Permohonan Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari
depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari
ini.
Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu
mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk
alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
"Bagi pemohon
baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual
dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh
tersebut," kata kenyataan itu.
Borang permohonan BR1M 2014 boleh
didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan
Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.
Pembayaran
akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka
memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu
bujang.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi
talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Dis ini, dari Isnin
hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.
Ketika pembentangan
Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pemberian
BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan
dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang
berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000
sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.
Selain itu, caruman
Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50
akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi
perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya
berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Warga emas berusia 60
tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan
jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650. - Bernama, 17 Disember,
2013.
Carian Dalam Blog
|
|
Post Popular Hari Ini
Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir
Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Salam Sejahtera Admin hari ini ingin berkongsi tentang seorang kenalan yang mengalami masalah jerawat.Pelbagai produk pencuci muka dari ...
-
Sering gatal di celah kelangkang ? Jangan digaru! Ketahui cara untuk mencegah serta merawat gatal celah kelangkang. Kegatalan merupakan s...
-
Betik sangat berkhasiat jika dimakan. Betik yang sudah masak mengandungi 85% lembapan, 14% karbohidrat, 7.7% gula, 19, 6 dan 61 miligram p...
-
Dunia seni hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian seorang lagi penyanyi "Cinta Melankolia" yang popular sekitar tahun 80...
-
Daun Rerama yang kini semakin popular dipercayai mempunyai khasiat tersendiri untuk merawat penyakit KANSER atau BARAH serta sakit-sakit ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca
Penafian
Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.
Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.
No comments:
Post a Comment