Tip komputer untuk kali ini adalah bagaimana untuk mendapatkan kembali fail/folder di dalam pendrive anda hilang disebabkan oleh virus komputer. Kebiasaaanya, reaksi spontan apabila pendrive anda yang sarat dengan fail/folder tiba-tiba kosong apabila pendrive anda dihubungkan dengan komputer.Ini adalah kerana pendrive anda telah terkena jangkitan virus yang menyembunyikan semua fail dan folder anda.
Jangan panik atau meroyan sorang-sorang ok. Di sini ada tips yang mudah untuk mengembalikan fail/folder anda yang hilang itu. Anda disyurkan untuk menggunakan perisian USB Show untuk memulihkan fail/folder anda yang telah hilang itu.Ianya cukup mudah dan cepat.Walaupun ianya buatan Sepanyol namun perisian ini dibekalkan dengan version english.Just klik english version.
Muka depan Perisian USB Show |
Ini adalah USB Show yang akan membantu anda untuk mendapatkan kembali semua fail tersembunyi di dalam USB Drive anda akibat virus. Bagaimanakah untuk menggunakan perisian ini ? Senang sahaja.
- Muat turun perisian di SINI ke dalam komputer anda.(desktop komputer lebih baik)
- Masukkan pendrive anda/memory kad di dalam slot usb komputer.
- Klik untuk aktifkan USB Show.exe dan pilih english version.
- Pilih drive mana yang ingin dipulihkan sebagai contoh H: (merujuk kepada Memory Kad)
- Klik Recovery the hide files (Butang)
Proses pemulihan sedang berlaku |
Setelah selesai USB Show membuat pemulihan. .Cuba anda check pendrive anda sama ada berjaya atau tidak. Jikalau berjaya tahniah saya ucapkan. Semoga tips ini memberi manafaat kepada anda.Sila kongsikan maklumat ini bersama rakan anda dengan klik butang " f " yang berada dibawah post ini.
Contoh butang share to facebook |
Selamat Mencuba dan terima kasih.