Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

ETS Platinum tiada lagi sediakan snack rail untuk penumpang ?

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ni admin balik Alor Setar naik ETS kerana tak larat bawa kereta selama 3 jam setengah untuk sampai Alor Setar.So ETS menjadi pilihan hati. Bila admin semak kekosongan yang ada,hanya ETS Platinum yang tinggal hanya 2 seat sahaja.
Admin terpaksa ambil kerana tiada pilihan dah walaupun harga mahal  dari ETS Gold beza dalam RM 10.00. So bila dah beli tiket ETS Platinum dalam fikiran akan dapat free snack, jadi tak perlu beli dah kat kafeteria.  


Bila staff KTM datang semak tiket ingat akan bagi free snack selepas itu.Tunggu punya tunggu masa berlalu pergi.Nak tanya malu sebab duduk Coach C dekat dengan kafeteria.Akhirnya sampai ke destinasi,free snack menjadi sejarah.Pelik kenapa tiada free snack? ada sesiapa boleh bagi penjelasan?

Muka macam sedih tak dapat snack rail.hahahaha


Kalau anda nak tahu ETS ada beberapa kelas yang harga tiketnya berbeza-beza iaitu kelas Silver , Gold dan Platinum . ETS Silver tiada untuk perjalanan ke padang besar. Tapi kalau korang nak baca lebih lanjut mengenai ETS, bolehlah lawat website rasmi KTMB.

Admin pernah merasai kedua-dua kelas
Gold dan Platinum ini. Bagi admin, kedua-dua jenis kelas perjalanan ini tidak mempunyai banyak beza. Takdenye kelas Platinum kau dapat layanan or coach istimewa macam kalau naik flight yang first class/business class dengan tiket ekonomi yang selalu kita beli tu. Sebab apaadmin cakap tiada beza? Sebab masih menggunakan train/koc yang sama dan laluan yang sama.So apa beza kalau macam tu?

Apa Beza ETS Gold Class vs ETS Platinum Class


Harga Tiket

# ETS Gold  (Kuala Kangsar - Alor Setar) -  RM 34 (ticket biasa)
# ETS Platinum (
Kuala Kangsar - Alor Setar) - RM 44 (tiket biasa)

Jumlah Hentian


# ETS Gold - banyak hentian
# ETS Platinum -kurang hentian



Snack

# ETS Gold - Tiada
# ETS Platinum - Ada


*  Trips ETS Platinum Class 14.12.2018  (Kuala Kangsar - Alor Setar) admin tak dapat free snack sama ada staf ETS lupa nak bagi atau sebaliknya.

Kesimpulannya, admin sangat menyukai perkhidmatan ETS. Seat selesa, air-cond best,ada bilik solat dan bilik air tapi kalaulah pihak KTM bagi harga tiket murah sikit terutama pakej family ke(4 org ke atas) pasti akan dapat sambutan.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca