Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Tidak sempat carum PERKESO selepas maut di tempat kerja layak dapat faedah Orang Tanggungan

KUCHING, 11 Feb (Bernama) -- Keluarga mendiang Benedick Guan Anak Christopher terharu apabila mereka layak menerima Faedah Orang Tanggungan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) walaupun anak mereka belum membayar caruman selepas maut di tempat kerja pada hari ke-12 dia bertugas.

Pengurus Perkeso Negeri Sarawak John Riba Marin berkata dalam kes berkenaan walaupun mendiang dan majikan mendiang belum membayar carumannya tetapi disebabkan mendiang pekerja sah di syarikat itu, dia layak dilindungi dengan syarat majikannya mempunyai bukti menggajinya dan melaporkan kemalangan itu.

Katanya Benedick bekerja sebagai pekerja am di syarikat swasta itu bermula 10 Jan dan pada 21 Jan lepas dia meninggal dunia selepas kepalanya tersepit di pintu lif yang dikhaskan untuk memunggah barang di tempat kerjanya.

"Walaupun menurut rekod mendiang hanya bekerja 12 hari dan belum membuat potongan caruman Perkeso namun mendiang layak dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerja Perkeso," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Bapa mendiang, Christopher A/L Mariana Suda dan ibunya Golin Anak Meres bersama tiga adiknya berusia 16, 15, dan 13 tahun layak menerima pencen bulanan Faedah Orang Tanggungan RM300 sebulan dan mereka turut menerima RM1,500 daripada Perkeso untuk Faedah Pengurusan Pengebumian pada 7 Feb lepas.

Menurut Riba, Perkeso menyediakan pelbagai skim bagi melindungi pekerja yang ditimpa kemalangan dan bencana.

"Pada masa ini terdapat 1.05 juta pekerja yang dilindungi Skim Insurans Bencana Pekerjaan di Sarawak.

"Semua majikan yang mempunyai pekerja yang layak mencarum diwajibkan untuk mendaftar dan melindungi pekerja mereka di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan," katanya.

Katanya caruman untuk Skim Insuran Bencana Pekerjaan dibuat oleh majikan sahaja pada kadar 1.25 peratus gaji bulanan tertakluk pada gaji maksimum RM3,000.

Beliau berkata majikan yang gagal mencarum boleh didakwa di mahkamah dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca