Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

ETS Platinum tiada lagi sediakan snack rail untuk penumpang ?

Assalamulaikum dan salam sejahtera, Baru-baru ni admin balik Alor Setar naik ETS kerana tak larat bawa kereta selama 3 jam setengah untu...

Post Paling Popular Minggu Ini

Pelan Celcom X2 memang berbaloi-baloi?

Salam semua,
Kenapa la aku lamabat sangat dapat maklumat pasal pakej bari celcom X2 nih.Kalo tau awal-awal dah lama tukar pelan pasti jimat duit poket aku. Untuk pengetahuan korang semua, Pelan Baru Celcom iaitu New Xpax X2 Plan Celcom.Aku bukan wakil Celcom, mahupun sales executive Celcom. 

Percaya atau tidak, pelan baru New Xpax X2 Celcom ini mampu memberikan anda penjimatan hingga 92%! Ya, percayalah kerana ianya telah terbukti dan anda boleh lihat sendiri betapa pelan X2 Celcom ini satu pelan yang sukar dicari ganti dan jauh lebih hebat dari pencabarnya sama ada kuning mahupun merah.
Tahniah kepada Celcom kerana memberikan satu pelan yang baik dan murah kepada pengguna-penggunanya seperti aku.Hehehehehe.... Aku cerita serba sedikit pasal plan celcom ini..okey

Pengenalan Pelan Baru Xpax (X2)

 Pelan baru Xpax (X2) ini adalah pelan prabayar terbaru yang memperkenalkan kadar caj terbaik untuk panggilan suara, video dan juga SMS. X2 adalah peneraju pelan prabayar yang menawarkan rangkaian sosial bergerak melalui Kolony T.
Pelan prabayar X2 ini mulai efektif pada 8 April 2011 dan mulai tarikh ini, semua pelan permulaan Xpax yang berada dalam pasaran akan bermula dengan pelan X2. Pelan X2 boleh dibeli dan diaktifkan di kesemua cawangan Celcom, Blue Cube dan pengedar utama Celcom di seluruh Malaysia.

Celcom juga turut menunjukkan perbandingan kadar caj yang dikenakan oleh telco lain seperti Hotlink (Telco H) dan DiGi (Telco D). Kadar caj panggilan suara dan video ke rangkaian lain pada 28 sen untuk lima minit juga sangat murah jika dibandingkan dengan rangkaian lain.
So perbandingan dah dibuat dan korang semua boleh usha gambar di atas. Berbaloi ke tak kalau tukar plan..Tepuk dada tanya poket seluar...hehehehehe. Bagi korang yang berniat nak berpindah telco sebab tawaran yang menarik dalam pelan baru X2 ni, anda boleh berpindah ke Celcom tanpa perlu menukar nombor melalui MNP (Mobile Portability Number) yang boleh dilakukan di seluruh cawangan Celcom dan Blue Cube di seluruh Malaysia.

Bagi pengguna pelan Xpax biasa, adalah berbaloi untuk berpindah ke pelan Xpax baru kerana kelebihan lebih berpihak kepada pengguna (terutama daripada segi kadar caj panggilan dan SMS). Namun, kadar caj rendah yang dikenakan untuk 8pax dan 15pax sudah tidak sah lagi dalam pelan X2 dan terhapus dengan sendiri.


Cara Daftar atau tukar Plan lama ke Plan baru New Xpax X2 Celcom
1. Taip MIG X2
2. Send ke 28882
3. RM5 akan dikenakan sebagai service charge.



Update :  Setelah menggunakan Plan terbaru nie ternyata ada sedikit kerugian...apabila kita mendail nombor pemanggil tetapi tidak diangkat.28 sen akan ditolak...So peringatan kepada anda di luar sana jangan telefon banyak kali walaupun nompor yang didail x angkat...rugi nanti.

PELABURAN EMAS/GOLD DI MALAYSIA? ADAKAH AKU KETINGGALAN KERETAPI?

Salam semua.


Petang tadi asyik surf ajer, aku terbaca artikel pasal emas dan kebetullan sekarang nie banyak sangat dengar pelaburan masa di internet.Aku terpikat dengan pelaburan emas secara kecil kecilan serendah 1 gram oleh bank Maybank.Walaupun ada bank lain yang tawarkan perkhidmatan ini namun syarat mula simpan tidak termampu oleh aku ketika ini...bank CIMB /Public bank pun ada tapi syarat dia membebankan aku yang tidak jenuh duit ni. So maybank adalah pilihan terbaik setakat ini. Aku pun bergegas ke Maybank Lenggong namun hampa sebab orang ramai sangat,terbantut hasrat.So ambik cara kedua daftar akaun secara online dan aku akan follow up bank dengan bank Maybank Gerik. Pasala apa aku kalut semacam sbbnya harga emas dah turun RM 165 pada 4/1/2012 dan dijangka akan naik selepas hari raya cina. Jadi kalo ada duit sana sini leh simpan emas sikit-sikit. So permulaan aku google pasal emas dan aku aka kongsi untuk korang di sini.Mari kita mulakan :)



Bagaimana membuat pelaburan emas di Malaysia?
Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu
A.Pelaburan emas fizikal
B.Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas


A. PELABURAN EMAS SECARA FIZIKAL.


Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barangan kemas


1.SYILING EMAS


Bagi memaksimumkan keuntungan pelabur disarankan untuk membeli emas fizikal di dalam bentuk syiling emas dan jongkong emas. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah


Di Malaysia, terdapat 5 institusi/syarikat yang menjual syiling emas untuk pelaburan iaitu:
1. Maybank - Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank
3. Dinar Emas Kelantan
4. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold
5. Public Dinar




B. JONGKONG EMAS
Selain daripada syiling emas, pelaburan emas yang terbaik adalah dengan membeli jongkong emas. Ini kerana harga jongkong emas biasanya adalah hampir dengan harga emas antarabangsa, mempunyai ketulenan 999.9 serta mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah.Jongkong emas yang dijual mempunyai berat seperti berikut: 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 1 kg. Terdapat setiap jongkong emas mempunyai sijil ketulenan dan nombor sirinya yang tersendiri mengikut syarikat yang mengeluarkannya.
Di Malaysia terdapat 3 jenis jongkong emas yang popular dan boleh anda beli iaitu:
1. PAMP Suisse
2. Poh Kong Bunga Raya
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd.



3. BARANGAN KEMAS

Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%)

B. PELABURAN EMAS MELALUI AKAUN SIMPANAN EMAS

Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas. Terdapat 3 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu
1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)
2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)
3. CIMB Bank : CIMB Bank Gold Deposit Account (GDA)


Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan. Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.
Akaun simpanan ini boleh dibuka di mana-mana cawangan Maybank dan Public bank dan CIMB.
Bagi Maybank, pelabur boleh mengeluarkan simpanan dalam bentuk emas fizikal (cas tambahan untuk pengangkutan dan insurans akan dikenakan) manakala bagi Public bank pula tidak menawarkan kemudahan mengeluarkan simpanan di dalam bentuk emas fizikal. Pelabur hanya boleh menjual nilai emas dan mendapat tunai.
Kebaikan membuat pelaburan dengan cara ini ialah pelabur tidak perlu bimbang masalah menyimpan emas fizikal. Namun keburukan pelaburan cara ini ialah pelabur tidak mendapat emas fizikal.

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM MEMBELI EMAS PELABURAN.

1. Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.
2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas
3. Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9 atau 916
4. Stok yang mudah diperolehi
5. Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah
6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan  dan lain-lain lagi.

Itu saja serba sedikit ilmu yang aku dapat kongsikan bersama. Insyaallah, esok kalo line clear aku nak buka terus akaun emas di Maybank Gerik sementara harga emas tengah turun mari kita ambil peluang keemasan....

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca