up to 32Gb
MIUI 8 Android 5.0.2 Lollipop
kondisi 9/10

Package termasuk :
1 unit Xiaomi Redmi Note 2
Box Original
Wall Charger
User Manual


Harga tetap : RM 300.00
Kos pos : RM 10


Admin juga ada buat iklan di lelong.com.my. Sila rujuk sini

First come First Serve.

Contact admin : 019 546 4747

# Kalau kat mudah.com.my -rata-rata jual dalam RM 400 ke atas.


 UPDATE

Smartphone ini telah dijual kepada En zulkifly Bomba Besut.
Terima kasih

Murah gila beli Aloe Vera Forever Living hanya RM 51.50 kat Lazada.com.my

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin mula mengenali produk Forever Living bila ada video demo kat facebook yang tentang manggi yang di celupkan dalam larutan aloe vera. Memang tidak dinafikan produk ini bagus kerana khasiatnya telah diketahui sejak ribuan tahun yang lalu.Namun apabila melihat harga produk..hmmm dekat RM 100 jugalah harganya bagi seliter.So hasrat untuk membeli dan mencuba terbantut.

Aloe Vera atau lidah buaya adalah sejenis pokok berdaun runcing dari keluarga Liliaceae sama seperti bawang putih dan merah.Hampir 100 peratus pokok Aloe Vera mengandungi air. Bahagian dalam pelepahnya dipenuhi isi berbentuk gel yang mempunyai banyak kegunaan dan khasiat untuk kesihatan dan kecantikan.

Aloe Vera mengandungi lebih 200 komponen aktif antaranya vitamin, mineral, asid amino, enzim serta lemak asid malah sudah digunakan masyarakat dunia sebagai terapi untuk kesihatan sejak lebih 5,000 tahun lalu.


Terdapat banyak kelebihan dan khasiat Aloe Vera yang boleh membantu badan anda lebih sihat.

  • Mengawal pertumbuhan tumor.
  • Membantu mengawal kolestrol dalam darah.
  • Membantu mengurangkan masalah gout.
  • Memperbaiki sel darah.
  • Membantu menghalang penyakit batu karang.
  • Melancarkan sistem penghadaman dan penyakit ulser
  • Menyingkirkan toksin dalam usus dan melindungi usus.
  • Membantu memberi KESEIMBANGAN asid/alkali dalam badan
  • Membantu menyingkirkan kafein yang terhasil dari kopi atau teh
  • Mengurangkan masalah tekanan darah tinggi.
  • Membekalkan mineral, vitamin dan enzim yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.
  • Memulihkan kanser usus.
  • Memulihkan sakit buasir
  • Memulihkan sembelit kerana bertindak sebagai pelincir untuk sistem perkumuhan.
  • Membantu mengawal kadar gula dalam darah (sesuai untuk pesakit kencing manis).
  • Menguatkan daya ketahanan atau sistem imunisasi badan.
  • Memelihara kesihatan buah pinggang.
  • Mengawal dan memulihkan gastrik
  • Mencantikkan kulit.
  • Membekalkan tenaga
  • Mengawal berat badan.
  • Mengawal kolestrol dalam badan 


Baru-baru ini admin saja buka smarphone dan window shopping kat Lazada.Pergh...terjumpa plak produk Forver Living ini dengan harga yg sangat murah. Paling murah RM 63.90 rasanya.Boleh belilah kalau macam ini.Kebetulan plak Lazada bagi voucher diskaun plak RM 20 bagi pembelian melalui smartphone.Apa lagi tebus guna beli Aloe Vera Forver Living..admin beli 2 botol dapat RM 123- voucher RM 20 = RM 103 lebih kurang. Hahahaha..memang berbaloi


Sambal Rice Bowl KFC RM 5.50 vs Nasi Ayam RM 5.50 mana lebih berbaloi ?

Assalamualikum dan Salam Sejahtera

Kalau admin dan family ke KFC.Menu wajib adalah snack plate,cheezy wedges dan set ayam + nasi. Jaranglah admin nak ambik set bunger ayam kerana bagi admin kurang sedap.Hihihihi..itu pendapat ikhlas admin.

Baru-baru ini admin ada singgah KFC tetapi admin pesan Sambal Rice Bowl dengan harga RM 5.50 dan belum dicampur harga air.Sebab terkenangkan admin belum pernah cuba menu ini maka admin cuba beli dan rasa. Setelah selesai makan, terdetik satu kekesalan tidak terhingga kerana pilih menu Sambal Rice Bowl.

Rasanya harga RM 5.50 terlampau mahal dengan kuantiti yang disaji.Nasi + sambal + ayam yang dipotong kecil.Sepatutya harga diletakkan dalam RM 3.00 - RM3.50. Memang untung besar kalau orang beli.Tiada istimewa pun Sambal Rice Bowl KFC.

Banik dengan harga yang sama anda pergi warung nasi ayam.Kalau order nasi ayam ikut tempat biasanya dalam RM 4.50 - RM 6.00. Di tempat admin tinggal harga nasi ayam dalam RM 4.50.Yang pasti sepinggan nasi ayam = ayam + salad/timun/tomato + sos +sup.Menu lengkap karbohidrat +protein +sayuran.



 Agak-agak la korang pilih yang mana kalau harga kedua-dua menu ini sama RM 5.50.Sila tinggalkan komen anda.

Akhirnya dapat beli Xiaomi Mi Note Original Malaysia set RM 999 guna duit income dari blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Syukur alhamdulillah akhirnya hajad admin untuk memiliki handphone baru telah tercapai.Terima kasih kepada pihak Nuffnang dan Mobicow yang merealisasikan hajat admin ini? Tanpa bantuan mereka tak mungkin admin  berjaya memilikinya.Inilah hasil income dari blog admin yang selama ini menunjukkan hasil sen sen yang dihimpun sejak lama dan akhirnya menjadi bukit wang.Dengan hasil kumpul income dari kedua-duanya admin berjaya mengumpulkan RM 500 dari income blog.So admin mahukan ianya sesuai yang boleh diingati dari hasil titik peluh admin tanpa jemu.Hasil ini admin beli handphone.

Sebelum ini admin beli handphone Xiaomi redmi Note 2 pada tahun 2015 dan usianya sudah menjangkau setahun lebih dan masih berfungsi hingga sekarang.Untuk makluman semua handphone Xiaomi redmi Note 2 juga dari hasil income blog dari iklan adsense.Hahahaha..income dalam senyap..walaupun ambil masa namun hasilnya tidak mengecewakan.

Jadi kenapa admin pilih Xiaomi Mi Note ? Walaupun ianya model lama yang dikeluarkan tahun 2015 pada harga RM 1500 pada masa itu.Namun ianya masih mahal pada pandangan admin walaupun dimaklumkan handphone ini adalah flagship phone dari Xiaomi.Tetapi apabila Xiaomi kelaurka model terbaru iaitu Xiaomi Mi Note 2 bari-baru ini maka harganya telah jatuh menjadi bawah RM 1000. Admin beli dengan Directd sebab syaikat ini tawarkan model ori Malaysia set berbanding syaikat lain yang menawarkan harga yang sama tetapi model import.

Xiaomi Mi Note telah mendapat ulasan yang baik dari pengulas handphone yang menyatakan ianya hampir setanding dengan handphone flagship seperti Samsung Note 4 dan Iphone 6 Plus dari segi kualiti.



Apa yang yang menyebabkan admin pilih Xiaomi Mi Note .

- skrin besar 5.7 in
- RAM 3 gb
- memori 64 gb
- camera ada fungsi OIS (hanya handphone flagship ada OIS)
- camera selfie cantik walaupun 4mp 
- pakai cip snapdragon 801 (cip handphone flagship)


Kesimpulannya,admin selesa dengan Xiaomi Note.Hajat untuk memiliki flagship seperti LG 4/5 atau Samsung 5 / 7 memang tak mampu.Tapi ini sudah memadai kerana ianya sempurna bagi admin.

Tq kerana sudi membaca post ini.

Cara Transfer Duit income iklan Mobicow Dari Akaun Paypal ke Akaun Bank

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini admin ingin berkongsi pengalaman bagaimana cara keluarkan duit USD dari akaun paypal ke akaun bank tempatan.Susah sangatkah nak keluarkan duit dari paypal ini?

Sebenarnya mudah sangat.Tak sampai 5 minit pun dah siap.Yang penting sekarang adalah kena ada duit dalam Paypal.So admin ada sikit hasil income dari iklan Mobicow untuk laman blog admin ini.Hasil kumpul berbulan-bulan dapatlah dalam USD 53.Kalau ada nak tahu apa itu iklan Mobicow,anda boleh tengok post admin pasal Mobicow ini ok.

 TRANSFER DUIT DARI AKAUN PAYPAL KE AKAUN BANK MALAYSIA

1. Mula-mula sekali daftar masuk akaun Paypal.
2. Terus masuk ke bahagian My Account.
3. Untuk perpindahan wang, tekan opsyen WITHDRAW FUNDS seperti pada gambar anak panah dibawah.




Kita boleh pilih nak withdraw dan transfer masuk terus ke dalam akaun bank yang kita set dalam akaun atau transfer masuk ke kad. Untuk kad ni, rasanya Kad Kredit service charge RM20 untuk setiap keluaran.Tapi admin pilih untuk transfer masuk akaun bank je.

Untuk akaun bank Malaysia memerlukan 2-3 hari bekerja untuk duit clearance masuk ke dalam akaun. RM 3.00 dikenakan sebagai service charge jika pengeluaran kurang dari RM400. So, kalau nak jimat RM3.00, kumpul-kumpul sampai lebih RM400 baru withdraw.


Masukkan nilai berapa USD yang kita nak withdraw pada kotak yang disediakan. Wang akan dimasukkan ke akaun bank yang kita set masa mula-mula register akaun Paypal. Macam admin, Maybank.

 Selepas puas hati dengan review,klik withdraw.

Selesai.Tunggu 2-3 baru masuk dalam akaun bank.

Mudahkan? Pihak paypal akan hantar email pengesahan memaklumkan urusniaga ini.



 

Akhirnya jumpa juga spirulina paling murah RM 35 untuk 300 biji

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Anda pernah makan Spirulina ?
Spirulina adalah langkah pertama kita untukdapatkan  pemakanan yang seimbang dalam kehidupan harian kita..Ia juga merupakan makanan tambahan yang sesuai untuk mencapai kesihatan maksimum dan bertenaga. Ia mengandungi lebih 60 jenis nutrien termasuk 46 jenis nutrien penting dan ia juga 100% organic, 100% semula jadi dan 100% alkali. 

Pengalaman saya memakan Spirulina setiap hari, terbukti kecergasan dapat dirasai dalam badan setelah memakannya. Mungkin ramai sudah mengetahui tentang khasiat spirulina ini dan mungkin setengah baru nak mengenali apa itu spirulina dan apa kehebatan kepada badan kita.

 Kebaikan Spirulina

  • Menguatkan sistem ketahanan badan
Menggalakan penghasilan sel darah putih, antibodi dan cytokin untuk menguatkan sistem ketahanan badan terhadap jangkitan dan penyakit

  • Mengekalkan kesihatan dan kardiovaskular dan mengurangkan tahap kolesterol
Dibuktikan secara klinikal dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular dengan mengurangkan tahap LDL ( kolesterol  mudarat) serta trigliserida dan meningkatkan tahap HDL (kolesterol baik) .Juga dapat mengurangkan pembentukan plak pada dinding  arteri.

  • Melancarkan fungsi penghadaman dan kesihatan gastro-usus
Penyelidikan telah mengesahkan bahawa spirulina dapat menggalakkan penghadaman dan melancarkan pengerakan usus besar. Ia juga dapat menindas mikroorganisma mudarat dan menggalakan penghasilan flora yang berfaedah.

  • Melindungi badan daripada masalah kurang darah
Kandungan zat besi dalam spirulina adalah bio-aktif dan mudah digunakan oleh badan . Sesuai untuk wanita datang haid atau ibu-ibu mengandung yang berisiko tinggi untuk mendapat anemia . Antara simptom-simptom anemia  adalah seperti sering keletihan atau kelesuan, wajah yang pucat dan tidak dapat menumpu perhatian.

  • Membantu mengawalatur berat badan
Dengan nutrisi unggul yang bertenaga tinggi serta kalori yang rendah, spirulina amat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan tanpa mengalami keletihan dan lemah-lesu serta kekurangan nutrien . Spirulina diambil sebelum makan dapat menyekat selera makan dan rasa mengidam yang boleh menyebabkan terlebih makan. Ia juga dapat mengurangkan  kesembapan  akibat daripada pengumpulam sisa berasid dalam badan.

  • Menggalakkan kulit yang sihat berseri
membantu mengekalkan kulit yang sihat, rambut yang ikal-mayang dan kuku yang kuat serta  menyingkirkan toksin yang menyebabkan cela kulit dan masalah kulit lain. Juga dapat melindungi kulit daripada penuaan pramasa.

  • Menggalakkan proses detoksifikasi samulajadi pada badan
kandungan  klorofilnya dapat menyingkirkan toksin terkumpul dalam badan dan mengurangkan sakai kepala ,sengal-sengal badan,sakit sendi, nafas dan badan berbau.


Sepanjang admin makan spirulina ini, hanya 3 brand je yang pernah admin cuna.Yang pertama brand Elken dan pada pandangan admin harga dia agak mahal jadi agak sukar admin nak beli.So admin beralih kepada brand Cosway 120 biji dalam RM 22.Lama jugalah admin ambil brand Cisway ini sebab murah dan ada promosi tiap2 bulan.

Akan tetapi baru-baru ini admin jumpa yang lagi murah di Lazada iaitu brand Biolyn.Dengan 300 biji boleh dapat harga RM 35.Serius bagi admin murah.Hahaha...pasal apa admin ambil spirulina ? sebab makanan yang kita ambil setiap hari kebanyakkan berasid so lama kelamaan tidak sihat untuk badan.Jadi pengambilan spirulina akan mengimbangi kadar keasidan dalam badan kita dan memastikan badan sihat...insyaallah.Kita kena ikhtiar sebab  badan makin tua..hehehehe


Kesimpulannya,admin sarankan brand Biolyn Spirulina.Cara nak beli hanya di Lazada Malaysia.Semoga info ini membantu anda.Ok byeeee

Sedap sungguhkah KFC Cheezy Onion Crunch? Jom dengar ulasan ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sejak akhir ini KFC tayang iklan menu terbarunya.Pada admin kalau KFC keluar menu baru memang admin tak akan lepas peluang untuk mencuba.Biasalah zaman dulu-dulu ayam KFC jadi makanan kegemaran admin sehinggalah sekarang.Tapi sejak berumur ini selera dah kurang pada ayam.Hehehehe..

Ok berbalik pada cerita KFC Cheezy Onion Crunch,baru-baru ni adamin berkesempatan makan di KFC kuala Kangsar bersama family admin.Dengan menu pesanan yang berbeza dan boleh dikatakan kos makan di KFC dalam RM 64 jugalah tapi bukan duit admin ye..hehehe duit isteri admin sebab dia cakap nak belanja..untung jual kek katanya.Alhamdulillah...syukur kegembiraan di kongsi bersama.

Apa yang family admin order..set ayam Cheezy Onion Crunch, set ayam dengan nasi, super combo box dan sambal rice box. Sebenarnya sedap sangatkah set ayam Cheezy Onion Crunch ni? Hmmm..pendapat admin secara jujurnya biasa saja rasanya.Keinginan untuk ulang nak makan lagi set ini tiada langsung.Sos cheesezy onion mungkin menjejaskan selera admin.Dengan rasa masam dan bau bawang membantut selera admin.Kalau KFC bagi sos cheezy lagi baik.Apa pun gambaran iklan di TV tak sama dalam reality.Sos cheezy alahai bekas kecik ja tak padan langsung.Gimik iklan saja yang lebih.

Kesimpulannya,menu baru KFC Cheezy Onion Crunch ini,  bagi skala bintang 1-5 namun admin bagi 2.5 bintang sahaja. KFC perlu cipta lagi menu yang lebih baik..paling kurang pun wujudkan lah bubur ayam KFC...Marrybrown pun ada bubur,MC Donald pun ada bubur  tetapi masing -masing dari rasa bubur jauh berbeza.Tahukah bubur adalah satu menu yang menjadi tarikan utama untuk pelanggan ke kedai fastfood bagi family yang ada anak kecil.So KFC cepat-cepatlah wujud bubur KFC.Hehehehe



Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca