Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Cara Claim Insurans Etiqa Takaful Bagi Cermin Hadapan Kereta Wira Yang Retak

Gambar hiasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lama sudah admin tak posting dalam blog. Kali ini admin ingin berkongsi pengalaman buat tuntutan cermin kereta baru dengan syarikat insurans. Bagi yang pernah buat insuran sendiri bagi kenderaan persendirian, mungkin anda tahu bahawa cermin hadapan kereta kita boleh dilindungi oleh insurans kereta yang kita sertai tanpa menjejaskan NCD anda.


Syarikat insurans admin adalah Etiqa Takaful dan kerete admin mempunyai perlindungan tambahan bagi cermin hadapan kereta.Bagi perlindungan tambahan bagi cermin hadapan kereta, admin telah membayar RM 70 setahun bagi nilai perlindungan RM 450  untuk cermin kereta admin.

Baru-baru ini pada 12 September 2017 admin telah ke Ipoh untuk menukar cermin hadapan kereta admin telah lama retak.Tak perasan bagaimana punca keretakan berlaku. Dalam kepala memang dah memikirkan berapakan harga cermin hadapan kereta jika nak tukar yang baru. 



Apa yang diperlukan untuk claim insuran atau takaful sekiranya cermin hadapan kenderaan retak atau pecah?
 

  • Cover Note Insuran atau Takaful
  • Salinan Geran Kereta
  • Salinan IC

Sediakan 3 dokumen di atas, anda bolehlah pergi ke panel bengkel cermin kereta  bagi jenis insurans anda. Kebiasaaanya antara kedai-kedai cermin kereta yang popular adalah Dr Cermin dan lain-lain bergantung kepada jenis syarikat insuran atau takaful yang anda ambil. 





Dalam situasi admin, harga cermin bagi kereta proton wira original admin adalah RM 500 tetapi perlindungan yang pihak Etiqa Takaful diberikan hanyalah sehingga RM450 sahaja. Jadi admin perlu tambah RM50 secara tunai kepada bengkel cermin tersebut.Panel bengkel cermin yang admin pilih adalah Eng Full windscreen Specialist di Ipoh. Tokey bengkel cukup peramah dan layanan memang memuaskan.

Pemasangan cermin siap dalam masa lebih kurang 2 jam. Waranti bagi pemasangan cermin ini biasanya dalam beberapa bulan sahaja (kurang dari 6 bulan) dan sekiranya terdapat sebarang kebocoran anda perlu bawa kereta anda ke kedai semula untuk diperbaiki.



Pihak bengkel akan buat lingkaran keretakan untuk tujuan bukti rekod bergambar untuk tuntutan insurans.



Proses menanggal cermin yang retak untuk digantikan yang cermin yang baru.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca