Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Lee Chong Wei MenjuaraiKejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012

Salam sejahtera semua,



Petikan dari dada akhbar utama,

KUALA LUMPUR – Datuk Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012 apabila menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago secara straight set, sebentar tadi.

Chong Wei menang set pertama dengan mudah yakni 21 -6.

Walaupun berusaha memberikan saingan pada set kedua, namun agak nyata Tago masih belum mampu mengungguli kehebatan Chong Wei,

Tago tewas 21-13.



Perlawanan berlangsung selama 36 minit. Selaku juara, Chong Wei membawa pulang USD30,000.

Chong Wei merupakan pemain dengan ranking nombor satu dunia manakala Tago di tempat ke-12.

Daripada 11 pertemuan antara kedua pemain, kesemuanya menyebelahi Chong Wei.

Kemenangan hari ini juga menjadikan Chong Wei telah memenangi Terbuka Malaysia sebanyak 8 kali.

Chong Wei ketika ditemuramah sebaik perlawanan berakhir memberitahu, selepas kemenangan itu beliau

mahu memberikan fokus yang lebih kepada persiapan untuk menghadapi sukan olimpik.
 
PS: Kalau ikut ramalan aku, memang mudah aje, Datuk lee Chong Wei meratah pihak lawannya kali ini. Rasa macam tak setanding la pulak apabila menang straight set. Apa-apa pun kemenangan ini akan dijadikan semangat membara bagi menghadapi sukan olimpik.Yang pasti Lin Dan pasti menunggu di Sukan Olimpik. Punca kekalahannya di Terbuka Malaysia seakan-akan dapat dihidu oleh semua.Tepuk dada tanya selera.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca