Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Atasi Masalah Rambut Kering,Rambut Bercabang,Keguguran Rambut







 Anda menghadapi masalah rambut kusut,kering dan mengerbang seperti gambar di atas. Jangan risau atasi masalah anda dengan shampoo Sedal.


 Amat Menabjubkan... Lihat Testimoni Di bawah





Selepas 1 kali Pengguna Syampoo

Note: Sila dapatkan produk ini di farmasi-farmasi berdekatan dengan rumah anda. :)

Vitamin B17 dalam Biji Aprikot Bunuh Sel Penyakit Kanser

Tahukah Anda ?
Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai sel KANSER!!!! Bezanya cuma sama ada ianya aktif atau tidak. Kini satu lagi rahsia terbongkar. Ini adalah kebenaran yang perlu anda ketahui. Kini memperkenalkan VITAMIN B17.

VITAMIN B17 MERUPAKAN SUMBER SEMULAJADI UNTUK MERAWAT KANSER.

Cegah sebelum ianya bermula. Itu lah langkah terbaik yang perlu kita ambil. Ini kerana sel-sel kanser akan bertindak secara aktif terhadap aktiviti harian serta corak pemakanan harian kita. Selain itu, tekanan perasaan juga boleh menyebabkan sel sel kanser kembali aktif. Jika itu berlaku, maka akan bermulanya kehidupan sukar.

Mampukah Kita Melawan Kanser?

Jawapannya " Ya, 10 ribu kali Ya". Bukan hanya dibuktikan dengan beberapa kes terpencil sahaja dimana lelaki dan wanita yang dinasihatkan pulang untuk menghadapi maut oleh doktor-doktor pakar yang mereka percayai, tetapi berjaya meneruskan kehidupan normal dengan menjalani terapi Vitamin B-17 sebagai harapan terakhir. >>Petikan Buku -"Cancer : Why We're Still Dying To Know The Truth" by Philip Day, Penyellidik, Wartawan dan Penerbit.


BIJI APRIKOT SEBAGAI ALTERNATIF RAWATAN KANSER
Apa kata Pakar Kanser ?

Dr Dean Burk, Pakar Kanser dari Jerman yang mengkaji secara terperinci menyatakan : "Apabila kami masukkan vitamin B-17 keatas sel-sel kanser dibawah mikroskop kami melihat bahawa sel-sel kanser itu mati dengan cepat sekali"



Biji yang penuh dengan KEAJAIBAN pada abad ke 21:-
•Menyelamat/ membaikpulih fungsi hati
•Membersihkan saluran darah
• Merawat penyakit diabetes
• Menurunkan tekanan darah tinggi
• Memperbaiki fungsi buah pinggang
• Mengurangkan kesakitan sendi tulang
• Memudahkan penurunan berat badan
• Baik untuk pembersihan usus
• Mengawal masaalah serawan (ruang putih di dlm mulut)
• Pemangkin kepada kesihatan mental


Vitamin B17 dari Biji Apricot Biji apricot mengandungi kandungan Vitamin B17 yang paling tinggi di dunia.
Dengan sering mengamalkannya dapat membantu anda mengawal beberapa jenis penyakit kronik yang merbahaya. Apricot di percayai mempunyai khasiat seperti berikut:-
Anti penuaan, ketahanan badan ,meningkat sistem imuniti , kardiovaskular dan masalah peredaran darah , kencing manis , sawan, keletihan kronik , Detoksifikasi hatipenyakit autoimmune/SLE , asma/alahan , radang paru-paru , Mengurangi bintik-bintik hitam dan jerawat , sel-sel mati serta menghilangkan kulit yang kasar.
Menghilangkan keputihan, senggugut, melancarkan perjalanan darah haid, kesakitan di bahagian rahim, menghilangkan bau hamis.

Cara makan untuk penggunaan biasa : Amalkan 8-15 biji setiap pagi dan petang sahaja .Di kunyah 65 kali kunyahan sehingga sebati dengan air liur. Sewaktu kunyah pastikan air liur keluar dengan banyak. Ini akan membantu menuteralkan bahan aktif yang ada dalam kandungan Biji apricot tersebut.






Aprikot sejenis buah yang berwarna kuning yang sama rupanya seperti buah plum atau pic. Ia kaya dengan beta-carotene, sejenis bahan anti pengoksida dalam vitamin A, dan berkalori rendah. 3 biji buah aprikot membekalkan beta-carotene lebih 50 % daripada keperluan harian dan hanya 50 kalori.


Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.

Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.

Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great.

Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gula nya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.Apricot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.

Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur.Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh....masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot...

Kajian-kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang kaya dengan beta-carotene seperti aprikot menghindarkan penyakit barah, terutamanya di bahagian tenggorok, paru-paru dan pankreas.Buah aprikot sesuai diamalkan oleh mereka yang sudah atau berhajat untuk berhenti merokok kerana ia berperanan menghilangkan kesan-kesan nikotin, sekaligus mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan. Kandungan beta-carotene dalam buah aprikot juga membantu menghindarkan pengerasan dalam saluran darah yang menjadi punca penyakit jantung karonari.

Selain daripada itu, aprikot sesuai diamalkan oleh wanita yang baru putus haid kerana buah itu mengandungi boron, yang merangsangkan pengeluaran hormon seks estrogen. Aprikot juga membekalkan garam galian kalium untuk menjaga kesihatan jantung, zat besi untuk menghindarkan keletihan dan jangkitan dan juga silika, sejenis sebatian yang menjamin kesihatan kulit, rambut dan kuku.




TIPS AMALKAN MEMAKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI B17 DI BAWAH INI.


A. Broccoli, Asparagus, Beets,(Tumbubuhan Yang Akarnya Manis), Kobis,Lobak Merah,Bunga Kobis,Celery, Timun , Lemon Hijau Dan Kuning,

B. Kacang Hijau, Kacang Merah, Dan Kacang Buncis, Lada Hitam ( Yang Muda) Bayam, Spinach, Biji Sawi, Collards, Asparagus, Salad, Kacang Bendi, Daun Parsley, Kobis, Segala Jenis Lobak, Sayaur Yang Ada Getah Putih Dan Berdaun Besar,Sengkuang Cina, Daun Gandum Muda, Barley Grass, Ubi Sengkuang, Tauge, Bawang Putih Dan Bawang Merah.

Buah Kurma dan Khasiatnya Dari Aspek Kesihatan

Salam Sejahtera,

 Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis.Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari ketika di bulan Ramadhan sahaja.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Buah kurma semenangnya baik untuk diamalkan pemakanannya semasa mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin nanti. Selepas bayi dilahirkan, buah kurma juga bagus untuk dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”. 



Advanced SystemCare - Perisian utiliti yang wajib ada pada komputer anda

Pasti ada dikalangan anda sebelum ini pernah mengenali Advance Windows Care, sebuah perisian yang membolehkan anda memeriksa, membaiki dan mempertingkatkan prestasi komputer anda dengan hanya satu butang. Kini, untuk versi 3.0, Iobit telah menjenamakan semula dan menamakannya sebagai Advance SystemCare 3.0. Pengeluar perisian ini telah menjanjikan perubahan yang drastik dan lebih berkesan daripada versi sebelum ini..
Apa yang terbaru ?

Yang paling jelas ialah paparan pengguna yang lebih mesra dan menarik. Iobit memberikan pilihan warna hitam atau putih bagi memenuhi kesesuaian anda. Terdapat 3 komponen utama Advance SystemCare - maintain windows, diagnose system dan utilities.

Maintain Windows

Hanya klik pada satu butang scan untuk Advance SystemCare 3.0 mengimbas komputer anda untuk spyware, junk files, memperbaiki registry dan memadamkan history, cookies untuk tujuan menyelenggaraan sistem windows supaya berfungsi dengan lebih efisien. Perisian ini akan memberitahu anda masalah-masalah yang timbul dan apa yang anda perlu lakukan ialah dengan klik pada butang repair dan semuanya selesai.

Dianose System

Aplikasi ini berfungsi menganalisa prestasi dan tahap kesalamatan sistem komputer. Dari system optimization hinggalah security analyzer, ia berfungsi untuk meningkatkan kelajuan komputer anda.

Utilities

Ciri ini merupakan yang terbaru diperkenalkan pada Advance SystemCare 3.0 berbanding versi sebelumnya. Terdapat 3 aplikasi utama di dalam segmen utilities ini - tune up, security dan admin tools di mana aplikasi-aplikasi ini memberikan anda 'kuasa' yang lebih untuk mengawal sistem windows komputer anda.

Aplikasi yang paling menarik yang pihak kami rasakan terbaik dibawakan oleh perisian ini ialah Firefox TCP Optimizer dan Smart RAM. Dengan TCP Optimizer, pengguna terutamanya yang menggunakan Mozilla Firefox boleh memanfaatkannya untuk mengoptimumkan prestasi pelayar dan meningkatkan kelajuan internet.

Firefox TCP Optimizer-mengoptimumkan prestasi pelayar dan meningkatkan kelajuan internet.

Dengan SMART RAM pula, ia berfungsi mengawasi penggunaan memori RAM dibalik tabir dan akan bertindak membebaskan RAM apabila lebih memori diperlukan. Ia sama sekali tidak menganggu prestasi komputer seperti yang dirasakan sesetengah pihak. Kami menyarankan anda mencuba aplikasi ini dan pastikan anda melilih semua pilihan di dalam setting seperti imej di bawah.

Pastikan anda melilih semua pilihan di dalam setting.

Selamat mencuba... :)

Lelaki Mati Ketika Bermain Komputer Selama 23 Jam Tanpa Henti

Chen Rong-yu ditemui mati ketika bermain permainan komputer di sebuah kafe Internet di Taipei pada 1 Februari lalu. - agensi
Gambar Hiasan

TAIPEI 3 Feb. - Seorang lelaki Taiwan dilaporkan mati, selepas bermain permainan komputer selama 23 jam terus-menerus di sebuah kafe Internet, kelmarin.

Menurut laman web berita Apple Daily, anggota polis menemui mayat Chen Rong-yu, 23, tersembam pada kerusi dengan kedua-dua tangannya kaku di papan kekunci dan tetikus di kafe Internet di Taipei.

Seorang pekerja di kafe Internet itu berkata, Rong-yu datang ke kafe tersebut lewat Selasa lalu dan duduk di hujung terminal komputer.

Jelasnya, tindakan Rong-yu yang kerap berehat menyebabkan pekerja kafe menyangka dia sedang tidur.

Pada malam berikutnya, seorang pekerja wanita cuba mengejutkan Rong-yu tetapi mendapati badannya sejuk lalu menghubungi polis.

Sementara itu, keluarga mangsa berkata, Rong-yu pernah menerima rawatan bagi masalah jantung pada September lalu.

Polis masih menyiasat punca kematian Rong-yu tetapi mengesyaki keletihan, kekurangan pergerakan dan cuaca sejuk menyebabkan darah beku dan serangan jantung.


Rong-yu dipercayai sedang bermain permainan League of Legends yang dicipta oleh Garena, sebuah syarikat perkhidmatan permainan yang berpangkalan di Singapura. - DPA

Cara Untuk Blog Anda Mudah Dicari Dan Mendapat Lebih Banyak Pelawat Dari Search Engine

Salam Sejahtera,

Secara default Blogger memaparkan tajuk blog anda pertama, diikuti oleh tajuk post blog anda. Seperti yang anda mungkin perasan ini adalah tidak baik kepada SEO. Adalah penting  bagaimana membuat tajuk post anda muncul dahulu supaya blog anda  lebih banyak pelawat dari enjin carian.


Mengapa perlunya Tukar Tajuk?

Ia agak penting untuk mempunyai Tajuk Blog Post disusun dengan baik untuk melihat blog anda akan dipaparkan pada hasil carian google. Cara ini lebih ramai orang akan klik pada link anda apabila mencari google kerana tajuk pos adalah lebih relevan daripada nama post anda.

Contoh Keputusan Carian Google:
Anda adalah yang paling mungkin untuk klik pada imej bawah ketika mencari google untuk kata kunci "penjana mencerminkan imej". Sebabnya adalah bahawa fikiran anda membaca teks dari kiri ke kanan. Jadi masuk akal untuk mempunyai tajuk yang lebih penting di sebelah kiri.



Bagaimana untuk Tukar Tajuk:



  1. Go to Layout>edit HTML in your Blogger dashboard.
  2. Search for this tag: <title><data:blog.pageTitle/></title>e
  3. Replace this tag with the following code:
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'> <title><data:blog.title/></title> <b:else/> <title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title> </b:if>

4. Save template blog anda dan kesan perubahan yang dibuat adalah seperti gambar dibawah.
5. Kesan ini mengambil masa 2-3 hari untuk dilahat dalam carian google.




Selamat mencuba!!!

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca