Sarah seberat 203 kilogram mengakui saiz tubuhnya yang terlebih besar itu menyukarkan kehidupannya dan dia turut menerima bantuan AS$1,236 (RM4,070) kerana berdepan kesukaran untuk bergerak.
“Setiap hari ada saja komen dilemparkan kepada saya sama ada yang baik mahupun yang buruk.
“Dulu saya malu dengan keadaan tubuh saya tetapi kini tidak lagi,” katanya.
Di sekolah, saya selalu diejek mempunyai pinggul seperti lori sampah tetapi keadaan saya ini diwarisi daripada keluarga dan tidak banyak yang boleh dilakukan.
“Dulu saya selalu bimbang dengan apa yang orang kata mengenai diri saya tetapi sekarang saya bangga dengan diri sendiri,” katanya. Sarah berkata, kini dia juga tidak segan untuk tampil melakukan sesi fotografi kepada peminat yang meminati susuk tubuh wanita bersaiz besar.
Selepas menemui komuniti jejaka di Internet yang menghargai saiz tubuhnya, Sarah berkata, dia tidak pernah kekurangan peminat. “Semuanya bermula apabila saya mengambil gambar untuk satu sesi penurunan berat badan. Seorang rakan yang juga jurugambar kemudian memuat naik foto saya di Facebook. “Terdapat ramai pengikut yang gemarkan foto saya dan rakan saya itu kemudian tampil dengan idea untuk menghasilkan gambar model yang bertubuh besar. Semua foto saya mendapat sambutan hangat,” katanya. Walaupun Sarah selesa dengan bentuk tubuhnya, tetapi memenuhkan almari pakaiannya memakan perbelanjaan yang tinggi.
“Disebabkan saiz tubuh saya yang besar, sukar untuk saya membeli pakaian di kedai biasa. Bahagian atas tubuh saya bersaiz 7 kali XL, manakala bahagian bawah 10 kali XL, jadi saya terpaksa menempah pakaian khusus. Kebanyakan pakaian saya dibeli secara dalam talian kerana terdapat beberapa kedai yang menjual pakaian untuk individu dengan saiz tubuh terlebih besar. “Pakaian bersaiz besar sangat mahal, jadi saya perlu membelanjakan kira-kira AS$659 (RM2,171) setiap bulan untuk membeli pakaian,” katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment