Pasti ada dikalangan anda sebelum ini pernah mengenali Advance Windows Care, sebuah perisian yang membolehkan anda memeriksa, membaiki dan mempertingkatkan prestasi komputer anda dengan hanya satu butang. Kini, untuk versi 3.0, Iobit telah menjenamakan semula dan menamakannya sebagai Advance SystemCare 3.0. Pengeluar perisian ini telah menjanjikan perubahan yang drastik dan lebih berkesan daripada versi sebelum ini..
Apa yang terbaru ?
Yang paling jelas ialah paparan pengguna yang lebih mesra dan menarik. Iobit memberikan pilihan warna hitam atau putih bagi memenuhi kesesuaian anda. Terdapat 3 komponen utama Advance SystemCare - maintain windows, diagnose system dan utilities.
Maintain Windows
Hanya klik pada satu butang scan untuk Advance SystemCare 3.0 mengimbas komputer anda untuk spyware, junk files, memperbaiki registry dan memadamkan history, cookies untuk tujuan menyelenggaraan sistem windows supaya berfungsi dengan lebih efisien. Perisian ini akan memberitahu anda masalah-masalah yang timbul dan apa yang anda perlu lakukan ialah dengan klik pada butang repair dan semuanya selesai.
Dianose System
Aplikasi ini berfungsi menganalisa prestasi dan tahap kesalamatan sistem komputer. Dari system optimization hinggalah security analyzer, ia berfungsi untuk meningkatkan kelajuan komputer anda.
Utilities
Ciri ini merupakan yang terbaru diperkenalkan pada Advance SystemCare 3.0 berbanding versi sebelumnya. Terdapat 3 aplikasi utama di dalam segmen utilities ini - tune up, security dan admin tools di mana aplikasi-aplikasi ini memberikan anda 'kuasa' yang lebih untuk mengawal sistem windows komputer anda.
Aplikasi yang paling menarik yang pihak kami rasakan terbaik dibawakan oleh perisian ini ialah Firefox TCP Optimizer dan Smart RAM. Dengan TCP Optimizer, pengguna terutamanya yang menggunakan Mozilla Firefox boleh memanfaatkannya untuk mengoptimumkan prestasi pelayar dan meningkatkan kelajuan internet.
Firefox TCP Optimizer-mengoptimumkan prestasi pelayar dan meningkatkan kelajuan internet.
Dengan SMART RAM pula, ia berfungsi mengawasi penggunaan memori RAM dibalik tabir dan akan bertindak membebaskan RAM apabila lebih memori diperlukan. Ia sama sekali tidak menganggu prestasi komputer seperti yang dirasakan sesetengah pihak. Kami menyarankan anda mencuba aplikasi ini dan pastikan anda melilih semua pilihan di dalam setting seperti imej di bawah.
Pastikan anda melilih semua pilihan di dalam setting.
Selamat mencuba... :)
Carian Dalam Blog
|
|
Post Popular Hari Ini
Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir
Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Salam Sejahtera Admin hari ini ingin berkongsi tentang seorang kenalan yang mengalami masalah jerawat.Pelbagai produk pencuci muka dari ...
-
Sering gatal di celah kelangkang ? Jangan digaru! Ketahui cara untuk mencegah serta merawat gatal celah kelangkang. Kegatalan merupakan s...
-
Betik sangat berkhasiat jika dimakan. Betik yang sudah masak mengandungi 85% lembapan, 14% karbohidrat, 7.7% gula, 19, 6 dan 61 miligram p...
-
Dunia seni hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian seorang lagi penyanyi "Cinta Melankolia" yang popular sekitar tahun 80...
-
Daun Rerama yang kini semakin popular dipercayai mempunyai khasiat tersendiri untuk merawat penyakit KANSER atau BARAH serta sakit-sakit ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca
Penafian
Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.
Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.
No comments:
Post a Comment