Tahukah anda untuk budget RM 500, pengguna di Malaysia biasanya budget ini biasanya akan dapat smartphone jenis low budget smartphone dengan dual-core processor dan skrin berkualiti rendah bagi jenama smartphone yang popular di Malaysia.
Namun kehadiran company dari china seperti Lenovo, Huawei telah memeriahkan lagi persaingan handphone di Malaysia dan telah mengubah monopoli jenama ternama dari segi penjualan handphone di pasaran. Dengan budget bawah RM 500 kini anda mampu mendapat smartphone berkualiti dengan ciri specfikasi yang lebih baik yang ditawarkan oleh pesaing mereka.
Pengguna smartphone hari ini tidak lagi terikat dengan stigma " inginkan handphone berkualiti pastikan jenama bla bla bla bla... bukan dari China brand". Apa yang mengujakan Admin sekarang ini ialah satu company dari China iaitu Xiaomi telah memperluaskan pasaran smartphone mereka ke Asian dan bakal melancarkan produk terbaru iaitu Xiaomi Redmi. Xiaomi Redmi merupakan rebranding smartphone yang sebelum ini dikenali Hongmi bagi pasaran di China pada tahun 2013.
Satu lagi smartphone mid range phone tetapi dengan harga low end phone yang bakal membuat pesaing mereka menjadi lebih tertekan disebabkan faktor harga luar biasa murah.Sebelum ini Moto G dikenali dengan Raja Mid range phone dengan specfikasi yang sederhana dan harga mampu milik iaitu RM 698. Admin sebenarnya gembira melihat keadaan ini kerana persaingan sebegini akan menguntungkan pengguna kelak supaya pengguna boleh memilih smartphone yang berkualiti tetapi harga murah.Itu yang penting sebenarnya.
Ciri-ciri Xiaomi Redmi adalah seperti berikut :-
4.7″ HD (1280 x 720) IPS display, 312ppi
Corning Gorilla Glass 2
1.5GHz MediaTE MT6589T Quad-core CPU
PowerVR SGX544 GPU
1GB RAM
4GB internal storage
up to 32GB via microSD
8MP ƒ/2.2 aperture rear camera with LED flash
28mm wide angle, zero shutter lag, 1080p video recording
1.3MP front camera
dual-SIM, dual-standby
WCDMA/GSM
WiFi
Bluetooth 3.0 HS
GPS + AGPS
USB OTG
MIUI V5 ROM
2,000mAh lithium-ion battery
137 x 69 x 9.9mm
158g
Xiaomi Redmi,
akan dilancarkan secara rasmi di Singapore dengan harga SG 169.00 tanpa
kontrak. Kalau ditukar mata wang dalam Ringgit Malaysia berjumlah RM
442.29. Tarikh Xiaomi Redmi memasuki pasaran Malaysia adalah belum diketahui lagi. Bagi sesiapa yang berhajat hendak tukar handphone baru,tangguhkan dulu hajat anda.Tunggu Xiaomi Redmi memsuki Malaysia dan barulah buat pemilihan...yang pasti admin sudah tertarik dengan spec yang cukup mengancam.Nampak gaya Lenovo s920 dan Huawei G700 yang menjadi pilihan utama admin sebelum ini untuk bertukar handphone bakal jadi sejarah.Kita tunggu dan lihat.
is this brand safe??? read this:
ReplyDeletehttp://blog.gsmarena.com/xiaomi-secretly-sending-info-chinese-servers/#more-71063