Admin cukup risau takut kalau anak-anak terkena demam denggi. Biasanya admin waktu malam akan pasang ubat nyamuk elektrik dan tak cukup dengan itu admin guna ubat nyamuk spray Shelltox H2O untuk penyedap hati.Harap-harap nyamuk tak mengganggu anak admin sampai pagi.
Virus denggi akan mengganggu keupayaan tubuh untuk membina platlet darah yang berfungsi untuk membekukan darah. Apabila bilangan platlet menurun maka ini boleh mengakibatkan pendarahan..Sebab tu kalau ada yang pernah tengok kes demam denggi berdarah, pesakit tu akan keluar darah dari kulit, mulut, hidung, mata...yang membawa maut.
Simptom-simptom demam denggi
Jika anda mempunyai simptom-simptom berikut sila cepat-cepat dapatkan rawatan..
- Demam kuat yang mengejut dan suhu badan yang tinggi
- Sakit-sakit otot, badan dan sendi
- Muncul ruam (bintik-bintik merah) pada kulit
- Muntah dan kurang selera makan
Ubat Paling Mujarab untuk Demam Denggi
Merawat demam denggi sup ketam
Demam denggi ni tiada rawatan khusus. Sebab tu mencegah adalah lebih baik dari merawat. Tapi kalau sudah demam denggi cepat-cepat ikhtiar cari penawarnya.Selain air 100 Plus, Sup ketam nipah juga cukup berkesan merawat demam denggi kerana dikatakan mempunyai kandungan protin yang tinggi yang mampu meningkatkan bilangan platlet darah dalam masa yang cepat. Pesakit denggi yang amalkan makan dan minum sup ketam sebanyak 500ml hingga 1L akan mengalami peningkatan bilangan platlet yang mendadak iaitu dalam masa 5 hingga 8 jam.Oleh itu, kalau ada saudara mara yang terkena demam denggi cepat maklum suruh cari ketam nipah buat sup.Moga-moga ianya lekas sembuh.
No comments:
Post a Comment