Rasanya lama tidak mengemaskini blog ini dengan artikel baru disebabkan dengan masalah masa admin yang agak terhad. Apa pun admin berkesempatan kali ini untuk berkongsi dengan anda tentang pembelian handphone budget dalam lingkungan RM 300 dan tidak lebih dari RM 400 termasuk sekali skrin protector dan case.
Baru-baru ini isteri admin telah menyatakan hasrat untuk membeli handphone baru kerana handphone lamanya iaitu Lenovo A369i sudah mengalami masalah selalu hag. Ini mungkin terjadi disebabkan masalah memory RAM yang rendah iaitu 512mb sahaja dan tidak sesuai lagi dengan aplikasi sistem android yang memerlukan RAM yang lebih tinggi.
Jadi admin telah diberi kepercayaan untuk mencari handphone harga berbaloi iaitu budget dalam RM 300-400 termasuk skrin protector dan handphone case. Walaupun isteri admin tak memberi spefikasi handphone yang diingini namun sudah pastinya handphone yang diingini seiring dengan perkembangan semasa. Jadi admin telah meletakkan target ciri-ciri bagi carian handphone ini adalah seperti saiz skrin 4.5'-5.0 inci, 1 gb RAM, camera 5 mp ke atas dan camera depan yang boleh selfie (optional).
Jadi admin beralih pula kepada mode-model Lenovo. Hasil carian ada 2 model terbaru yang dikeluarkan Lenovo Malaysia iaitu A328 dan A536. Kedua model ini sama dari segi spefikasi dan cuma beza dari segi saiz skrin,memori handphone dan camera sahaja.Harganya pula dari survey di lelong.com.my A328 dalam RM 299 manakala A536 dalam harga RM 349.
A536 vs A328 |
a) Saiz internal memori A536 adalah 8gb berbanding A328 hanya 4 gb sahaja.Walaupun 4 gb dilihat sudah cukup untuk install aplikasi-apliaksi yang ada namun 8gb dilihat lebih relevan pada masa sekarang. Mungkin internal memori 4 gb lebih sesuai pada 1 setahun yang lalu.
b) Saiz skrin yang besar dan relevan pada waktu sekarang ini iaitu saiz 5 inci. Saiz 4.5 inci bagi model A328 pun sesuai sudah bagi tangan wanita tapi kalau jika kita boleh dapat saiz skrin lebih besar dengan tambah extra RM 30-40 dari kocek kita sahaja.Ini sudah pasti satu peluangsukar untuk dilepaskan.
c) Salah satu faktor admin pilih A536 adalah disebabkan cameranya mempunyai ciri autofocus berbanding A328 hanya fixed focus.Jadi element ini yang mempengaruhi admin untuk pilih model ini Sejauh mana kualiti cameranya admin tidak pasti.Namun admin telah pun sedikit tinjau review di Youtube pasal model ini.Dari segi aspek camera, kualiti gambar yang dihasilkan agak memuaskan bagi 5 mp camera.Jika dibandingkan handhone isteri sekarang hanya camera 1 mp sahaja.Sadis bukan..ngeeee.
Kesimpulannya, model handphone untuk isteri admin sudah dikenalpasti iaitu Lenovo A536.Ianya adalah model yang paling terbaik yang admin survey setakat ini dengan harga RM 300++,1 Gb RAM, camera depan 2 mp dan skrin 5 inci.Harap harap nanti kalau beli kat Greentown Mall Ipoh mungkin boleh dapat free skrin protector n case.
Mungkinkah model lain yang lebih berbaloi dari A536,admin terlepas pandang dengan sewaktu survey?Kalau ada sila komen di ruang disediakan.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment