Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kisahnya berlaku awal tahun ini dan admin sebelum ini pakai Nokia N8 namun tidak kekal lama sebab N8 mengalami kerosakkan dan tidak boleh dibaiki.Satu yang mengecewakan yang admin tersalah langkah dalam membaiki handphone ini iaitu tidak pergi ke Nokia Service Centre sebaliknya ke kedai biasa walaupun pun masih ada warranty beberapa bulan lagi.Menyesal tak sudah bagaikan hujan turun tidak berhenti sebulan.
Namun hidup kena teruskan jua.Dengan budget yang ketat iaitu RM 750 ke bawah dalam mencari handphone baru yang persis N8 masih tidak dijumpai. Nak beli Nokia 808 tak sanggup dengan harga dan dengan saiz bulky.Mungkin android phone dengan xenon flash menjadi pilihan.Cari punya cari...alahai tak ada rupanya android phone dengan xenon flash.Waktu handphone yang menjadi pilihan Nokia 620 dan Alcatel 997D kerana baru dilancarkan di pasaran. Dari pengguna fanatik OS Symbian terpaksa beralih arah dengan Window8 ataupun OS android.
Lepas itu admin terjebak satu website dari China yang membuat review tentang huawei G600.Yang admin teruja iaitu double LED flash yang mampu memberi cahaya dalam situasi gelap walaupun tidak setanding dnegan xenon.Akhirnya admin terpengaruh dan memilih Huawei G600 sebagai pengganti Nokia N8 dan menolak Nokia 620 atas alasan Window 8 tidak cukup games dan banyak komen negatif pengguna nokia Window 8 pada model model yang lepas manakala Alcatel 997D dengan alasan harga mahal sikit dari Huawei G600 tetapi kekurangan dari saiz skrin lebih kecil 4.3 in dan kualiti skrin hanya TFT dan tiada Scratch Resistant Corning Gorilla Glass.
Alcatel 997D |
Nokia 620 |
Carian dibuat dan dapat berurusan dengan seller carigold.com yang Huawei G600 dengan harga RM 680 dari harga sebenar RM 799.00.Admin pilih waran putih sebab rupanya seakan Samsung S11 tetapi dapat warna hitam warna putih tiada stok.Tapi malangnya Huawei G600 versi Malaysia hanya single LED dan tiada NFC.Sadis betul Huawei Malaysia....:(
1. Processor Dual-Core 1.2 GHz
2. Midland warranty
3. Ram Memory 768 MB
4. 8MP HD camera with BSI Technology for better Night Pictures.
5. Memory Extended MicroSD upto 32 GB
6. 4.5-inches IPS LCD touchscreen (4.5″ qHD vivid colour)
7. OS Android Ice Cream Sandwich
8. Dolby DTS 5.1 Theater Like Experience
9. Li-Po 1930 mAh battery
Setelah guna Huawei G600 apa komen admin?
1. Saiz skrinnya besar. Sebelum ini N8 saiz skrin kecil ja 3.5in dan bila dapat yang besar memang puas la bila surfing.Lepas ini kalau nak cari yang baru pun skrin hadnphone mesti 4.5 in kalau tidak rasa janggal nanti.Kiranya saiz 4.5 in sudah cukup cantik.Tidak perlu saiz skrin macam Samsung Note.
2. Kamera G600 boleh dikatakan baik.Kalau ambil gambar waktu siang,kualiti gambar memang tidak boleh dipertikaikan. Tetapi bila ambil gambar waktu malam agak kurang sedikit sebab flash dia LED.gambar yang terhasil warna seakan kuning sikit.Tapi admin masih berharap android yang ada xenon flash yang harga berpatutan akan muncul.
3. Sound speaker. Sedap dan jelas bagi telinga admin la.Dengan teknologi DTS dan kekuatan 2 speaker.Memang kuat bunyi yang dihasilkan.
4. Sufing internetnya lancar tanpa sebarang masalah.Cukup memuaskan bila guna WIFI.
Kesimpulannya, memang ianya satu gadjet yang tidak menghampakan admin walaupun admin telah cukup berisiko memilih jenama yang bukan popular dari segi pengeluaran handphone umpama admin melawan arus. Tetapi setakat ini admin puas hati dari segi aspek kualiti gambar kamera mmg cantik.Tapi dari segi gambar waktu malam masih sama seperti handphone jenama yang lain yang menggunakan LED sebagai sumber cahayanya.Cuma di sini kalau anda ingin membeli Huawei Ascend G510,admin cadangkan beli sahaja Huawei Ascend G600 kerana keraaa RAM lebih iaitu 768 MB.Ini penting untuk penggunaan aplikasi dan juga bermain games.
No comments:
Post a Comment