Para pemenang dalam perang Clan war ini diberi bonus loot yang sangat besar, Clan wars hanya dapat dimulai oleh para leader atau co – leader memulakan butang war . Selepas itu pihak server permainan akan mencari sebuah clan lawan dengan kekuatan yang sama . Selepas pihak lawan di aturkan, anda boleh menyemak di war zone jumlah pihak lawan dan juga untuk melihat kekuatan pihak lawan.
Preparation Day - Mengambil masa satu hari.Di sini Leader clan akan atur segalanya seperti siapa lawan siapa dan memastikan setiap member clan memberi kerjasama dalam peprangan ini.
Battle Day =- Hari peperangan yang ditunggu. Setiap member clan diberi 2 kali serangan. Setiap serangan dengan kemenagan 100% akan diberi 3 bintang.
Kedah Sempoi VS 123 BOOM |
Setakat ini clan admin iaitu Kedai Sempoi telah mencatat kemenangan sebanyak 7 kali dan kekalahan sebanyak 1 kali. Dalam peperangan admin sendiri ada masa dapat 6 bintang dari 2 peperangan dan adakalanya 1 bintang sahaja.