Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Rentetan Lagu Shila Amzah Dalam Pertandingan I Am A Singer (Season 2)

Selepas kejayaan merangkul anugerah juara di Asian Wave 2012, Shila Amzah kini menyertai sebuah lagi pertandingan program realiti nyanyian di China yang diberi nama I Am A Singer. Format program ini yang telah masuk musim kedua ini dilihat lebih sukar berbanding program realiti yang lain kerana terdapatnya sesi penyingkiran dan juga kemasukan peserta baru setiap minggu.

Untuk makluman semua, bukan calang-calang peserta yang layak untuk menyertai pertandingan ini kerana mereka dipilih berdasarkan pencapaian karier masing-masing di peringkat antarabangsa.


Shila Amzah mengakui bahawa dirinya berasa gentar apabila menerima jemputan menyertai pertandingan tersebut, Shila Amzah ketika ditemubual di sebuah rancangan televisyen China itu bagaimanapun memberitahu bahawa dia akan cuba melakukan yang terbaik dalam persembahannnya malam ini.

    “Saya sedar mereka tidak berapa mengenali saya dan berharap mereka akan berpeluang untuk melihat saya lebih kerap lagi selepas ini.

    Saya juga berharap agar mereka seronok dengan persembahan saya. Saya melakukan ini semua hanya untuk kebaikan industri seni dan juga kerana ianya adalah minat saya.”
.


Dan nampak gayanya, Shila Amzah terpaksa berentap dengan penyanyi wanita dari Hong Kong, G.E.M yang setakat ini dilihat menguasai pertandingan setelah 3 kali bergelar juara pusingan.

Pada pertandingan akhir program yang disiarkan secara langsung menerusi HunanTV Channel itu, Shila bersaing dengan empat lagi peserta termasuk rakan senegara Gary Chaw, Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China).

Bagi pusingan pertama, Shila berduet dengan penyanyi China, Huang Qishan menerusi lagu When You Believe nyanyian asal Whitney Houston dan Mariah Carey.Pada pusingan kedua pula Shila beraksi solo dengan menyampaikan lagu popular KPop berjudul Mama nyanyian Exo-M
Penyanyi Shila Amzah sekali lagi mengharumkan nama negara apabila dia berjaya mendapat tempat ketiga pada pertandingan akhir I Am A Singer 2014 yang berlangsung di Changsha, China, Juara program itu pula dimenangi oleh Han Lei dari China manakala naib juara disandang oleh penyanyi Hong Kong iaitu G.E.M.


Rentetan Pusingan Shila Amzah dalam I am Singer 2014

Pusingan ke 7 -
Shila yang tidak dikenali oleh sebahagian besar penonton China dan sebahagian dari  artis yang bertanding telah memukau para hadirin dengan nyanyian mantap dan bertenaga. Pusingan Shila mendapat tempat kedua.



 Pusingan ke 8 - Shila mendapat tempat ke 4 dalam pusingan ini.



Pusingan ke 9 - Shila mendapat ke 3 dalam pusingan ini.



Pusingan ke 10 - Shila mendapat tempat ke 3 dalam pusingan ini.


Pusingan Breakthrough - Shila mendapat tempat ke 1 dalam pusingan ini.


Pusingan Semi Final - Shila mendapat tempat ke 6 dalam pusingan ini.Dikatakan pusingan ini para penonton menunjukkan protes sokongan undian Shila kerana isu kehilangan MH370.Walaupun Shila dilihat memukau pada hadirin denganmenjiwai lagu tersebut namun tidak berjaya memenangi hati penonton untuk mengundinya.



Pusingan Final - Shila mendapat tempat ke 3 dalam pusingan ini.


Pusingan Grand Final - Shila mendapat tempat ke 3 keseluruhannya.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca