Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

MasterChef Selebriti Malaysia Musim 1 VS MasterChef Selebriti Malaysia Musim 2 ? Yang mana lagi best.

MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua yang akan mula bersiaran di Astro Ria (saluran 104) dan Mustika HD (saluran 134) pada 20 April ini.19 selebriti berkenaan akan berentap dalam pelbagai cabaran dan ujian untuk menyediakan sajian masing-masing selama 10 minggu.

 Bagaimanpun, setiap minggu pastinya akan ada 4 episod bakal bersiaran. Iaitu bermula dari hari Sabtu jam 9 malam hingga Selasa pada waktu yang sama. MasterChef Selebriti memberikan inspirasi dan peluang kepada selebriti mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman di dalam industri masakan.Di antara-antara celeberity Malaysia yang dipilih pada musim kali ini adalah :-



MasterChef Selebriti Malaysia mempunyai format yang berbeza dalam setiap episod.
Bagaimanapun ini dia format episod tipikal penganjuran tahun ini.

1. Hari Sabtu adalah cabaran Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa.
Setiap peserta diberi kotak yang mengandungi bahan-bahan masak yang sama dan perlu menyediakan suatu hidangan yang menggunakan bahan-bahan yang diberikan saja. Hidangan berkenaan akan dirasai oleh Chef dan seorang pemenang akan dipilih. Pemenang Peti Saji Misteri akan diberi peluang untuk memilih sajian utama untuk cabaran Ujian Cipta Rasa. Peserta perlu mencipta satu hidangan dengan menggunakan Sajian Utama yang dipilih.

2. Hari Ahad akan membawakan Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran.
Tiga peserta yang tidak dapat memuaskan Chef dari cabaran malam sebelumnya akan diberikan resipi untuk satu hidangan tertentu. Mereka perlu menghasilkan hidangan yang sama dalam masa yang diperuntukkan. Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan akan disingkir dari pertandingan ini.

3. Hari Isnin membawakan Cabaran Sajian Luar.
Para peserta akan dibahagikan kepada pasukan yang terdiri daripada bilangan yang sama dan diberi tugas dan jangka masa yang ditetapkan untuk melengkapkan cabaran ini. Tugas adalah seperti memasak untuk fungsi tali leher hitam atau kem tentera. Pasukan yang kalah akan menghadapi penyingkiran malam seterusnya.

4. Hari Selasa membawakan lagi sekali Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran.

Peserta yang tidak dapat memuaskan Chef dari cabaran malam sebelumnya akan diberikan resipi untuk satu hidangan tertentu. Mereka perlu menghasilkan hidangan yang sama dalam masa yang diperuntukan.Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan akan disingkir dari pertandingan ini.

Mampukah 19 peserta Masterchef Celebriti Malaysia musim kedua ini membawa menawan kembali jutaan penonton di depan kaca TV seperti peserta Masterchef Celebriti Malaysia musim pertama. Hanya anda menentukannya.

 

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca