Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Kenali adab ziarah kubur sebelum berselfie

Menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar pahalanya. Makin bertambah pahalanya – seperti diterangkan dalam hadith-hadith nabi s.a.w. Makin bertambah pahalanya, jika kubur ibu bapa diziarahi pada tiap-tiap hari jumaat dan dibacakan surah Yaasin disisinya. 

ingat kubur ingat ‘selfie', bukan Ingat kubur ingat mati adalah trend terbaru anak muda malaysia ketika ziarah kubur

Trend selfie kini menjadi semakin popular dalam kalangan mereka yang obses mengambil gambar sendiri dan dikongsi di laman-laman sosial untuk tatapan dan komen oleh rakan-rakan alam maya.Fenomena berselfie menggunakan monopod yang kian popular di seluruh dunia itu tidak mengira usia baik golongan remaja mahupun golongan dewasa, bahkan golongan artis dan juga orang biasa.

Namun berselfie di tempat yang tidak sepatutnya bakal mengundang padah apabila  seorang artis kita didakwa 'berselfie' dekat kubur. Bukan setakat selfie, malah dia dan rakannya turut didakwa 'terpijak' kubur keluarga lain yang berada berhampiran. Akibat perbuatan tersebut, artis terbabit telah mendapat teguran dan membuat ramai pihak di laman sosial merasa marah terhadap sikap tidak prihatinnya.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar dengan tindakan segelintir umat Islam ber‘selfie’ di tanah perkuburan lebih-lebih lagi semasa menyambut Aidilfitri.“Perbuatan ini boleh dikategorikan haram jika kita berniat untuk berseronok.

“Tindakan tersebut sangat tidak wajar kerana sepatutnya kita ke kubur untuk menjadikan iktibar dan menginsafkan diri kita,” katanya,Tambahnya lagi, masyarakat masa ini tidak mendalami sedalam-dalamnya mengenai amalan menziarahi kubur terutama pada musim sambutan Aidilfitri.

“Amalan ziarah-menziarahi saudara-mara dan rakan-rakan yang masih hidup adalah sangat baik jika dilakukan semasa sambutan hari raya.“Sambutan hari raya adalah kemuncak ibadat untuk kita saling ziarah-menziarahi bagi tujuan bermaaf-maafan dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama manusia.

“Amalan menziarahi kubur tidak menjadi satu kesalahan namun ia boleh menjadi haram jika kita berniat untuk berseronok dan tidak mengikut adab yang ditetapkan,” ujarnya.

artis Farish Aziz berselfie di tanah perkuburan menjadi isu hangat

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca