Bawang putih berupaya untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi.
Tekanan darah tinggi adalah sangat merbahaya kerana penyakit ini tidak
selalunya timbul dan pesakit tidak menyedari bahawa mereka
menghidapinya.
Selain itu masalah tekanan darah tinggi akan membawa pula
kepada masalah jantung, strok, pembekuan darah, kegagalan buah pinggang
untuk berfungsi, jantung berhenti berdenyut secara tiba-tiba dan yang
paling ditakuti berlaku kematian secara mendadak sekiranya penyakit
tekanan darah tinggi tidak dikawal.
Ada laporan yang mengatakan,
beratus-ratus ahli perubatan mendapati bahawa bawang putih adalah salah
satu tumbuhan yang paling selamat dan boleh diharapkan untuk melegakan
masalah tekanan darah tinggi. Ini kerana bawang putih memenuhi semua
keperluan agen terapeutik yang baik untuk mengurangkan tekanan darah.
Satu
contoh kes yang dilaporkan ialah mengenai seorang doktor dan pengamal
naturopath iaitu Kristine Nolfi, seorang warganegara Denmark dan
pengarang buku yang bertajuk " My Experience with Living Food "
menyatakan bawang putih telah menurunkan tekanan darah tinggi dan
menaikkan tekanan darah apabila berada di tahap yang rendah. Ahli sains
Perancis juga telah mendapati bahawa kenyataan ini benar dan mendakwa
tekanan darah turun dalam masa sejam setelah diberikan dengan bawang
putih. Beliau juga mendakwa bawang putih juga boleh menyebabkan tekanan
darah yang rendah naik.
Bawang putih dan kencing manis
Bawang putih juga menjadi
penawar kepada pesakit-pesakit yang menderita kerana penyakit kencing
manis. Terdapat beberapa jenis penyakit kencing manis ini dan yang
paling biasa ialah diabetes melitus. Ia adalah sejenis penyakit yang
telah dikenalpasti sejak dahulu lagi.
Dalam kes penyakit kencing
manis ini, pankreas tidak boleh menghasilkan pankreatin yang mencukupi.
Apabila pankreas tidak berfungsi, gula tidak boleh menghasilkan sel dan
tidak boleh disimpan sebagai lemak badan. Gula yang datang dari makanan
yang dihadamkan akan berkumpul dan bertambah dalam darah sehingga ia
masuk ke dalam air kancing.
Untuk kes penyakit kencing manis,
bawang putih mengandungi galian-galian yang tertentu yang terbukti
bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium,
529 mg bagi setiap 100 gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing
manis mempunyai asid yang berlebihan (asidosis) dan asidosis ini akan
bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku keadaan
tidak sedarkan diri atau koma pada pesakit.
Selain kalium, bawang
putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini
beruapaya dalam merawat penyakit kencing manis.
Bawang putih dan artritis
Artritis atau rheumatisme ialah
sejenis penyakit yang berkaitan dengan degenarasi tisu sendi akibat
kekurangan kalium, vitamin D, iodin dan kekurangan vitamin B.
Bawang
putih yang mengandungi bahan kuat yang mungkin memberikan kesan
terhadap setiap jenis artritis. Sebatian sulfur yang memberikan bau
kepada bawang putih adalah aktif terhadap bakteria dan dengan itu ia
akan melawan setiap jangkitan.
Bawang putih juga sangat kaya
dengan natrium iaitu galian yang sangat diperlukan untuk pengecutan
setiap otot di dalam badan dan apabila badan kekurangan natrium akan
menyebabkan kelumpuhan dan sembelit. Natrium jika digabungkan dengan
zink, mangan dan vitamin B-1 adalah penting untuk saraf, kesihatan otot
dan metabolisme karbohidrat dalam badan. Kekejangan otot dan kesakitan
adalah simpton artritis rheumatoid, fibrositis dan gout (penyakit
metabolik).
Oleh itu, untuk tujuan merawat artritis, memakan
bawang putih adalah salah satu cara. Ia penting kerana artritis adalah
salah satu penyakit yang sangat merbahaya.
Carian Dalam Blog
|
|
Post Popular Hari Ini
Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir
Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Salam Sejahtera Admin hari ini ingin berkongsi tentang seorang kenalan yang mengalami masalah jerawat.Pelbagai produk pencuci muka dari ...
-
Sering gatal di celah kelangkang ? Jangan digaru! Ketahui cara untuk mencegah serta merawat gatal celah kelangkang. Kegatalan merupakan s...
-
Betik sangat berkhasiat jika dimakan. Betik yang sudah masak mengandungi 85% lembapan, 14% karbohidrat, 7.7% gula, 19, 6 dan 61 miligram p...
-
Dunia seni hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian seorang lagi penyanyi "Cinta Melankolia" yang popular sekitar tahun 80...
-
Daun Rerama yang kini semakin popular dipercayai mempunyai khasiat tersendiri untuk merawat penyakit KANSER atau BARAH serta sakit-sakit ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca
Penafian
Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.
Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.
No comments:
Post a Comment