Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Tips memilih Wiper Kereta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada masa sekarang terdapat 2 jenis wiper kereta  iaitu pengilap cermin kereta menggunakan jenis bingkai besi dan jenis soft wiper yang menggunakan getah silikon sepenuhnya

Sekarang Silicon wiper mudah didapati dengan bermacam-macam jenis brand.. Yang pasti kualiti wiper bergantung pada brand contohnya jenama Dura-edge, BOSCH, HKS, Maxblade dan macam-macam lagi.Kebiasaanya harga wiper ada yang mahal sehingga RM 250 sepasang dan ada juga  yg murah tetapi jenis cap ayam/ local brand biasanya boleh dapat RM 20- RM 40 sepasang.



Keburukkan Wiper jenis getah 
- Mudah koyak, retak,reput atau melekat pada cermin
- Getah cepat keras sudah tidak elastis fleksibel lagi untuk menyapu air dari cermin kereta
- Masih ada garis-garis air tertinggal bila wipe.
- Perlu ditukar setiap 6 bulan sekali
- Mencalarkan cermin kereta
- Penglihatan yang tidak jelas dan kabur
- Time wiper nak sapu je bunyi bising semasa diguna macam kasar sangat permukaan wiper tu dengan cermin.
- kalau hujan wiping tersangkut-sangkut atau terketar ketar



Kebaikan Wiper jenis Silicon
- Silicon wiper ni mesra alam Lebih tahan lama berbanding pengelap getah (biasa)
- Silicon wiper dikatakan bagus sebab blade dia tak kan jadi keras macam wiper getah bila dah lama pakai.
- Silicon wiper tak kan mencalarkan cermin kereta kerana dia jenis solf wiper berbanding wiper biasa dalam dia ada besi..
- Mengelap dengan lebih berkesan dan dapat di'wipe' dengan lebih rata cermin kereta anda
- Ianya tidak mudah koyak, retak,reput atau melekat pada cermin depan
- Selalunya Silikon wiper ni dibuat penuh Tanpa tulang (Boneless Full Silicone) Mudah lentur dan ikut lengkungan cermin kereta anda
- Sapuan air lebih dapat baik dan rata
- Kalau hujan lebat, cermin kat depan tak kabur sangat macam wiper biasa..
- Tidak dipengaruhi oleh minyak, hujan, panas
- lebih smooth dan lancar pergerakan wiper tu.
- Kos efisien kerana tidak perlu kerap ditukar.



Tips Penjagaan Wiper Kereta Silicon ataupun getah supaya tahan lama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anda menhadapi masalah wiper yang cepat rosak dan seringkali berbunyi menyakitkan telinga apabila digunkan? Wiper yang anda beli berjenama jenis silicon tetapi tidak tahan lama? Sebenarnya tak kisahlah sama ada wiper jenis getah biasa atau silikon.

Sebenarnya jikalau kita menitikberatkan penjagaan wiper kereta, ianya boleh digunakan dalam jangkamasa lebih lama menjangkau usia lebih 1 tahun penggunaan sekiranya dijaga dengan baik.

Yang pasti dalam memastikan agar wiper kereta tahan lama kita hendaklah melakukan tips berikut:-


1. Tegakkan/ diangkat bilah wiper bila parking diangkat terutama sekali dalam keadaan cuaca panas. Ini kerana apabila wiper tersebut terus diletakkan diatas cermin tadi tindak balas suhu mengakibatkan bilah getah tersebut rosak dan menjadi tidak rata.



2. Pastikan tangki pencuci cermin diisi air dan sedikit cecair pencuci (Wiper fluid) agar bila kita mengelap cermin menggunakan wiper lebih licin dan tidak merosakkan bilah dan cermin kereta anda.


3.  Gunakan pencuci cermin kereta yang bersesuaian.Pastikan penggunaan cecair pencuci (Wiper fluid) tidak memberi kesan kepada permukaan cermin.Selalunya cecair pencuci cermin biasanya didatangkan dengan bahan kalis air (water repellent) yang membantu pemanduan agar lebih jelas dalam keadaan hujan lebat. Tetapi saya difahamkan ada gak jenis cecair pencuci (Wiper fluid) mengandungi peluntur ini boleh bertindak balas (side effect ) dengan getah atau silicon bilah wiper dan menyebabkan ianya menjadi cepat keras.




4.Bersihkan bilah pengelap sekerap yang boleh sebaik-baiknya dalam seminggu sekali. Gunakan kain basah dan bersihkan dari hujung ke hujung, wiper yang kotor biasanya akan meninggalkan kotoran berwarna hitam pada kain tadi. Bila mana kita terus gunakan wiper waktu hujan, dikuatiri akan habuk atas ketulan pasir yang melekat pada getah wiper akan merosakkan permukaan screen dan mungkin juga boleh merosakkan getah wiper tu.

Alami senggugut setiap kali datang bulan, Scha Al-Yahya disahkan hidap tumor dalam rahim / endometriosis

Pelakon, pengacara dan model, Scha Al-Yahya disahkan menghidap ketumbuhan dalam rahim atau nama saintifiknya Endometriosis selepas melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar pada 4 September lalu.

Mengulas berkenaan reaksinya selepas mendapat tahu terdapat ketumbuhan pada pangkal rahim, Scha Al-Yahya melahirkan rasa terkejutnya dan tidak menyangka sakit perut melampau yang dialami setiap kali datang bulan berpunca daripada masalah tersebut, dipetik dari Harian Metro.

“Mulanya saya hanya melakukan pemeriksaan pada 4 September lalu kerana sakit perut kronik apabila datang haid. Keadaan itu bertambah teruk selepas berkahwin hingga terpaksa bergantung dengan ubat tahan sakit."


“Selepas buat endoskopik, saya disahkan mengidap endometriosis, sejenis ketumbuhan dalam rahim. Biarpun saiznya kecil, ia ada di beberapa tempat seperti jerawat. Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa."

“Walaupun terkejut, saya bersyukur sebab tahu awal. Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi. Awal pun tidak sampai hati lihat saya selalu sakit perut yang kronik setiap kali datang bulan."

“Doktor tebuk satu lubang di pusat dan dua lagi di tepi perut untuk bersihkan ketumbuhan itu. Syukur pembedahan ini berjaya dan saya dibenarkan keluar hospital pada 7 September lalu.”


Apa itu Senggugut?

Ramai remaja perempuan dan wanita mengalami masalah senggugut (sakit atau rasa tidak selesa berikutan kedatangan haid) atau istilah saintifiknya dysmenorrhea. Senggugut seringkali dikaitkan dengan kesakitan seperti kekejangan di bahagian bawah perut, dan kemungkinan juga sakit belakang. Ada yang merasai tidak selesa atau kesakitan yang ringan, sementara ada juga yang mengalami kesakitan yang teruk sehingga bergolek-golek. Walaupun ada yang menganggapnya sebagai sesuatu yang normal setiap kali kedatangan haid, namun ianya sudah pasti mengganggu pesakit dari melakukan kerja harian dengan baik dan selesa.

Apakah punca yang mengakibatkan senggugut ini menyerang setiap kali kedatangan haid?
Terdapat 2 jenis ‘Dysmenorrhea’:-
 
Dysmenorrhea Primer adalah kesakitan haid yang berlaku sekitar masa haid pertama bermula di kalangan wanita muda yang sihat berikutan factor hormonal dan tidak ada penyakit lain pada sistem reproduksi seseorang wanita. Peningkatan aktiviti hormon prostaglandin yang dihasilkan dalam rahim, dipercayai memainkan peranan dalam keadaan ini.

Dysmenorrhea Sekunder / Congestive Dysmenorrhea  lazimnya menyerang wanita yang sudah berumahtangga atau sudah berkahwin. Kesakitan dari senggungut yang dialami adalah lebih lama dan lebih teruk keadaannya. Ianya selalu dikaitkan dengan masalah rahim atau lain-lain organ pelvis, seperti endometriosis, fibroid, alat kontrasepsi sbb (IUD) yang diperbuat daripada tembaga, keradangan pada rongga pelvis, jangkitan kelamin, mahupun tekanan dan kebimbangan.


Kesimpulannya,wanita yang mengalami masalah seperti ini, dinasihatkan berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mengetahui punca sebenar dan mendapatkan rawatan awal bagi mengelakkan kesakitan yang berlarutan. .

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca