Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Kemalangan Euro Wheel di Pesta Pulau Pinang 2013

Gambar Hiasan
Georgetown: “Saya sempat bertanya kepadanya apa yang berlaku dan dia memberitahu, terjatuh dari buaian berpusing sebelum muntah darah dan tidak bermaya.

“Melihat keadaannya itu, saya mendukung Khairul dan berlari mendapatkan bantuan,” kata Abu Kassim Yaacob, 41, bapa kepada Muhammad Khairul Naimmie Abu, 6, yang koma selepas terjatuh dari buaian berpusing ‘Euro Wheel’ di tapak pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong, di sini, awal pagi semalam.

Menurutnya, mujur ada seorang rakan yang juga anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) sudi menumpangkan kenderaannya untuk membawa anak yang parah itu ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa mengalami pendarahan dan cedera pada organ dalaman serta patah tulang rusuk. Dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Difahamkan, Khairul terjatuh dari ketinggian mencecah hampir 30 meter dan ketika itu, semua peniaga menutup operasi perniagaan masing-masing di tapak pesta berkenaan.

Mangsa dikatakan masuk ke dalam satu daripada buaian berpusing berkenaan, namun dia panik kerana bekalan elektrik diputuskan, membuka pintu lalu terjatuh.

Menceritakan kembali kejadian itu, Abu Kassim, yang juga peniaga di tapak pesta itu berkata, dia dimaklumkan beberapa rakan yang anaknya ditimpa kemalangan kerana terjatuh dari buaian berpusing itu.

Dia terus bergegas ke lokasi kejadian dan terkejut melihat keadaan Khairul yang lemah sebelum memangkunya tubuhnya untuk dibawa ke hospital.

Sejurus tiba di hospital, anaknya tidak sedarkan diri menyebabkan doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya. “Doktor memaklumkan terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang satu buah pinggang manakala limpa anak saya pecah serta usus perut terpaksa disambung,” katanya.

“Saya kemudian diminta menandatangani borang untuk pembedahan dan hanya mampu berdoa supaya Khairul selamat,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku, namun melihatkan keadaan beberapa buaian berpusing yang pecah cermin, dia percaya Khairul terjatuh daripada tingkat yang tinggi sebelum terhempap ke bawah.

“Saya tidak dapat bayangkan penderitaan anak saya ketika dia terjatuh dan tidak tahu bagaimana dia boleh masuk ke dalam satu daripada buaian berpusing berkenaan kerana ketika itu, semua permainan di pesta mahu menghentikan operasi.

“Saya pelik kerana tidak mungkin operator yang menjaga permainan itu tidak menyedari anak saya masuk sedangkan jarak antara tempat kawalan buaian berpusing itu tidak jauh,” katanya.

Kata Abu Kassim, dia kini mempertimbangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak penganjur yang dilihat cuai dan tidak menitik beratkan soal keselamatan.

“Saya tunggu hingga keadaan anak pulih dan mungkin akan mengambil tindakan kepada penganjur, namun buat masa ini saya hanya memikirkan keadaan anak terlebih dulu,” katanya.

Berikutan itu, bapa mangsa membuat laporan polis jam 4 pagi semalam dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Nasir Salleh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

myMetro 30 Dis 2013

Siapakah yang bersalah dalam kemalangan ini ? Adakah pihak penganjur yang gagal dari segi aspek keselamatan ?Atau keluarga si mangsa yang gagal mengawasi mangsa dengan baik?

Muat turun Kalendar 2014 dan Cuti-Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini merupakan hari terakhir dalam kalendar 2013, dan menjadi kebiasaannya  kalendar  2014 mula akan menjadi perhatian. Kalau biasanya waktu ini, kedai-kedai terpilih akan memberi kalendar percuma kepada pelanggannya sempena menyambut tahun 2014.

Dan dalam banyak banyak kalendar, seperti biasa kalendar kuda jadi pasti pilihan kerana kalendar jenis ini ada catat tarikh-tarikh penting seperti cuti umum, cuti sekolah dan juga perayaan tertentu.

Apa yang menarik dengan kalendar tahun 2014 ini :-

Januari

    Tahun Baru – 1/1/2015 – Rabu
    Hari Keputeraan Nabi Muhammad ( S.A.W) 14/1 – Selasa
    Hari Thaipusam 17/1 – Jumaat * K.L sahaja
    Tahun Baru Cina – 31/1 – Jumaat

Febuari

    Tahun Baru Cina ( hari kedua) 1/2 – Sabtu
    Hari Wilayah Persekutuan 1/2 – Sabtu * K.L sahaja.

Mei

    Hari Pekerja 1/5 – Khamis
    Hari Wesak 13/5 – Selasa

Jun

    Hari Keputeraan Seri Paduka Yang di Pertuan Agong 7/6 – Sabtu

Julai

    Hari Raya Puasa* 28/7 – Isnin
    Hari Raya Puasa* 29/7 – Selasa

Ogos

    Hari Kebangsaan 31/8 – Ahad

September

    Hari Malaysia 16/9 – Selasa

Oktober

    Hari Raya Qurban* 5/10 – Ahad
    Hari Raya Qurban* 6/10 – Isnin. Kelantan dan Terenganu sahaja.
    Hari Deepavali 23/10 – Khamis
    Awal Muharam 25/10 – Sabtu

Disember

    Hari Krismas 25/12- Khamis

Untuk jadual penuh cuti -cuti boleh download di sini KLIK SINI.

Kalendar 2014 Berwarna


Kesimpulannya,tahun 2014 mungkin tidak semeriah tahun 2013 kerana tidak banyak cuti umum yang jatuh pada hari Ahad, jadi tak banyak cuti gantiam macam tahun 2013. Apa apa pun admin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2014 untuk semua warga Malaysia.

Memiliki rokok seludup akan menjadi suatu kesalahan undang-undang

PUTRAJAYA, 10 Dis (Bernama) -- Memiliki rokok seludup akan menjadi suatu kesalahan apabila Kementerian Kesihatan menerima pakai pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau yang dijangka berkuatkuasa pada suku pertama tahun depan.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementeriannya sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan termasuk orang awam sebelum memuktamadkan cadangan pindaan tersebut.


"Rokok haram membanjiri pasaran tempatan dan ketika ini kerajaan hanya mengambil tindakan terhadap pengeluar rokok tiruan dan penjual rokok seludup. "Berikutan pindaan ini, tindakan boleh dikenakan terhadap mereka yang memiliki rokok seludup ini," katanya pada sidang media di sini Isnin.

Terdahulu, Liow menyaksikan majlis menandatangani kontrak usaha sama antara dua syarikat Malaysia - OSA Niaga Sdn Bhd dan Straits Orthopaedics Sdn Bhd., dengan Naton Medical Group, sebuah syarikat China yang terbabit dalam bidang pembuatan produk ortopedik.


Rrokok seludup ini mendapat permintaan yang semakin meningkat pada masa sekarang adalah disebabkan harga yang lebih murah dan mampu dibayar oleh perokok berbanding rokok yang dikenakan cukai .Laporan dari CBS NEWS melaporkan  penyeludupan rokok seludup ini sebenarnya didalangi oleh penjenayah di negara kita kerana ianya lebih menguntungkan dengan risiko yang lebih rendah.

Kita wajib membanteras aktiviti penyeludupan rokok seludup seperti jenama jenama John, Luffman yang diseludup masuk oleh sindiket jenayah dari Indonesia dan Vietnam dengan tidak membeli rokok seludup. 

Sarah Massey Bangga Mempunyai Pinggul Terbesar Di Dunia

Chicago: Seorang wanita yang juga ibu dua anak, Sarah Massey, 33, mengakui pernah menyebabkan mangkuk tandas pecah selepas duduk di atasnya. Sarah yang berasal dari Chicago dan mencatat rekod dengan garis pusat pinggul sepanjang 213 sentimeter kadangkala tidak muat untuk memasuki pintu bangunan atau pasar raya.

Sarah seberat 203 kilogram mengakui saiz tubuhnya yang terlebih besar itu menyukarkan kehidupannya dan dia turut menerima bantuan AS$1,236 (RM4,070) kerana berdepan kesukaran untuk bergerak.

“Setiap hari ada saja komen dilemparkan kepada saya sama ada yang baik mahupun yang buruk.

“Dulu saya malu dengan keadaan tubuh saya tetapi kini tidak lagi,” katanya.

Di sekolah, saya selalu diejek mempunyai pinggul seperti lori sampah tetapi keadaan saya ini diwarisi daripada keluarga dan tidak banyak yang boleh dilakukan.

“Dulu saya selalu bimbang dengan apa yang orang kata mengenai diri saya tetapi sekarang saya bangga dengan diri sendiri,” katanya. Sarah berkata, kini dia juga tidak segan untuk tampil melakukan sesi fotografi kepada peminat yang meminati susuk tubuh wanita bersaiz besar.



Selepas menemui komuniti jejaka di Internet yang menghargai saiz tubuhnya, Sarah berkata, dia tidak pernah kekurangan peminat. “Semuanya bermula apabila saya mengambil gambar untuk satu sesi penurunan berat badan. Seorang rakan yang juga jurugambar kemudian memuat naik foto saya di Facebook. “Terdapat ramai pengikut yang gemarkan foto saya dan rakan saya itu kemudian tampil dengan idea untuk menghasilkan gambar model yang bertubuh besar. Semua foto saya mendapat sambutan hangat,” katanya. Walaupun Sarah selesa dengan bentuk tubuhnya, tetapi memenuhkan almari pakaiannya memakan perbelanjaan yang tinggi.




“Disebabkan saiz tubuh saya yang besar, sukar untuk saya membeli pakaian di kedai biasa. Bahagian atas tubuh saya bersaiz 7 kali XL, manakala bahagian bawah 10 kali XL, jadi saya terpaksa menempah pakaian khusus. Kebanyakan pakaian saya dibeli secara dalam talian kerana terdapat beberapa kedai yang menjual pakaian untuk individu dengan saiz tubuh terlebih besar. “Pakaian bersaiz besar sangat mahal, jadi saya perlu membelanjakan kira-kira AS$659 (RM2,171) setiap bulan untuk membeli pakaian,” katanya. - AFP

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca