Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

MH370 hilang menjadi misteri,timbul MH370 menambahkan misteri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin ingin berkongsi pandangan tentang kejadian kehilangan MH370 yang kini memasuki hari ke 3-4 dan tiada sebarang tanda-tanda di mana kelibat kapal terbang itu berada. Admin sempat menonton klip video di Youtube iaitu satu temubual  oleh TV3 bersama Kapten Ahmad Nurudin Abd Majid berhubung kehilangan pesawat MH370.

Difahamkan Kapt. Ahmad Nurudin adalah antara juruterbang  yang membawa masuk pesawat Boeing 777-200 balik ke Malaysia dan mempunyai pengalaman yang banyak dalam mengendalikan pesawat tersebut.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila ditanya apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat MH370, jawapannya tegas iaitu hilang. Beliau turut menolak teori pesawat tersebut dirampas oleh 2 orang individu yang dikatakan  memiliki pasport palsu.

Sebagai orang islam, katanya kita perlu percaya dengan kehendak Pencipta alam ini dan kita juga kena terima apa yang telah ditentukanNya. Mungkin sukar bagi sebuah pesawat yang besar boleh hilang tanpa meninggalkan sebarang jejak atau petunjuk, tetapi itulah hakikat yang harus ditelan.
Ketika ditanya andai betul pesawat tersebut hilang, bagaimana kita boleh dapatkannya kembali? Jawabnya, kembali kepada Maha Pencipta, doa daripada orang-orang yang soleh yang dekat dengan Tuhan dan juga doa daripada ahli keluarga.


Mungkinkah apa yang berlaku ini adalah salah satu mesej ketuhanan daripada Allah kepada makhlukNya?
Jika difikirkan semula ada benarnya apa yang diperkatakannya itu. Andai sains moden masih gagal untuk mengesan di mana MH370 berada  kenapa tidak kita kembali kepada Tuhan Pencipta sains dan juga Pemilik seisi alam.

Admin dalam google carian maklumat terkini MH370,agak tertarik dengan satu post dalam blog yang memberi gambaran bahawa kapal terbang itu akan ditemui kelak.

http://militaryofmalaysia.net/2014/03/mh703-bersedia-untuk-menerima-ketakjuban/
Print skrin blog
Memandangkan terdapat exceed limit ke atas blog ini maka admin copy paste saja kandungan di sini untuk tatapan anda.

MH370 : BERSEDIA UNTUK MENERIMA KETAKJUBAN
1. Penat saya membuat pelbagai teori dan spekulasi dari pelbagai sudut ilmu, sejarah dan kes-kes berkaitan dengan penerbangan dan ketenteraan apabila apa yang saya terima benar-benar mencabar minda logikal saya.

2. Saya merupakan antara orang pertama yang membuat status bahawa pesawat tersebut sudah musnah akibat satu letupan yang saya syaki bom di muncung pesawat (saya update status saya di Facebook bahawa pesawat sudah berada di dalam lautan/musnah bertentangan dengan idea majoriti orang lain yang percaya pesawat sedang ditawan)

3. Saya juga antara orang pertama dari segelintir orang yang melihat bahawa pesawat sudah pun berada di dalam lautan.

4. Saya antara orang yang menolak pendapat bahawa pesawat sudah dirampas dan kononnya di bawa ke lokasi rahsia, saya juga menolak teori kemungkinan juruterbang telah membuat satu tindakan yang membahayakan orang.

5. Yang saya tidak tolak ialah pesawat mungkin dibom dari dalam dan saya juga tidak mengambil ringan hipotesis kemungkinan pesawat sebenarnya ditembak oleh peluru berpandu dari udara ke bumi kerana kemampuan seperti itu dimiliki oleh Vietnam melalui S300 buatan Russia.

6. Senjata misil jarak jauh seperti ini sehingga boleh memintas peluru berpandu balistik juga dimiliki oleh kapal-kapal perang Amerika Syarikat (AS).

7. Semua itu rupa-rupanya tidak ada kaitan langsung.

HILANG MENJADI MISTERI, TIMBUL MENAMBAHKAN MISTERI

8. Akhirnya dengan peluang yang ada, saya dilaporkan bahawa kapal terbang malang tersebut berada di dalam lautan yang gelap, lebih kurang 300 meter.

9. Pesawat berada di dalam keadaan baik, 100 peratus atau 90 peratus dalam bentuk asal tanpa kecacatan yang ketara.

10.Semua penumpang berada di dalam pesawat, terikat di tempat duduk masing-masing dan berada dalam keadaan yang baik walaupun sudah berhari-hari di dalam laut.

KEJADIAN TIMBUL

11.Pesawat akan timbul menurut kiraan saya di antara Jumaat/malam Sabtu atau hari Ahad ini, genap tujuh atau lapan hari ia hilang.

12.Ia akan timbul dalam perairan di sebelah Vietnam

13.Timbulnya akan mengkagumkan dunia…sebuah pesawat besar yang berada di tengah lautan.

14.Pihak berkuasa boleh mengambil barang-barang dan tubuh-tubuh mangsa yang saya rasa berada dalam keadaan yang masih elok.

15.Timbulnya pesawat ini akan menimbulkan persepsi baru dan keajaiban dalam sejarah penerbangan atau perubahan pada sikap manusia itu sendiri.

16.Tentang wujudnya dimensi yang kita boleh sifatkan tanda-tanda kekuasaan Allah.

17.Saya juga menjadi orang pertama yang mengumumkan berita ini “pelik tapi benar”, tak payah tuduh kerajaan atau TUDM, TLDM, ATM, LLN, TNB tahu kisah ini kerana semua orang hatta teknologi tercanggih milih kuasa besar pun pening…

NOTA PENULIS : SAYA TIDAK PAKSA ANDA PERCAYA, TUNGGU AJELAH, TAK LAMA PUN, TINGGAL 3-4 HARI SAHAJA LAGI/KALAU TIDAK BETUL, ANGGAP JELAH SEBAGAI ANGIN LALU

Sumber Asal

1 comment:

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca