Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Ulasan Filem The Martian : filem yang menarik ditonton dengan jalan cerita yang tersusun

Sejak admin beli Skybox V7 nih,dapatlah admin layan filem-filem terbaru dari HBO.Antara filem yang menraik perhatian admin adalah Filem The Martian.Sekali pandang tengok posternya rasanya macam berat jalan cerita filem ini dan sudah pasti boring. Akan tetapi minggu lepas admin HBO ada buat tayangan  dan kebetulan cerita dan bermula awal.

So admin cadangnya sekadar tengok tengok sahaja tetapi malangnya admin mula melekat menonton filem ini sehingga habis.Semalam admin terlayan cerita ini lagi dan menonton sehingga habis walaupun sudah tengok sebelum ini.Entah kenapa admin cukup suka jalan cerita filem ini.Jalan cerita mendatar tapi klimaks tiada sekadar letupan rumah tanamannya menyebabkan Matt Damon terpaksa catu makanannya sehingga dia dapat diselamatkan.Kalau admin hadapi situasi yang sebenar macam filem ini rasanya sudah kena strok. Tapi mungkin latihan angkasawan yang membuatkan si Matt Damon ni rasa cool ja walaupun ditinggalkan seorang diri.

Dalam filem ini dok sebut SOL,admin pun tak tahu sebenarnya..adakah kiraan kilometer atau maksud lain. 1 SOL di Marikh bersamaan 24 jam 37 minit & 22.664 saat di Bumi. Kiranya satu hari di Marikh lebih 2.7% masa 24 jam waktu Bumi. Lepas tu, 414 hari (setahun lebih) perjalanan dari Bumi untuk sampai ke Marikh. Satu ilmu baru tetang putaran masa di Marikh yang admin dapat apabila menonton filem ini.Hahahaha...

Apa yang menyebabkan admin boleh terpaku menontonnya sehingga habis? Rasanya filem The Martian  memiliki kekuatan pada dialognya pada setiap watak-watak dalam filem ini. Bukan pada hanya pada dialog serius, tapi juga banyak dialog lucu yang akan membuat penonton tertawa sepanjang filem ini. 

Sebagai filem bertema science, tentunya ilmu sains di tonjolkan dalam filem itu sendiri. Sebagai rakyat biasa yang tiada ilmu angkasa lepas. Filem ini  menunjukkan Watney bertahan hidup di tanah gersang Mars semua dijelaskan cukup mendetail. Watney terpaksa bercucuk tanam di tanah tandus, dan  membuat air dari reaksi kimia. Beberapa hal seperti komunikasi menggunakan teknologi angkasa dan kod kod sains dan banyak perhitungan-perhitungan angka diperlihatkan dalam film membuatkan penonton mendalami watak secara tidak langsung dalam  filem tersebut.


Fakta Menarik Filem The Martian. Filem bergenre sains fikyen arahan Ridley Scott dan diadaptasi dari novel yang ditulis oleh Andy Weir. Filem ini sedang hangat diperkatakan kerana jalan cerita yang menarik selain dibarisi pelakon handalan Hollywood seperti Matt Damon, Jessica Chastain, Kate Mara, Sebastian Stan, dan ramai lagi.

The Martian mengisahkan tentang misi kemanusiaan NASA ke planet Marikh. Tanpa diduga seorang angkasawan, Mark Watney secara tidak sengaja ditinggalkan krewnya yang lain dan disangka telah meninggal dunia dalam misi itu. Namun Watney terselamat dan keseorangan di Marikh. Dengan bekalan yang terhad, dia mencari jalan untuk terus hidup di Marikh dan berusaha menghantar isyarat kepada Nasa untuk datang menyelamatkannya.


Oleh kerana filem ini mengisahkan misi NASA, setiap apa yang diceritakan dalam filem ini adalah berdasarkan fakta.  Hampir 50 peratus dari filem ini merupakan bahan dari NASA. The Martian menjalani penggambaran di Wadi Rum, Jordan iaitu sebuah padang pasir berwarna merah yang seakan sama dengan permukaan Marikh.


Kesimpulannya,bagi siapa yang suka filem sains maka filem memang sesuai untuk anda.Tengok filem ini secara tidak langsung ada belajar ilmu baru mengenai planet Marikh.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca