Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Tips Penjagaan Wiper Kereta Silicon ataupun getah supaya tahan lama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anda menhadapi masalah wiper yang cepat rosak dan seringkali berbunyi menyakitkan telinga apabila digunkan? Wiper yang anda beli berjenama jenis silicon tetapi tidak tahan lama? Sebenarnya tak kisahlah sama ada wiper jenis getah biasa atau silikon.


Sebenarnya jikalau kita menitikberatkan penjagaan wiper kereta, ianya boleh digunakan dalam jangkamasa lebih lama menjangkau usia lebih 1 tahun penggunaan sekiranya dijaga dengan baik.

Yang pasti dalam memastikan agar wiper kereta tahan lama kita hendaklah melakukan tips berikut:-


1. Tegakkan/ diangkat bilah wiper bila parking diangkat terutama sekali dalam keadaan cuaca panas. Ini kerana apabila wiper tersebut terus diletakkan diatas cermin tadi tindak balas suhu mengakibatkan bilah getah tersebut rosak dan menjadi tidak rata.



2. Pastikan tangki pencuci cermin diisi air dan sedikit cecair pencuci (Wiper fluid) agar bila kita mengelap cermin menggunakan wiper lebih licin dan tidak merosakkan bilah dan cermin kereta anda.


3.  Gunakan pencuci cermin kereta yang bersesuaian.Pastikan penggunaan cecair pencuci (Wiper fluid) tidak memberi kesan kepada permukaan cermin.Selalunya cecair pencuci cermin biasanya didatangkan dengan bahan kalis air (water repellent) yang membantu pemanduan agar lebih jelas dalam keadaan hujan lebat. Tetapi saya difahamkan ada gak jenis cecair pencuci (Wiper fluid) mengandungi peluntur ini boleh bertindak balas (side effect ) dengan getah atau silicon bilah wiper dan menyebabkan ianya menjadi cepat keras.




4.Bersihkan bilah pengelap sekerap yang boleh sebaik-baiknya dalam seminggu sekali. Gunakan kain basah dan bersihkan dari hujung ke hujung, wiper yang kotor biasanya akan meninggalkan kotoran berwarna hitam pada kain tadi. Bila mana kita terus gunakan wiper waktu hujan, dikuatiri akan habuk atas ketulan pasir yang melekat pada getah wiper akan merosakkan permukaan screen dan mungkin juga boleh merosakkan getah wiper tu.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca