Skip to main content

Selamat Hari Kemerdekaan ke 57 / 2014 Kerna Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini bertarikh 31 Ogos 2014 adalah Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia ke 57. Kepada seluruh warganegara Malaysia; ucapan dari admin kepada anda semua  "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke 57.Semoga negara Malaysia kekal aman, damai, harmoni dan maju serta dijauhkan dari segala bencana dan malapetaka. Semoga juga Allah SWT sentiasa melindungi dan memberi rahmat dan berkat buat kita semua di bumi Malaysia yang bertuah ini..Tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 pada tahun 2014-
 "Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta"




Lirik Lagu Tema Hari Kemerdekaan Ke 57 Tahun 2014

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi
Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya
Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu
Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya

PS : Tema sambutan tersebut yang dipetik daripada lirik lagu ‘Warisan’ yang dipopularkan oleh penyanyi Allahyarham Sudirman Arshad.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Game : Ketagih bermain game Clash of Clan @ Kedah Sempoi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sejak memakai smartphone android banyak permainan yang admin sudah main dan salah satu daripadanya adalah Candy Crush . Awal permainan memang best tetapi sejak asyik sangkut level menjadikan game cepat membosankan. Lepas itu admin beralih dengan game Button and Scissors iaitu satu permainan yang santai dan tak stress macam game candy crush. Tetapi lama ke lamaan ianya menjadi boring sebab asyik menggunting butang kain sahaja setiap level. Selepas itu admin beralih kepada game strategi online. Game yang menjadi tumpuan awal adalah Castle of clash dan menjadi fanatik pula pada game ini. Berjaya juga hasut adik bongsu main game ini.Tetapi tak lama kemudian admin jadi boring sebab salah satunya puncanya apabila mereka update grafik yang huduh terus hilang selera untuk bermain.  Dalam mencari games online yang sesuai admin tertengok video iklan game clash of clan seperti di atas. Terus tangkap lentuk untuk main games ini. Perm...

Plan Celcom X2 Dimansuhkan digantikan Celcom Xpax24 yang tidak berbaloi-baloi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada tahun 2011  Celcom telah memperkenalkan pelan panggilan baru untuk para pengguna Xpax, dimana melaluinya Celcom X2 menawarkan panggilan serendah 28 sen untuk setiap 10 minit.

Kegilaan terhadap Oat Choco dengan RM 5 sebungkus

Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari? Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung. Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik. Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung. Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat! Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar ...

Labels

Show more