Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Bacaan bil air 2 bulan sekali merugikan pengguna ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kenapa admin timbulkan isu ini dalam post kali ini.Mungkin disebabkan tidak tahan dengan bahang kenaikan harga bermacam-macam  benda yang diumumkan oleh kerajaan menyebabkan admin menjadi lebih teliti terhadap bil-bil utiliti. .Jadi dari bil air terbaru ini, admin dapat mengesan sesuatu.....yang pelik..yang janggal dan agak mengelirukan...Admin  rasa tidak puas hati terhadap cara LAP yang cuba mengaut keuntungan secara tidak bermoral daripada pengguna.

Sebelum ini admin memang tidak pernah ambil pusing tentang bil air disebabkan tanggapan admin bahawa bil air adalah yang termurah di antara bil-bil yang ada seperti bil TNB ,bil ASTRO, bil telefon dan bil internet. Sampai bil air sahaja terus admin bayar kat pejabat POS atau kaunter LAP. Setakat ini admin benar-benar  tidak tahu sejak bila LAP menggunakan taktik bacaan 2 bulan sekali.terhadap bil air pengguna Rasanya sudah lama agaknya LAP menggunakan cara bacaan 2 bulan  sekali ni.

BAGAIMANA LAP "TERAMBIL" WANG ANDA SECARA ANDA TIDAK SEDARI ?

Contoh bil air

 Persoalan yang bermain-main di kotak fikiran admin adalah kenapa LAP membuat semakan bil air 2 bulan sekali dan kenapa tidak lagi setiap bulan ? Kenapa? Kenapa? LAP Tidak cukup kakitangankah ? Kesian dekat staf setiap bulan kena baca meter air ke rumahkah ?


Berdasarkan bil di  atas mari kita tengok sama ada dakwaan admin adalah benar atau sebaliknya  : 

Tarikh bacaan bil air dari 4/10/2013 hingga 5/12/2013 = 2 bulan

Jumlah  air yang telah digunakan selama 2 bulan  adalah 55 m3.

Jadi jumlah yang admin kena bayar adalah seperti berikut :-

20 m3  x 0.30 sen = RM 6.00
20 m3  x 0.70 sen = RM 14.00
15 m3  x 1.03 sen = RM 15.45

Jumlah perlu dibayar : RM 35.47  (Jumlah admin kena bayar bagi 2 bulan bil air)



SEPATUTNYA BIL AIR ADMIN KENA BAYAR BERAPA ?

Satu soalan yang baik.Sepatutnya bil air admin patut lebih rendah daripada itu.

Purata jumlah bacaan meter air selama 2 hulan bagi rumah admin adalah 55 m3.

Untuk dapatkan bacaan sebulan penggunaan air kenalah dibahagi dua betul tak? Jadi  jumlah bacaan meter air  adalah dalam lingkungan 28 m3 pada setiap bulan.


Jadi jumlah yang admin sepatutnya kena bayar pada LAP adalah seperti berikut :-

20 m3  x 0.30 sen = RM 6.00
08 m3  x 0.70 sen = RM 5.60
00 m3  x 1.03 sen =

Jumlah perlu dibayar pada setiap bulan  : RM 11.60

Jadi apabila dikumpulkan menjadi 2 bulan sepatutnya pengiraan  RM 11.60 x 2 bulan = RM 23.20

Nampak tidak perbezaan ?


RM 35.47   -  RM 23.20 =  RM 12.27


Kesimpulan.

Andaian jumlah RM 12.27 inilah  merupakan duit  admin terlebih bayar yang masuk ke kantung LAP tanpa disedari.


Bayangkan berapa lebihan duit admin masuk ke kantung LAP dengan jumlah penggunaan air yang sama selama setahun RM 12.27 x 6RM 73.62

Nampak macam sedikit saja kan ? Tetapi anda perlu faham ini adalah contoh penggunaan air rumah admin.

Bagaimana pula dengan bil air rumah anda? Adakah sama macam admin atau sekali ganda dari jumlah bil admin?

Apa !!! Ketentuan Tuhan.....agak-agak la kalau nak cakap macam tuh...

Apa yang perlu dilakukan sekarang ini anda jadi admin ? 

Biarkan sahaja ? Buat bantahan ? Redha saja dan halalkan duit itu ? Bil air masih rendah dari negara jiran !!

Sila tinggalkan komen di bawah  kita bertukar-tukar pandangan ?


===========MAKLUMAT UPDATE TERBARU (20/6/2014) ============

Merujuk kepada maklumbalas pembaca Anoymous yang memberi respon kepada post admin ini sedikit sebanyak membuka mata dan minda bahwa post admin berkaitan bacaan bil air adalah sesuatu yang khilaf.Ianya bukan daripada khilaf LAP tetapi khilaf admin sendiri yang tidak merujuk kepada pihak berkaitan untuk mengetahui hal yang sebenar. Admin akui membuat post di atas bersandarkan bil air semata-mata dengan fikiran rasional ketika itu.Admin memohon maaf di atas perkara ini.

Admin berterima kasih dapat pencerahan tentang bacaaan bil air ini dan mengapa bacaan bil air ini tidak pernah mendapat rungutan dari orang ramai sejak sekian lama kecuali admin.Memandangkan admin telah membuat post yang mengelirukan dan bersifat tidak benar maka adalah menjadi tanggungjawab admin untuk memperbetulkan maklumat itu.

Okay merujuk kepada bacan bil air yang dibaca oleh pihak LAP adalah benar dan tiada unsur penipuan.Pengiraannya adalah betul mengikut kadar yang ditetapkan.

Merujuk keapda website LAP - Gambar di bawah adalah cara pengiraan bil air bulanan pengguna (kurungan merah) iaitu kiraan bagi sebulan.

 
Jadi apabila LAP membuat bacaan 2 bulan sekali maka kadar akan didarab 2.Maka akan terjadilah pengiraan bil seperti di bawah.



Maka selesai sudah kekeliruan tentang bacaan bil air 2 bulan sekali.Sebenarnya tiada siapa yang rugi atau untung dalam hal ini. Adalah diharapkan dengan pencerahan admin ini sekaligus memperbetulkan fakta yang salah dikemukakan oleh admin terdahulu.Dalam kehidupan yang semakin meningkat dan kos sara hidup yang makin menekan masyarakat adakalanya kita cepat membuat penilaian berdasarkan apa di depan mata tanpa membuat penilaian yang menyeluruh hingga menyebabkan kadangkala maklumat menjadi khilaf.

Kesimpulannya, adalah diharapkan pembaca berpuas hati dengan poenjelasan admin.Yang mana yang salah kita perbetulkan.Dengan penuh rasa bangga admin menyatakan "bayarlah bil air  anda tanpa rasa was-was.

Sekian terima kasih.

8 comments:

  1. Anonymous5:09 PM

    Baru perasan la..ada betulnya ni...sebelum nie tak tengok pun kiraan..just tengok jumlah bil je....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous5:13 PM

      tipah tertipu rupanyer selama ini.....patut la bonus setahun dpt lebih pd org ......

      Delete
    2. Hehehehe.. no komen.

      Delete
  2. Anonymous6:49 PM

    Dah lama dah, baru sedor ke... kesian kat kawan2...depa dapat bonus berbulan-bulan 2 duit kite ler hehe...

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:06 PM

    Doa banyak2.......“Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah”

    ReplyDelete
  4. Anonymous8:21 PM

    sya pun nk try kira yg umh plak..ada logik btui gak ni..hmmm

    ReplyDelete
  5. Anonymous5:59 AM

    Apa !!! Ketentuan Tuhan.....agak-agak la kalau nak cakap macam tuh...

    Apa yang perlu dilakukan sekarang ini anda jadi admin ?

    Biarkan sahaja ? Buat bantahan ? Redha saja dan halalkan duit itu ? Bil air masih rendah dari negara jiran !!

    kesian...siapa yang komen di atas bagi perkara yang tidak benar...jangan percaya pada admin yang jahil...lagak macam pandai tapi saya kesian sanggup memfitnah sedangkan apa yang di terangkan oleh admin adalah penipuan dan fitnah semata...
    jika yang memberi komen inginkan cara sebenar mengira adalah lebih baik telefon LAP...saya ingin berkongsi sedikit bersama admin yang ingin menjadi hero tetapi rupa2nya jatuh memfitnah LAP...

    jika penggunaan 2 bulan ialah 55m3 maka:
    20m3 x 0.30 = 6
    20m3 x 0.70 = 14
    15m3 x 1.03 = 15.45
    =RM35.45

    jika penggunaan 1 bulan dengan andai 27.5m3 maka:
    10m3 x 0.30 = 3
    10m3 x 0.70 = 7
    7.5m3 x 1.03 =7.73
    =RM17.73

    mana yang LAP menipunya....admin sampaikanlah perkara yang benar...jangan menyebarkan perkara yang tentu kesahihannya lagi...lbh baik bertanya kepada LAP terus dari menjadi orang yang jahil selama2nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas pencerahan isu di atas.Setelah buat rujukan didapati maklumat admin adalah tidak betul.Tiada niat untuk jadi hero dlm hal dan memburukkan LAP dalam hal ini kerana tidak tahu pengiraan sebenar skadar menconggak pengiraan bil semata mata.Maklumat akan post di atas akan diperbetulkan.Admin mohon maaf di atas kesilapan yg tak disengajakan.sekian terima kasih.

      Delete

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca