Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sukan

Lee Chong Wei MenjuaraiKejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012

Salam sejahtera semua, Petikan dari dada akhbar utama, KUALA LUMPUR – Datuk Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012 apabila menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago secara straight set, sebentar tadi. Chong Wei menang set pertama dengan mudah yakni 21 -6. Walaupun berusaha memberikan saingan pada set kedua, namun agak nyata Tago masih belum mampu mengungguli kehebatan Chong Wei, Tago tewas 21-13. Perlawanan berlangsung selama 36 minit. Selaku juara, Chong Wei membawa pulang USD30,000. Chong Wei merupakan pemain dengan ranking nombor satu dunia manakala Tago di tempat ke-12. Daripada 11 pertemuan antara kedua pemain, kesemuanya menyebelahi Chong Wei. Kemenangan hari ini juga menjadikan Chong Wei telah memenangi Terbuka Malaysia sebanyak 8 kali. Chong Wei ketika ditemuramah sebaik perlawanan berakhir memberitahu, selepas kemenangan itu beliau mahu memberikan fokus yang lebih kepada persiapan untuk menghadapi sukan oli...

Keputusan Semasa Lee Chong Wei vs Chen Long di Kejohanan Badminton Maybank Terbuka Malaysia 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua… Impian kemenangan Juara untuk Kejohanan Terbuka Malaysia 2012 terbuka luas. Ditambah dengan sokongan kuat dari penyokong negara.Sebelum mara ke separuh akhir,Datuk Lee Chong Wei telah menundukkan rakan karib dari Indonesia, Taufik Hidayat 21-9, 21-18 di suku akhir di Stadium Putra Bukit Jalil. Perlawanan separuh akhir perseorangan Badminton Maybank Terbuka Malaysia 2012 menemukan pemain Malaysia Datuk Lee Chong Wei dengan pemain China Chen Long. Perlawanan ini pasti dinantikan memandangkan Cheng Long merupakan antara pemain yang menjadi badi bagi Datuk Lee Chong Wei pada tahun lepas. Keputusan Semasa Lee Chong Wei vs Chen Long  Set 1 : 21-18 Set 2 : 17-21 Set 3 : 21-13 Walaupun terpaksa berhempas pulas sehingga memaksa Chen Long untuk bermain di set penentuan. Namun Datuk Lee Chong Wei dilihat tidak begitu tertekan untuk menumpaskan lawannya dengan berbekalkan semangat ribuan penonton yan hadir memberi semangat ke...

Labels

Show more