Mengulas berkenaan reaksinya selepas mendapat tahu terdapat ketumbuhan pada pangkal rahim, Scha Al-Yahya melahirkan rasa terkejutnya dan tidak menyangka sakit perut melampau yang dialami setiap kali datang bulan berpunca daripada masalah tersebut, dipetik dari Harian Metro.
“Mulanya saya hanya melakukan pemeriksaan pada 4 September lalu kerana sakit perut kronik apabila datang haid. Keadaan itu bertambah teruk selepas berkahwin hingga terpaksa bergantung dengan ubat tahan sakit."
“Selepas buat endoskopik, saya disahkan mengidap endometriosis, sejenis ketumbuhan dalam rahim. Biarpun saiznya kecil, ia ada di beberapa tempat seperti jerawat. Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa."
“Walaupun terkejut, saya bersyukur sebab tahu awal. Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi. Awal pun tidak sampai hati lihat saya selalu sakit perut yang kronik setiap kali datang bulan."
“Doktor tebuk satu lubang di pusat dan dua lagi di tepi perut untuk bersihkan ketumbuhan itu. Syukur pembedahan ini berjaya dan saya dibenarkan keluar hospital pada 7 September lalu.”
Ramai remaja perempuan dan wanita mengalami masalah senggugut (sakit atau rasa tidak selesa berikutan kedatangan haid) atau istilah saintifiknya dysmenorrhea. Senggugut seringkali dikaitkan dengan kesakitan seperti kekejangan di bahagian bawah perut, dan kemungkinan juga sakit belakang. Ada yang merasai tidak selesa atau kesakitan yang ringan, sementara ada juga yang mengalami kesakitan yang teruk sehingga bergolek-golek. Walaupun ada yang menganggapnya sebagai sesuatu yang normal setiap kali kedatangan haid, namun ianya sudah pasti mengganggu pesakit dari melakukan kerja harian dengan baik dan selesa.
Apakah punca yang mengakibatkan senggugut ini menyerang setiap kali kedatangan haid?
Terdapat 2 jenis ‘Dysmenorrhea’:-
Dysmenorrhea Primer adalah kesakitan haid yang berlaku sekitar masa haid pertama bermula di kalangan wanita muda yang sihat berikutan factor hormonal dan tidak ada penyakit lain pada sistem reproduksi seseorang wanita. Peningkatan aktiviti hormon prostaglandin yang dihasilkan dalam rahim, dipercayai memainkan peranan dalam keadaan ini.
Dysmenorrhea Sekunder / Congestive Dysmenorrhea lazimnya menyerang wanita yang sudah berumahtangga atau sudah berkahwin. Kesakitan dari senggungut yang dialami adalah lebih lama dan lebih teruk keadaannya. Ianya selalu dikaitkan dengan masalah rahim atau lain-lain organ pelvis, seperti endometriosis, fibroid, alat kontrasepsi sbb (IUD) yang diperbuat daripada tembaga, keradangan pada rongga pelvis, jangkitan kelamin, mahupun tekanan dan kebimbangan.
Kesimpulannya,wanita yang mengalami masalah seperti ini, dinasihatkan berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mengetahui punca sebenar dan mendapatkan rawatan awal bagi mengelakkan kesakitan yang berlarutan. .
No comments:
Post a Comment