Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Setelah 12 tahun setia dengan Celcom Prepaid akhirnya aku beralih ke Onexox Prepaid.Mengapa?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya telco Celcom ini sudah jadi sebahagian dari hidup admin sebenarnya. Dari admin mula kerja pada tahun 2002 sehingga Disember 2014 admin adalah salah seorang pelanggan setia Celcom Preaid. Namun baru-baru ini admin telah melakukan anjakan pradikgma dengan bertukar telco baru iaitu Onexox prepaid.

Bagaimana Onexox boleh menarik hati admin untuk bertukar ke telco baru adalah sesuatu yang tidak diduga.Apa apa pun admin telah banyak meneliti kelebihan yang ada pada Onexox ini.



Dulu admin kena topup  RM 30 untuk masa airtime aktif selama sebulan.Lepas itu admin langgan pulak Pelan Internet Sosial Chat RM 10 untuk kuota data internet 150 mb selagi masa airtime aktif. Selepas muncul tawaran Onexox prepaid dengan menawarkan Program MNP Onexox di mana admin boleh kekal nombor lama Celcom dan beralih ke Onexox Prepad.Admin juga akan dapat masa lanjutan airtime selama 28 bulan (2 tahun 4 bulan) dengan hanya membayar RM 10 sahaja untuk program MNP Onexox.

Sebelum ini admin amat sukar beralih Telco lain kerana bimbang liputan talian tidak sekuat Celcom.Tapi  admin menarik nafas lega kerana Onexox prepaid tumpang  coverage talian Celcom.Jadi tiada masalah liputan kerana di mana ada Celcom di situ ada Onexox.


 Memang jimat ke bertukar ke Onexox prepaid?


Untuk masa panggilan bagi admin memang jimat memandangkan admin biasa membuat panggilan yang tidak lama mungkin dalam kurang 2 minit. Tetapi pelan panggilan Onexox ini 30 saaat 6 sen adalah menjimatkan kerana sebelum ini telco admin yang lama mengenakan 28 sen walaupun 30 saat bercakap.Di situ admin dah nampak penjimatan.

Pelan internet bagaimana pula?Jimat ke ?

Ya sudah tentu jimat. Pelan internet Onexox memang menjimatkan.SMS sekarang ini tidak lagi popular kepada sebahagian rakyat Malaysia kerana adanya aplikasi Whatapp.Boleh dikatakan aplikasi Whatapp pembunuh senyap kepada sms kini.Dulu pengguna membayar setiap sms yang dihantar iaitu dalam 2-10 sen.Kini whatapps mengambil alih fungsi sms di mana pengguna boleh berhubung sesama mereka dengan hanya menaip dalam Whatapp tanpa sebarang bayaran dikenakan dengan syarat memiliki akses internet,Jadi kemudahan internet sudah jadi benda wajip setiap pengguna handphone.

Bagi pengguna seperti admin yang hanya berwhatapp dan,facebook dan surfing yang ringan maka pelan RM 18 sebulan dengan kuota 500 mb dilihat amat sesuai dengan keperluan admin. Jadi bagi pengguna internet yang agak hardcore,pelan RM 29.99 sebulan dengan kuota 1.5 gb dilihat sesuai. Jadi terpulanglah mengikut keperluan masing-masing.

Kesimpulannya admin berpuas hati setakat ini service Telco Onexox ini.Nak berjimat lagi ajak kaum kerabat beralih kepada onexox prepaid.Secara tidak langsung boleh jana sampingan setiap bulan. Berminat nak tahu pendapatan sampingan.Klik di sini



Bagaimana anda dapat berjimat setiap bila anda topup kredit untuk isteri dan anak-anak anda

Assalamualaikum dan Salah Sejahtera.

Pernah tak anda terpikir berapa jumlah duit yang anda keluarkan untuk topup sebulan bagi kegunaan ahli keluarga anda. Kebiasaaanya untuk kekal aktif airtime selama sebulan anda perlukan anggaran topup RM 30. 

Lirik lagu badabes badabes itu siapa penyanyinya? Meghan Trainor All About That Bass lyrics

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam keseronokan mendengar lagu di radio dalam kereta...terdetik di hati admin nak  tahu siapakah penyanyi lirik lagu badabes badabes.. Memandangkan admin jarang dengar radio,itu ketika naik kereta sahaja.

So irama badebes badabes ini memang rancak.So bermula lah misi mencari badabes badabes...oooo rupanya dah jumpa siapa penyanyi badabes badabes..Hehehehehe...Beliau adalah Meghan Trainor dan tajuk "All About That Bass".Lagu irama jazz,pop dan soul pasti menambat hati sesiapa sahaja yang mendenagarnya.Apabila tengok video klipnya pula boleh tergelak tak henti henti .Best juga kalau lagu ini warming up semasa buat senam aerobik.Hahahahaha...

Meghan Trainor "All About That Bass" lyrics

Because you know I'm all about that bass,
'Bout that bass 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass

Yeah it's pretty clear, I ain't no size two
But I can shake it, shake it like I'm supposed to do
'Cause I got that boom boom that all the boys chase
All the right junk in all the right places
I see the magazines working that Photoshop
We know that shit ain't real
Come on now, make it stop
If you got beauty beauty just raise 'em up
'Cause every inch of you is perfect
From the bottom to the top
Yeah, my momma she told me don't worry about your size
She says, boys they like a little more booty to hold at night
You know I won't be no stick-figure, silicone Barbie doll,
So, if that's what's you're into
Then go ahead and move along

Because you know I'm all about that bass,
'Bout that bass 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass

I'm bringing booty back
Go ahead and tell them skinny bitches Hey
No, I'm just playing I know you think you're fat,
But I'm here to tell you that,
Every inch of you is perfect from the bottom to the top
Yeah, my momma she told me don't worry about your size
She says, boys they like a little more booty to hold at night
You know I won't be no stick-figure, silicone Barbie doll,

So, if that's what's you're into
Then go ahead and move along

Because you know I'm all about that bass,
'Bout that bass 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass

Because you know I'm all about that bass,
'Bout that bass 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass

Because you know I'm all about that bass,
'Bout that bass 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass




Handphone Android KitKat Harga RM 300 dengan skin 5 inci, 1 Gb RAM untuk isteri telah ditemui

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Rasanya lama tidak mengemaskini blog ini dengan artikel baru disebabkan dengan masalah masa admin yang agak terhad. Apa pun admin berkesempatan kali ini untuk berkongsi dengan anda tentang pembelian handphone budget dalam lingkungan RM 300 dan tidak lebih dari RM 400 termasuk sekali skrin protector dan case.

Baru-baru ini isteri admin telah menyatakan hasrat untuk membeli handphone baru kerana handphone lamanya iaitu Lenovo A369i sudah mengalami masalah selalu hag. Ini mungkin terjadi disebabkan masalah memory RAM yang rendah iaitu 512mb sahaja dan tidak sesuai lagi dengan aplikasi sistem android yang memerlukan RAM yang lebih tinggi.

Jadi admin telah diberi kepercayaan untuk mencari handphone harga berbaloi iaitu budget dalam RM 300-400 termasuk skrin protector dan handphone case. Walaupun isteri admin tak memberi spefikasi handphone yang diingini namun sudah pastinya handphone yang diingini seiring dengan perkembangan semasa. Jadi admin telah meletakkan target ciri-ciri bagi carian handphone ini adalah seperti saiz skrin 4.5'-5.0 inci,  1 gb RAM,  camera 5 mp ke atas dan camera depan yang boleh selfie (optional).


Sebenarnya memang susah hendak mencari handphone seperti spefikasi yang dinyatakan dengan budget RM 300++ ini kerana kebiasanya harga  handphone bagi spefikasi sedemikian dalam RM 400 ke atas. Hasil carian awal di fikiran admin tiada yang lain adalah kepada Asus Zenfone 4 sebab harganya RM 299 dengan 1 gb RAM. Memang susah nak jumpa dengan harga bawah RM 300 untuk  1gb RAM. Jadi admin lihat Asus Zenfone 4  adalah pilihan terbaik akan tetapi setelah admin survey internet mendapati ciri cameranya agak kurang memuaskan dan camera depan hanya VGA sahaja. Disebabkan dunia kini dilanda mood  gambar selfie maka syarikat pengeluar handphone kini  berpusu-pusu menawarkan camera depan 1-2 mp untuk tujuan gambar selfie maka  Asus Zenfone 4 dilihat macam outdated handphone maka ianya terkeluar dari senarai pilihan handphone admin.


Admin cuba meninjau handphone Huawei dalam budget harga RM 300-400 namun tidak dijumpai yang sesuai.Cuma handphone Honor 3C Lite dengan harga RM 399 menepati spefikasi yang admin inginkan namun harganya sedikit tersasar jauh dan pertengahan bulan Disember 2014 baru dilancarkan model ini dari Huawei Malaysia. Sebenarnya, admin sendiri pakai handphone Honor 3C iaitu abang kepada Honor 3C Lite.Jadi dari segi kualiti memang terbaik.Jadi admin terpaksa keluarkan handphone ini dari senarai pilihan disebabkan kosnya akan meningkat jadi RM 450-470  jika beli screen protector dan case.Sudah pastinya ianya tersasar dari budget admin.Apapun kalau anda luar sana admin rekemen model ini.So admin ketepikan dulu model ini dengan status KIV.Jika diberi pilihan memang admin akan sambar Honor 3C Lite ini.


Jadi admin beralih pula kepada mode-model Lenovo. Hasil carian ada 2 model terbaru yang dikeluarkan Lenovo Malaysia iaitu A328 dan A536. Kedua model ini sama dari segi spefikasi dan cuma beza dari segi saiz skrin,memori handphone  dan camera sahaja.Harganya pula dari survey di lelong.com.my A328 dalam RM 299 manakala A536 dalam harga RM 349.

A536 vs A328

Walaubagaimanapun admin telah mengambil keputusan untuk memilih model Lenovo A536  bagi model pilihan admin disebabkan :-

a) Saiz internal memori A536 adalah 8gb berbanding A328 hanya 4 gb sahaja.Walaupun 4 gb dilihat sudah  cukup untuk install aplikasi-apliaksi yang ada namun 8gb dilihat lebih relevan pada masa sekarang. Mungkin internal memori 4 gb lebih sesuai pada 1 setahun yang lalu.

b) Saiz skrin yang besar dan relevan pada waktu sekarang ini iaitu saiz 5 inci. Saiz 4.5 inci bagi model A328 pun sesuai sudah bagi tangan wanita tapi kalau jika kita boleh dapat saiz skrin lebih besar dengan tambah extra RM 30-40 dari kocek kita sahaja.Ini sudah pasti satu peluangsukar untuk dilepaskan.

c) Salah satu faktor admin pilih A536 adalah disebabkan cameranya mempunyai ciri autofocus berbanding A328 hanya fixed focus.Jadi element ini yang mempengaruhi admin untuk pilih model ini Sejauh mana kualiti cameranya admin tidak pasti.Namun admin telah pun sedikit tinjau review di Youtube pasal model ini.Dari segi aspek camera, kualiti gambar yang dihasilkan agak memuaskan bagi 5 mp camera.Jika dibandingkan handhone isteri sekarang hanya camera 1 mp sahaja.Sadis bukan..ngeeee.

Kesimpulannya, model handphone untuk isteri admin sudah dikenalpasti iaitu Lenovo A536.Ianya adalah model yang paling terbaik yang admin survey setakat ini dengan harga RM 300++,1 Gb RAM, camera depan 2 mp dan skrin 5 inci.Harap harap nanti kalau beli kat Greentown Mall Ipoh mungkin boleh dapat free skrin protector n case. 

Mungkinkah model lain yang lebih berbaloi dari A536,admin terlepas pandang dengan sewaktu survey?Kalau ada sila komen di ruang disediakan.

Terima kasih.

Apabila Shah Rukh Khan antara penerima zakat dari Lembaga Tabung Haji.

Bila disebut pelakon Hindi terkenal ini pernah menjadi isu hangat negara sekitar tahun 2008 apabila dikurniakan gelaran ‘Datuk’ sempena Ulangtahun Kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70. Akan tetapi rakyat Malaysia pasti kecoh apabila dimaklumkan dari media masa bahawa Shah Rukh Khan antara 248 orang yang menerima bantuan Lembaga Tabung Haji (TH) sudah pasti nama ini menjadi perbualan hangat di media sosial.

Namun begitu sebagai pembaca anda tidak perlu melatah kerana yang menerima zakat ini bukan pelakon hindi sebaliknya adalah seorang pelajar yang namanya serupa nama pelakon hindi tersebut di mana pelajar ini mendapat bantuan zakat menerusi Projek Iqra 2014 peringkat Negeri Sembilan di Auditorium Pejabat Tanah dan Daerah Port Dickson, semalam.

Bantuan zakat pendidikan RM500 berupa kelengkapan sekolah dan wang tunai membabitkan jumlah keseluruhan RM124,000 itu disampaikan Pengurus Besar (Khidmat Pelanggan) TH, Mohammad Saimi Mat Som.

Shah Rukh Khan Mohamad, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Abd Samad di sini, berkata, bantuan diterima sekurang-kurangnya dapat meringankan beban ibu bapanya.

“Ibu saya bekerja sebagai pembantu restoran di pekan Port Dickson manakala ayah tidak dapat bekerja akibat menderita penyakit saraf. Saya bersyukur dipilih menerima bantuan zakat untuk membeli keperluan sekolah tahun depan,” katanya yang juga anak kesembilan daripada 10 beradik.

Ketika ditanya mengenai keunikan namanya itu, Shah Rukh Khan berkata, nama itu dipilih ibunya, Alona Pelawis, 46, yang sangat meminati filem Hindi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Tanda Biru WhatsApp bakal menimbulkan masalah kepada pengguna

Apabila telah memiliki telefon pintar, satu applikasi yang wajib kita install adalah Whatsapp. Whatsapp menjadi medium utama untuk berkomunikasi sesama insan di mana jua kita berada kerana faktor kesenangan dan murah. 

Salah satu kegunaan Whatsapp adalah fungsi untuk membentuk kumpulan yang membolehkan kita berbual-bual dengan ramai orang secara serentak. 

WhatsApp telah melancarkan satu ciri baru iaitu yang membolehkan pengguna untuk melihat samada mesej mereka telah dibaca ataupun tidak.Jika penerima telah membaca mesej tersebut, ia akan menunjukkan tanda biru.

Ciri ‘mesej dibaca’ adalah benar-benar mudah untuk menggunakan dan memahami; apabila anda menghantar mesej kepada penerima, anda akan melihat tanda kelabu di bawah teks, mengesahkan bahawa mesej anda telah dihantar, tetapi jika penerima membuka WhatsApp dan membaca mesej anda, maka tanda itu akan bertukar menjadi biru.





Sentiasa ingat tanda tersebut hanya akan bertukar ke biru jika mesej anda telah dibaca jika ia masih kelabu, maka adalah selamat untuk menganggap bahawa penerima belum baca mesej tersebut. WhatsApp juga akan menunjukkan dengan tepat bila mesej itu dibacakan (masa).


Sama ada ciri terbaru whatapp ini membawa kebaikan atau keburukan terpulang kepada persepsi individu itu sendiri.Bagi anda yang mempunyai whatapp pejabat kenalah berhati-hati.Mungkin selepas ini tiada alasan “maaf boss tak perasan mesej yang boss hantar tadi” jika anda ada whatapp rasmi jabatan.  Sekiranya anda gemar berbohong menggunakan alasan di atas segeralah cari alasan lain kerana alasan di atas sudah tidak lagi valid utuk digunakan.Heheehehe. 





Tajuk Lagu Yuna - "Kerna aku kau ada" lebih sesuai dari tajuk asal Lautan

Sememangnya lagu ini pasti menyentuh emosi bagi sesiapa yang pertama kali mendengarnya.Dengan bait bait lirik yang romantis dan rentak melodi lagunya yang berentak perlahan menjadikannya sangat sesuai untuk tema majlis perkahwinan. 

Lagu ini  adalah single terbaru nyanyian Yuna berjudul 'Lautan'. Lagu ini merupakan lagu tema (OST) untuk filem 'Lagenda Budak Setan 3' yang ciptaan sepenuhnya oleh Yuna sendiri.Tapi sayang tajuk lagu Lautan bagi pendapat admin bagaikan tidak kena dengan lirik lagunya sendiri.Entah mengapa Yuna meletakkan tajuk lagu Lautan berbanding tajuk lagu Kerna aku kau ada ataupun Ku mencintaimu seadanya dilihat lebih sesuai dan mudah menarik perhatian.




Lirik Lautan oleh Yuna

Cinta ini tanda hati
Aku kau yang punya
Siapa sangka kita berdua
Bersama akhirnya

Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada

Tiada cela engkau sempurna
Yang teristimewa
Seandainya tiada istana
Ku mencintaimu seadanya
Yeah..

Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada

Oh siapa sangka
Cinta yang kita bina
Akhirnya bersemi jua
Oh biarkan
Kerna kini kau ku ada

Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada

(OST Lagenda Budak Setan 3)

download lirik lagu langit Yuna

I can see the sky
The bird are flying
Cloud are moving by my heart is light
The moon will be my witness tonight
In my dream i see myself fly

Terbang terbang tinggi walau
Tanah di kaki kan ku cari langit
Terbang terbang tinggi
Awan biru menanti bersama pelangi

Always thought that i
Could be your my own
They make me feel alive
And i dont feel alone
The moon will be my witness tonight
Coz in my dream you and i we’re both fly

Terbang terbang tinggi
Walau tanah di kaki kan ku cari langit
Terbang terbang tinggi
Awan biru menanti bersama pelangi
Terbang terbang tinggi
Walau tanah di kaki kan ku cari langit
Terbang terbang tinggi
Awan biru menanti bersama pelangi

I can see the sky
The bird are flying

Lagu : Langit
Artis : Yuna
Album : OST Short Film “Terbang”

Terlupa password internet streamyx dan cara dapatkannya kembali

Pernahkah anda tahu password streamyx anda ? Sejak admin langgan streamyx dari tahun 2010 sehinggalah sekarang tidak mengetahui atau tidak ingat sewaktu wakil streamyx datang pasang.Yang hanya admin tahu adalah password Wifi sahaja. Jangan keliru password internet streamyx dengan password Wifi kerana ianya entiti yang berbeza. 

Kenapa perlu tahu password ini mungkin salah satunya kita nak akses hotspot TM atau kita nak set IP kat modem itu. Jadi admin akan tunjukan cara untuk dapatkan semula username dan password  bagi  streamyx sekiranya anda terlupa.Terdapat dua cara yang anda boleh cuba password streamyx iaitu:-

Cara 1.Mendapatkan password streamyx dengan  bantuan 100

1: Masuk ke menu router modem, di address bar web browser tu masuk ke address http://192.168.1.1 (atau http://192.168.1.254) dan lihat pada setting PPPoE / PPoA .
Username standard streamyx biasanya adalah  @streamyx dan @tmnet.

2. Call 100, dan masuk ke menu “perkhidmatan internet”, ke menu “bantuan teknikal” sediakan maklumat pemegang account streamyx seperti nama penuh, no ic, maklumat pengebilan (address) untuk pengesahan operator( ala borang yang nada mula mula isi masa daftar dulu tu)
3. Operator TM akan mengajar anda satu persatu mengatasinya, namun sebelum itu  pastikan telefon anda berdekatan komputer kerana anda boleh menaip terus apa yang di arahkan nanti. kalau tulis di buku nanti anda akan keliru.


Cara 2. Mendapatkan password streamyx tanpa bantuan (buat sendiri)

Default password  biasa streamyx ialah tmnet123, ftx123, net123, password, abc123.Selain dari default password itu jika anda cuba login keluar dialog box  authentication failure (login streamyx dail-up yang gagal) bermaksud password telah berubah atau di ubah dari default password.Oleh itu anda kena beralih ke cara no. 1.


Selamat mencuba.

Plan Celcom X2 : Celcom naik harga sms 1 sen ke 2 sen per sms mulai 2.10.2014

Nampaknya Celcom pun terkesan dengan kenaikan harga minya minyak.Admin merupakan saki baki pelanggan Celcom yang masih menggunakan plan X2. Walaupun plan X2 ini telah dimansuhkan namun bagi pengguna yang sedia ada dikekalkan sehingga sekarang atau sehinggalah mereka bertukar plan.Admin masih lagi kekal dengan plan ini kerana merasakan plan ini merupakan plan Celcom yang paling berbaloi kepada pengguna berbanding plan yang terbaru dan sebelumnya.Namun jangka hayatnya tidak panjang kerana pihak Celcom telah menamatkan plan ini dengan menggantikan plan X24.




Berbalik kepada kadar baru,nampaknya admin terpaksa menerima apa yang telah ditentukan oleh pihak Celcom.Kadar sms X2 telah dinaikkan dari 1 sen kepada 2 sen per sms.Itulah hadiah dari Celcom kepada pengguna setianya. Syabas Celcom !!!


Nampaknya bukan saja plan X2 yang terlibat dengan kadar baru sms bahkan semua plan seperti di bawah


Nampaknya alasan kenaikan bukan pasal minyak naik..hehehehe tetapi disebabkan harga per sms syarikat Telco yang lain lebih tinggi dari kadarnya.Memang dasar cekik darah betul.

Kisah Kisah Den Wahab Vs Nd Lala. Apakah hukum orang tidak mahu membayar hutang?

PETALING JAYA: Pelakon Den Wahab sudah malas untuk memikirkan dan mengharap wang sebanyak RM15,000 yang pernah dipinjam oleh penyanyi ND Lala, kira-kira 14 tahun lalu. Bagaimanapun, Den atau nama sebenarnya Zaharudin Abdul Wahab berkata, perkara tersebut tidak bermakna dia menghalalkan hutang tersebut walaupun setelah sekian lama tidak diselesaikan.

"Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang. "Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada, Isnin.

Den berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kontroversi hutang yang dipinjam ND Lala sebanyak RM15,000 sekitar tahun 2000 bagi merakam lagu untuk sebuah parti politik. Katanya, bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu tidak pernah menghubunginya selepas berjanji memulangkan wang tersebut secara ansuran.

Malah, katanya, ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh, 52, cuba melarikan diri apabila ternampaknya di majlis hiburan. "Saya tahu nilai tersebut tidak banyak tetapi sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berpegang kepada janji. "Apa yang saya kesal dia rosakkan nilai persahabatan dan orang yang ikhlas membantu dia ketika susah.

"Saya pernah ternampak ND Lala semasa satu persembahan di Istana Budaya dahulu, tetapi dia cuba mengelak selepas terserempak dengan saya," ujarnya. Mengimbau waktu itu, Den berkata, dia sudah dinasihatkan rakan-rakan artis yang lain agar tidak membantu penyanyi tersebut.

Namun, dia tidak sampai hati dan sentiasa berfikiran positif untuk membantu sesama bangsa. Dalam perkembangan lain Den turut mengulas tindakan Shila Amzah yang mempersoalkan kredibiliti media Melayu sebagai sesuatu perkara yang tidak mengejutkannya.

Tambahnya, sebagai artis berpengalaman dia menasihatkan agar penyanyi itu sedar tindakan yang dilakukan wanita itu akan merosakkan reputasinya sendiri. "Bila saya tahu cerita tentang Shila yang menempelak media sebagai tidak menyokong kerjayanya, saya tidak terkejut langsung.

"Dia tidak sedar tindakan itu seperti kacang lupakan kulit dan merosakkan reputasi dia sendiri. Susah kalau orang sudah berada di puncak dan mereka selalu lupa orang yang tolong mereka ketika di bawah," katanya.

mstar


Admin terkejut dengar luahan Den Wahab berkenaan hutang.Apatah lagi hutang dengan tiada pertalian saudara.Kerana hutang duit hidup boleh porak peranda malah ada sanggup bunuh membunuh kerana nilai hutang tidak seberapa.Dalam Islam telah menjelaskan maksud hutang dan hukumnya. Hutang ialah membeli sesuatu barangan tanpa bayaran tunai. Oleh itu hutang wajib dibayar walau apa dengan cara sekalipun. Kecuali dihalalkan oleh pemberi hutang.Memberikan sesuatu barang atau manfaat kepada seseorang, barang atau manfaat itu perlu dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang itu akan membayar atau mengembalikan barang tersebut dengan jumlah yang sama.

Soalan:-

Apakah hukum bg orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang? Bagaimanakah dengan amalanya,

Apakah hukum menganiayakan orang yang telah membantunya dengan ikhlas?

Jawapan:-

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.

ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan  Allah.

iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.

iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)(Riwayat Ibnu Majah) Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.

(Riwayat Baihaqi)

Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

Sumber: Hukum Orang Yang Sengaja Tidak Membayar Hutang - Fuh.My

awasi anak-anak anda dari dijangkiti demam denggi

Sekarang ini banyak betul orang kena demam denggi. Demam denggi ni punca dia adalah gigitan nyamuk aedes yang membawa virus denggi. Kalu nyamuk lain yang gigit, tak jadi demam denggi ye. Yang paling ditakuti ialah demam denggi berdarah sebab ia boleh membawa maut. Kalau ada yang belum kenal nyamuk aedes, badannya berbelang hitam putih dan aktif sekitar jam 7 pagi dan 7 malam.

Admin cukup risau takut kalau anak-anak terkena demam denggi. Biasanya admin waktu malam akan pasang ubat nyamuk elektrik dan tak cukup dengan itu admin guna ubat nyamuk spray Shelltox H2O untuk penyedap hati.Harap-harap nyamuk tak mengganggu anak admin sampai pagi.

Virus denggi akan mengganggu keupayaan tubuh untuk membina platlet darah yang berfungsi untuk membekukan darah. Apabila bilangan platlet menurun maka ini boleh mengakibatkan pendarahan..Sebab tu kalau ada yang pernah tengok kes demam denggi berdarah, pesakit tu akan keluar darah dari kulit, mulut, hidung, mata...yang membawa maut.

Simptom-simptom demam denggi

Jika anda mempunyai simptom-simptom berikut sila cepat-cepat dapatkan rawatan..
  • Demam kuat yang mengejut dan suhu badan yang tinggi
  • Sakit-sakit otot, badan dan sendi
  • Muncul ruam (bintik-bintik merah) pada kulit
  • Muntah dan kurang selera makan

Ubat Paling Mujarab untuk Demam Denggi

Merawat demam denggi sup ketam

Demam denggi ni tiada rawatan khusus. Sebab tu mencegah adalah lebih baik dari merawat. Tapi kalau sudah demam denggi cepat-cepat ikhtiar cari penawarnya.Selain  air 100 Plus, Sup ketam nipah juga cukup berkesan merawat demam denggi kerana dikatakan mempunyai kandungan protin yang tinggi yang mampu meningkatkan bilangan platlet darah dalam masa yang cepat. Pesakit denggi yang amalkan makan dan minum sup ketam sebanyak 500ml hingga 1L akan mengalami peningkatan bilangan platlet yang mendadak iaitu dalam masa 5 hingga 8 jam.Oleh itu, kalau ada saudara mara yang terkena demam denggi cepat maklum suruh cari ketam nipah buat sup.Moga-moga ianya lekas sembuh.

Masalah susu formula bayi semakin mahal ada kerajaan ambil kisah?

Admin kagum dengan usaha seorang ibu yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap susu formula yang semakin mahal di sebuah suratkhabar tempatan baru-baru ini dengan harapan dapat menarik sedikit perhatian para menteri di Malaysia ataupun pihak pembangkang untuk melihat masalah ini suatu yang serius dan membangkit perkara ini di Dewan Rakyat ataupun kerajaan membuat sesuatu tentang perkara ini.Katanya peningkatan harga susu formula akan menyebabkan ibubapa berpendapatan rendah terpaksa membeli susu yang kurang berkualiti.

Nampaknya isu ini hanya mendapat perhatian oleh rakyat bawahan seperti admin yang mengalami masalah sepertinya. Admin juga seorang bapa tahu susu formula semakin mahal lebih-lebih lagi yang berkualiti dan setiap ibubapa terpaksa memperuntukkan yang agak besar semata-mata susu formula sahaja bagi penggunaan sebulan.Bagi admin sendiri mempunyai 2 orang anak yang  minum susu formula kena keluarkan anggaran RM 200++ untuk pembelian susu sahaja dan itu tidak termasuk pembelian lampin pakai buang lagi.

Terkilan rasanya sebab admin salah seorang bapa yang tak mampu menyediakan susu formula yang terbaik untuk anak-anaknya sekadar susu formula jenis ekonomi  seperti susu Dutch Lady Dady atau Dugrow sahaja.Tetapi ada golongan ibubapa yang tak mampu nak beli susu di atas kerana pendapatan kecil dan tanggungan ramai sehingga satu tahap hanya mampu berikan "teh O" sahaja pada anak mereka dan lagi menyedihkan ada ibubapa terpaksa memberikan susu krimer manis mengantikan susu formula untuk anak mereka.

Jadi admin membuat artikel ini untuk menarik perhatian sekali lagi semua Ahli Undangan Negeri dan Ahli Parlimen di Malaysia tidak kira parti mana sekalipun.Sila bangkitkan isu ini di Dewan Rakyat agar isu ini dapat dibahaskan dan  menemui jalan penyelesaian  bagi kemelut yang dihadapi oleh para ibubapa di Malaysia.Buktikan slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" yang menjadi pemanis mulut sewaktu undi kami ditagih bukanlah hanya omong-omong kosong.

Petikan artikel :
Subsidi dan barang kawalan susu formula bayi

SAYA ingin menarik perhatian Perdana Menteri untuk diambil pertimbangan kerajaan dalam Bajet 2015 nanti mengenai isu yang jarang ditimbulkan atau terlepas pandang iaitu berkenaan 'susu formula bayi'.
Sebagai seorang rakyat Malaysia mewakili golongan yang berstatus ibu bapa, saya meminta supaya susu formula bayi diberikan subsidi khas dan turut dijadikan barangan kawalan bagi mengawal harganya yang semakin meningkat.

Tidak tahu di mana silapnya, harga susu formula ini yang kebanyakannya diimport meningkat terlalu mahal untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana seperti kami membelinya.
Sepengetahuan saya, kerajaan tidak mengawal harga susu formula ini. Saya percaya, ramai lagi golongan ibu bapa di luar sana yang setuju dengan pendapat ini.

Dikhuatiri sekiranya pihak pengeluar dan pengimport atau pengedar dibiarkan menaikkan harga sesuka hati, ia akan menyebabkan ibu bapa yang berpendapatan sederhana dan rendah terpaksa memilih susu yang kurang berkualiti untuk bayi mereka.Jika diberi susu kurang berkualiti, sudah pasti akan menjejaskan tumbesaran bayi atau kanak-kanak itu.

Oleh itu bagi memastikan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, saya ingin mencadangkan agar kerajaan memberi subsidi khas kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk membeli susu bayi.
Walaupun ia bermakna kerajaan perlu memberi subsidi, tetapi jumlah yang menerimanya agak kecil dan terpilih.Subsidi gula yang ditarik sebelum ini juga boleh digantikan kepada pemberian subsidi khas bagi susu formula ini.

Benar! jika ada yang berkata tidak perlu minta subsidi dari kerajaan untuk membeli susu tepung ke-
rana 'susu ibu' lebih berkualiti bagi menjamin tumbesaran bayi, namun faktor kesihatan dan masalah ibu selain situasi kehidupan masa kini perlu juga diambil kira.Saya percaya, jika rakyat diberikan pilihan memilih susu formula yang berkualiti dan bermutu tinggi, insya-Allah kita dapat melahirkan generasi Malaysia yang cerdas dan sihat untuk menerajui negara pada masa hadapan.

HASLINA.DS
Salak Selatan, Kuala Lumpur (27.8.2014)
Artikel Penuh:

Ulasan Filem Jin 2014 vs Filem Rahsia 1987.Mana lebih seram?

Semalam admin berkesempatan menonton filem Jin arahan Pierre Andre di Astro First. Selepas menonton filem ini rasanya tidaklah sehebat filem jangan Padang Belakang dari segi aspek seramnya. Filem Jin ini, admin lihat agak biasa biasa sahaja dari segi jalan cerita,bunyi efeks dan pelakon.Mungkin admin terlalu menharapkan filem arahannya akan lebih menyeramkan dari filem Jangan Padang Belakang.

Kalau admin bandingkan filem Jin ini dengan filem seram tahun 80 an contohnya filem Rahsia lakonan Noor Kumalasari. Bagi admin,filem Rahsia lebih menyeramkan sama ada dari segi jalan cerita,bunyi efek dan pelakon itu sendiri.Nampaknya filen Jin ini gagal dengan dengan filem Rahsia. Kalau anda tidak percaya cuba tengok filem Jin dan filem Rahsia dan bandingkan.Itu pandangan ikhlas  admin okay.Nak komen pendapat admin.

Jalan cerita filem agak mendatar pada permulaan cerita tetapi bila sudah pertengahan barulah elemen seram menjelma.Klimaks seram dalam filem ini admin rasa macam tak ada.Tahap klimaks seram dalam filem ini iaitu waktu bini Syafiq dirasuk dan selepas itu keseramannya mula menurun apabila kawan Syafiq membantunya merawat rasukan bininya itu.

Admin melihat potensi cerah lakonan Imam Muda Naufal sebagai pelakon pembantu dalam filem ini. Lakonannya bagi admin nampak macam bersahaja. Kesimpulannya, admin rasa tidak rugi untuk menonton filem ini . Skala markah bagi filem ini admin bagi 3.5 bintang / 5 bintang.


Sinopsis Filem seram  ini menceritakan mengenai perjalanan sepasang suami isteri muda Syafiq (Zul Ariffin) dan Lily (Mon Ryanti). Syafiq yang merupakan seorang peniaga berusaha meningkatkan taraf hidup keluarganya dengan membeli sebuah rumah agam untuk isterinya yang tercinta. Namun apa yang mereka tidak tahu adalah sejarah yang terdapat pada rumah itu.

Rumah yang pernah bertukar milik beberapa kali itu menyimpan beberapa cerita dan gangguan yang serius. Pada peringkat awal mereka tidak merasakan apa-apa, sehinggalah beberapa siri gangguan kecil yang terjadi kepada Lily. Namun, disebabkan mereka berdua merupakan orang bandar dan kurang mempercayai perkara ghaib mereka terus menolak teori tersebut. Lily hanya menyangka ia adalah gangguan dari haiwan dari hutan berdekatan.

Sehinggalah pada satu malam apabila Syafiq mendapat panggilan yang mengatakan salah sebuah kedainya terbakar dan dia terpaksa meninggalkan isterinya di rumah bersama Tok Wan yang ketika itu sudah dalam rasukan jin, cuma mereka sahaja tidak mengetahui. Dapatkah Syafiq menyelamatkan keluarganya dan rumahnya itu dari gangguan jin?

Imam Muda Naufal dalam Filem Jin
Jangan lupa saksikan  arahan Pierre Andre dan dibintangi oleh Zul Ariffin, Mon Ryanti, Harun Salim Bachik, Zarynn Min dan Imam Muda Naufal.

Berbaloi beli promosi Original Arun Power Bank 5600mah hanya RM 9.90

http://www.ukuzone.com/index.php?route=product/product&product_id=220&tracking=54049db0aab8e
Sebelum ini admin tidak pernah pun berhajat nak beli power bank.Rata rata pemilik smartphone mesti akan ada back up bateri. Power bank sudah menjadi satukemestian setiap pemilik handphone masakini.Hendak harapkan bateri handphone untk bertahan sehari memang agak sukar walaupun ada syarikat telefon menjamin ketahanan bateri selama sehari.

Itu pun dengan penggunaaan yang sederhana bukannya heavily user macam admin yang selalu main games online,mengunakan 3G dan wifi setiap masa.Powerbank yang popular sekarang ini Pineng.Namun begitu powerbank klon menggunakan jenama popular semakin berluasa.Jadi kalau hendak beli jenama popular admin nasihat berhati-hati supaya tidak tertipu.

Jadi secara kebetulan admin tengah online facebook dan ternampak iklan promosi powerbank hanya RM 9.90 dengan status limited time only di website Ukuzone.Apa lagi terus klik dan baca cara nak buat pembelian.Sapa nak bagi harga macam ini RM 9.90 dengan kapasiti 5600mah.Kalau kat luar powerbank jenis 2600mah pun dah RM 16.00.

http://www.ukuzone.com/index.php?route=product/product&product_id=220&tracking=54049db0aab8e


Specifications​

Model: Y38
Capacity: 5600mWh
Input: DC5.0V / 1A
Output: DC5.0V / 1A
Size: 74 * 53 * 24
Weight: 120g
Color: white gray / white blue / white red
Applicable models: over 2000 smartphone platform mobile phones, tablet computers and the Bluetooth headset and other digital terminal products!
Accessories: USB data cable 1
Product features: built-in high-capacity lithium batteries

T&C : Under promotion items , you are allow to purchase 1 unit per order only.

Kesimpulannya,admin puas hati dengan maklumbalas seller Ukuzone.Penghantaran powerbank pantas dengan dengan warantty setahun.Kiranya berbaloi dengan dengan harga promosi powerbank ini.Jika anda berminat nak beli macam admin sila klik link pada gambar powerbank atau klink di sini.

Specifications​
Model: Y38
Capacity: 5600mWh
Input: DC5.0V / 1A
Output: DC5.0V / 1A
Size: 74 * 53 * 24
Weight: 120g
Color: white gray / white blue / white red
Applicable models: over 2000 smartphone platform mobile phones, tablet computers and the Bluetooth headset and other digital terminal products!
Accessories: USB data cable 1
Product features: built-in high-capacity lithium batteries
T&C : Under promotion items , you are allow to purchase 1 unit per order only.
- See more at: http://www.ukuzone.com/index.php?route=product/product&path=78_96_110&product_id=220#sthash.ZUXhciTn.dpuf


 
 

Nokia Lumia 530 hanya RM 57.00 Sempena Hari Malaysia 12-16 September 2014

Sempena Hari Malaysia 2014 yang bakal tiba, Microsoft Malaysia telah mengumumkan satu promosi hebat bagi telefon pintar Nokia Lumia 530 pada harga serendah RM 57.00.

Keistimewaan Golongan OKU Pakej Internet Streamyx 512 kbps hanya RM45 sebulan ?

Bagi golongan OKU (Orang Kelainan Upaya) yang ingin  memiliki kemudahan internet di rumah, TM telah memperkenalkan pakej khas untuk mereka . Golongan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat berpeluang melanggan internet dengan harga yang lebih murah dari kadar biasa.

Ini adalah salah satu insentif daripada pihak kerajaan kepada golongan istimewaan ini bagi membuktikan bahawa kerajaan amat ambil berat dan prihatin terhadap golongan OKU di Malaysia.

Prosedur untuk melanggan stramyx adalah macam biasa iaitu wajib kena ada talian telefon,di mana untuk talian telefon pun ada pakej OKU ini, sewa bulanan tak kena bayar cuma RM1 untuk caj bulanan manakala dikenakan caj biasa untuk panggilan. Deposit RM75 dikenakan semasa permohonan dan 'Wiring' telepon kena bayar pada kontraktor sebanyak RM50.


Info Tambahan :
  • Bayaran yuran pengaktifan RM75 dikecualikan .
  • Bayaran caj pemasangan modem dikecualikan.
  • Semasa pendaftaran, pelanggan perlu melampirkan salinan kad OKU atau menunjukkan kad OKU kepada staff TM Point.
  • Pendaftaran hanya boleh di buat di TM Point sahaja.
 Kesimpulannya,pada pendapat admin tidaklah keterlaluan sekiranya pihak TM menilai semula harga pakej untuk golongan ini dengan kelajuan minima 512kbps.Pada admin ianya masih lagi agak mahal dengan keadaan hidup sekarang ini.Walaubagaimanapun admin amat harapkan harga pakej minima bagi golongan OKU dalam lingkungan di bawah RM30 sebulan.Kadar itu barulah nampak keistimewaanya.Betul tak.

ABNxcess Pakej Internet 5Mbps RM69.99 Sebulan Vs Streamyx BB Deal 1Mbps RM110 sebulan ?

Nama ABNxcess memang begitu asing dikalangan ramai pengguna Malaysia buat masa ini. ABNxcess merupakan salah satu syarikat penyedia perkhidmatan internet dan juga sokongan IPTV. Namun, lokasi sokongannya masih terhad buat masa ini.Apa yang menariknya daripada ABNxcess pada tahun baru 2014 di mana mereka hadir dengan promosi menawarkan perkhidmatan mereka pada harga hanya RM69.99 sebulan untuk internet berkelajuan sehingga 5Mbps dan juga 50 saluran TV percuma.

Jadi, mungkinkah dengan pengenalan pakej 5Mbps pada harga lebih rendah berbanding TM ini, ia akan membuatkan penyedia lain termasuk TM mengubah struktur harga pakej mereka?Admin harapkan persaingan yang sihat ini akan menguntungkan pengguna.Cukuplah dengan monopoli company tunggal di Malaysia bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik dengan harga yang masuk akal.

Pelan internet termurah RM 10 (1 Gb) ; RM 50 (6 Gb + 1Gb) dengan kelajuan 4G LTE

Setiap telco/penyedia internet mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Setiap telco ada kawasan tertentu yang “kuat”, dan juga sebaliknya. Apapun, didalam artikel kali ini, admin fokus adalah untuk menjawab internet prepaid apakah yang paling murah.Dakwaan servis ini mampu menawarkan internet pada kelajuan sehingga 20MBps dan beroperasi pada band 850MHz. Syarikat telekomunikasi terkemuka lain menawarkan perkhimatan LTE ini pada band 1800MHz atau 2600MHz dan pengunaan rangkaian 850MHz menjanjikan akses ke lebih banyak kawasan luar bandar.

Perkhimatan terbaru TM ini dikenali sebagai TMgo dan terdapat dua pelan yang akan ditawarkan melalui pelan ini iaitu pelan USB 4G LTE dan pelan 4G LTE MiFi.Mereka melabelkan TMgo sebagai penyedia rangkaian jalur lebar 4G sebenar, menawarkan kelajuan sehingga 20MBps, serta rangkaian yang stabil.

Untuk TMgo, ia hadir dalam bentuk prabayar, dimana pengguna tidak tertakluk kepada sebarang kontrak dan komitmen bulanan. Pengguna akan diperlukan untuk menambah-nilai berdasarkan kuota data yang diperlukan dan bergantung kepada tempoh masa yang diinginkan.Sebelum dapat menggunakan TMgo, pengguna akan diperlukan membeli pakej permulaannya yang hadir dengan modem mudah-alih.Dua modem ditawarkan, iaitu 4G Mobile Adapter – yang mana membawakan sambungan USB untuk digunakan, dan juga 4G Mobile Router yang mana merupakan MiFi yang boleh digunakan oleh sehingga lima pengguna pada sesuatu masa.




Kesimpulannya, rata rata pengguna internet akan mencari pelan yang terbaik dari segi nilai wang mereka.Secara perbandingan pelan internet di atara syarikat komunikasi di Malaysia iaitu dengan modal di tangan  RM 30, anda sebagai pengguna  akan diberi pilihan sama ada memilih TMGO RM30 untuk 3.5GB, MAXIS RM30 - 1GB,CELCOM RM38 - 1GB,DIGI RM30 - 1GB, Clixster RM17- 1GB,
XOX RM29.99 - 1.5GB, DiGi RM30 -1GB atau Umobile RM 28 1GB + 50 minit masa panggilan bagi tempoh sebulan.

Admin harap TM memperluaskan perkhidmatan TmGo ini ke seluruh Malaysia dan mempertimbangkan untuk panjangkan tempoh sah quota tu. Sekurang-kurangnya 1GB boleh diguna sebulan. Untuk pengguna yang bakal menggunakan TMGo bukan untuk download, saya rasa tempoh sah yang lebih panjang lebih sesuai. Untuk mengira berbaloi atau tak dengan adanya TmGo ni, rasanya kos untuk beli dongle perlu diambil kira.

Tips Clash Of Clans : Strategi menyamun gold dan elixir

Dalam game Clash Of Clans (CoC)  ini, selain memperolehi resources dari Gold Mine dan Elixir Collector milik sendiri,kita perolehi  juga gold, elixir dan dark elixir (Town Hall 7 ke atas) dari tiap serangan ke base lawan melalui mode Attack Multiplayer.

Gold amat diperlukan untuk melakukan upgrade bangunan manakala elixir dipergunakan untuk membuat dan mengupgrade pasukan, serta dark elixir dibutuhkan untuk membuat pasukan dari dark baracks.

Kalau saya sendiri, dalam  mencari resources, maka saya akan melihat dulu resource apa yang saya perlukan. Apakah keperluan utama saya ketika itu sama ada gold, elixir, atau dark elixir. Dari sini, barulah saya mencari base lawan yang memiliki kapasitas resources yang cukup banyak untuk disamun.


Bagaimana hendak menyamun gold, elixir dan dark elixir ?

Cara Pertama :

Pertama-tama siapkan pasukan adalah 1-2 healer, 14-16 giant, 4 bomb, goblin dan archer.
Setelah base camp penuh dengan pasukan, buat pasukan lagi sehingga sebelum berperang supaya tidak menunggu terlalu lama sampai pasukan kita sudah siap perang lagi.

Untuk memilih lawan, kita dikenakan bayar guna gold. Kadar bayaran bergantung dari level Town Hall. Semakin tinggi level Town Hall, semakin besar pula bayaran untuk memilih lawan.Yang pasti jangan kedekut untuk mengeluarkan gold yang banyak untuk memilih lawan.Carilah lawan kita yang memiliki banyak gold dan elixir sekurang-kurangnya 100 ribu ke atas. Kalau lawan yang tidak ada air defense nya lagi baik.

Pancing pasukan yang ada di Clan Castle lawan hingga keluar dari jangkauan defense dan lawan dengan archer.Setelah itu keluarkan Giant di tempat terdekat ke air defense, bila ada tembok, hancurkan pakai bomb.Setelah air defense hancur, baru keluarkan healer. Biarkan Giant menghancurkan sebagian besar defense musuh. Setelah itu baru keluarkan goblin untuk mengambil gold dan elixir.


Cara Kedua :

Siapkan pasukan barbarian dan archer saja.Pilih lawan yang resourcenya ada di luar wall dan banyak hartanya. Keluarkan barbarian dan setelah itu keluarkan archer untuk menghancurkan resource berikut bangunan yang ada diluar wall sampai target satu bintang tercapai yaitu sampai 50%.Kegagalan mencapai 50% akan menyebabkan thropy kita akan dicuri pihak lawan.






Kenali Orang Kuat Clan Kedah Sempoi Clash Of Clan Edisi Bergambar :

Peperangan antara clan masih berterusan sehingga kini walaupun ada ahli clan Kedah Sempoi silih berganti. Member clan seperti BB agak mengejutkan suatu ketika dulu.mengambil keputusan meninggalkan Kedah Sempoi tanpa disangka-sangka.Semoga beliau sukses dengan clan miliknya sendiri iaitu clan Malaya.

Yang masih menjadi member setia Kedah Sempoi dan kemasukan ahli-ahli baru yang hebat belaka sudah pasti menjadikan Kedah Sempoi antara clan yang tersempoi dan masih hidup dan bertahan sehingga sekarang.

Pengasas clan Kedah Sempoi iaitu Leader 5zal.Beliau anak jati Kedah yang gagah perkasa merencana strategi peperangan antara clan dalam memastikan kemenangan mutlak tercapai.Sehingga kini Kedah Sempoi telah memenangi peperangan sebanyak 59 kali. Yang pastinya kemenangan ini dibantu oleh Co-Leader-Co-Leader yang setia.Tanpa mereka sudah pasti clan ini menjadi clan berhantu. Ingin mengenali wajah-wajah member clan Kedah Sempoi.? Jom kita usha...


 


SENARAI MEMBER KEDAH SEMPOI

 
5zal @ Leader Kedah Sempoi

 
Zuri
Jan89
Alam Perwira
Asbob
Ikmal
Krie
Palun
Zidan
Emmazara
Joe
Juragas

Banyak lagi gambar member-member clan Kedah Sempoi akan diupload sikit masa lagi.Maklumat tentang nickname id pada gambar akan diupdate dari masa ke semasa.Tungguuu...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca