Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Tepung Gandum Putih VS Tepung Gandum Biasa: Yang mana satu untuk memilih?

Salam Sejahtera,

Tahukah anda warna tepung gandum? Sebenarnya warna asal tepung gandum ialah berwarna kuning. Bukan warna putih melepak seperti yang kita lihat dalam bungkusan tepung gandum yang jual kat kedai tu. Kebanyakan atau hampir kesemua kilang di Malaysia telah menggunakan sejenis peluntur atau bahan kimia yang sangat berbahaya untuk melunturkan warna kuning tepung tersebut dan supaya tepung tersebut nampak lebih putih, cantik dan menyelerakan.




Tepung tidak datang secara semulajadi putih, ianya sedikit mahal. Rupanya agenda besar dalam process memutihkan tepung ini adalah dari sikap keangkuhan manusia dari segi menjalankan satu satu perniagaan bagi mengaut keuntungan yang cepat tanpa mengambil kira ianya akan menjejaskan kesihatan manusia. Adakah perlunya melihat roti kelihatan putih, atau warna sedikit kekuningan ?


Apakah bahan kimia yang terdapat di dalam tepung gandum? Jawapannya adalah Benzoyl Peroxide ! Apakah kegunaan sebenar bahan kimia ini? 


Ianya merupakan salah satu bahan peluntur yang sangat kuat. Ia berkemampuan melunturkan warna baju, warna hitam rambut dan tidak hairan la warna kekuningan tepung gandum yang masih belum diproses dapat dilunturkan. DAN, bayangkan pula jika bahan kimia ini masuk ke dalam perut anda? Tak dapat dibayangkan kesannya. Sesetengah jenama tepung gandum menyatakan bahawa tepung gandum mereka mengandungi bahan ini dengan kuantiti yang dibenarkan.


Kenapa ia merbahaya?


Petikan dari sebuah laman WEB -  Benzoyl Peroxide is a highly potent chemical often used in low concentrations as an acne treatment.  Benzoyl Peroxide basically works as a peeling agent, stripping dead skin cells and killing bacteria within pores.  Pure benzoyl peroxide is highly flammable, explosive, toxic, and is suspected of being a possible tumor promoter.  Although Benzoyl Peroxide is generally considered safe at low concentrations, since it breaks down in contact with skin, it is known for causing nasty side effects such as hives, swelling of the face, itching, and dry and peeling skin.  It is also a powerful bleaching agent and will cause discoloration when it comes in contact with clothing and hair. 

Dari laman WEB yang lain pula – Classified as: TOXIC, FLAMMABLE and EXPLOSIVE Toxicology Possible tumor promoter. May act as a mutagen. Toxic by inhalation. May be harmful if swallowed and in contact with skin. Eye, skin and respiratory irritant.  Typical TLV 5 mg/m3. 
  
Satu lagi laman WEB - Benzoyl peroxide presents a number of hazards. Firstly, it is potentially explosive when mixed with organic material.  Friction or grinding may also be sufficient to make it explode. The compound is very flammable. Benzoyl peroxide is toxic if you breathe it in, and may be harmful if you swallow it or get it on the skin. In addition, benzoyl peroxide may act as a tumor promoter. 

Keterangan dari laman-laman web di atas menjelaskan bahawa Benzoyl Peroxide adalah :
* Bahan toksik
* Bahan penggalak tumor
* Boleh menyebabkan alahan pada kulit
* Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.
* Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna. 









Bleached Flour sama sekali tidak dibenarkan dijual di Negara Eropah dan terbaru pengharamannya oleh  negara China.


Bagaimana  proses pemutihan tepung gandum berlaku?


Bila kita bercakap secara teknikal, carotenoid pigment (Kuning) yang terkandung dalam tepung yang dioksidise untuk mengeluarkan warna tepong bertukar kepada warna putih. Sebenarnya oxcidition akan bertukar secara semulajadi mengikut masa apabila  tepung tersebut didedahkan atau terdedah secara semulajadi yang memerlukan masa sekurang kurangnya mengambil masa 14 hari untuk mendapatkan hasil atau bertukar pada ke putih putihan (bukan putih melepak).


Namun pada hari ini proses (Bleaching) telah diambil alih peranan proses semulajadi dengan mengunakan cecair(chemical) agent pemutih.Proses ini mempercepatkan masa sesingkat 1 jam sahaja berbanding proses secara semulajadi untuk mencerahkan dan mematangkan tepung.Namun begitu ianya perlu dilabelkan sebagai tepong yang diBLEACH.


Bleach@agen pemutih biasanya mengunakan : (Chlorine Gas) yang boleh menyebabkan kematian atau (Benzoyl Peroxide) bahan atau chemical yg digunakan dalam ubat jerawat. Ianya telah diharamkan pengunaan bahan kimia berikut pada makanan early tahun 1900 lagi. Tetapi masih digunakan oleh peniaga yg mementingkan keuntungan tanpa mengira ianya boleh mendatangkan kemudharatan kesihatan serta mungkin boleh membawa maut.


Selain itu, additive Chemical : Potassium Bromate, di gunakan untuk menambah pertumbuhan ragi(yeast) dan pengebuan gluten dan ini amat bahaya kepada kesihatan.


Persoalannya…kenapa tepung gandum dengan Benzoyl Peroxide terus berada masih berada di pasaran Malaysia walaupun pihak berwajib arif tentang kandungan bahan toksik yang boleh mendatangkan kesan sampingan dan mengetahui negara-negara Eropah telah pun mengharamkan  penggunaannya termasuklah negara China.



Untuk makluman semua, benzoyl peroxide adalah salah satu food conditioners yang dibenarkan untuk ditambah kedalam tepung gandum. Ia termaktub dalam Akta iaitu Malaysian Food Act 1983, Food Regulation 1985. Ia selamat digunakan apabila digunakan pada dos/amaun yang dibenarkan dan ditetapkan mengikut akta.


42. Flour 
(1) Flour shall be the fine, clean and sound product obtained in the milling or grinding of sound, cleaned cereal, tubers and piths of plants and includes the food for the food for which a standard is prescribed in regulations 43 to 48 and regulations 51, 53, 55, 57, 58 and 59.
(2) Flour may contain ascorbic acid, sulphur dioxide or sulphites and not more than 50 mg/kg of benzoyl peroxide as permitted food conditioner.


43. Wheat flour
(1) Wheat flour shall be the fine, clean and sound product obtained in the milling of sound, cleaned wheat. It shall not yield more than 1 per cent of ash.
(2) Wheat flour for bread may contain azodicarbonamide not exceeding 45 mg/kg and calcium peroxide not exceeding 100 mg/kg as permitted food conditioner.


(Food Act 1983, Food Regulation 1985)


Setelah membaca maklumat di atas sanggupkah anda menanggung risikonya?Tepung gandum yang manakah jadi pilhan anda selepas ini? Tepuk dada tanya selera.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca