Kali ini saya kongsikan pengetahuan saya tentang penseteman dokumen.Dokumentasi surat perjanjian ialah untuk
mengemukakan dan membuktikan apa yang telah dipersetujui. Jadi, mengapa
perlu setem hasil?
Keperluan penseteman wujud dibawah Akta Setem 1949. Dibawah Akta ini, penseteman dokumen dilakukan bagi tujuan:
“bagi membolehkan dokumen-dokumen
berkenaan diterima sebagai keterangan di mahkamah, terutama semasa
dikemukakan sebagai keterangan dalam tindakan sivil (terutama menuntut
gantirugi) diantara pihak-pihak. Ini penting kerana menurut peruntukan
seksyen 52 Akta Setem 1949, suratcara yang tidak disetemkan sewajarnya
tidak boleh diterima sebagai keterangan (kecuali didalam kes-kes
jenayah, atau apabila suratcara atau dokumen berkenaan disetemkan
kemudiannya setelah membayar penalti).”
Ringkasnya,
jika berlaku masalah pertikaian dan tuntutan ganti rugi surat
perjanjian yang ada setem hasil akan digunapakai dalam undang-undang.
Sebaliknya, surat perjanjian yang tiada hasil setem tidak diterima.
Selepas anda selesai mengisikan form tersebut bolehlah di bawa ke mana-mana pejabat lembaga hasil dalam negeri (lhdn) untuk dimatikan setem supaya perjanjian ni menjadi sah (legal). Atau sekiranya anda telah mengetahui nilai duti setem anda, hanya perlu beli setem hasil dari mana-mana pejabat pos dan kemudian pergi ke mana-mana pesuruhjaya sumpah untuk matikan setem tersebut.
Sedikit rujukan untuk anda mengira jumlah duti setem:
Harga duti setem = (sewa setahun - RM2,400)/250 x a
A = 1 (jika 1 tahun perjanjian)
A = 2 (jika 2-3 tahun perjanjian)
A = 3 (jika > 3 tahun perjanjian)
Contoh Pengiraan duti setem :
Sedikit rujukan untuk anda mengira jumlah duti setem:
Harga duti setem = (sewa setahun - RM2,400)/250 x a
A = 1 (jika 1 tahun perjanjian)
A = 2 (jika 2-3 tahun perjanjian)
A = 3 (jika > 3 tahun perjanjian)
Contoh Pengiraan duti setem :
Sewa bulanan RM450 untuk 2 tahun
Jadi, RM 450 x setahun(12 bulan) = RM5400
Harga duti setem = [(RM5400 - RM2400)/250] x 2(jika 2-3 tahun perjanjian) = RM24
No comments:
Post a Comment