Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Dalam Kenangan : Pelawak Maidin Ibrahim meninggal dunia 1938-2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Yang pasti kehidupan di dunia hanyalah sementara. Tahun 2014 menyaksikan negara kita kehilangan banyak anak-anak seni meninggal dunia. Pelawak veteran, Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia pada 13 Ogos 2014 yang lalu akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun, jam 2 petang. Allahyarham yang juga dikenali sebagai Pak Tam atau mesra dipanggil Mamu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak iaitu seorang lelaki dan empat perempuan berusia antara 32 hingga 45 tahun dan 13 orang cucu.Maidin yang dilahirkan di Pokok Keras, Bagan Lalang, Butterworth itu mula menceburi bidang seni sejak 1950 bersama kumpulan boria di kampung. Allahyarham pernah menggondol anugerah Aktor Pembantu Terbaik menerusi drama Pinang Durian pada Anugerah Skrin 2001. Selain berlakon drama, Allahyarham juga popular menerusi filem Anak Mami dan sitkom Salam Pantai Timur. Dalam dunia lakonan, Maidin banyak berlakon drama-drama komedi termasuklah filem antaranya Anak Mami The Movie, Nana Tanjung dan Mami Jarum Junior.

Pemergian Maidin Ibrahim ini merupakan suatu kehilangan besar bagi dunia hiburan lawak di Malaysia. Pasti pemergian beliau sangat dirasai oleh peminat-peminat yang sudah sekian lama mengenali beliau sejak muda hinggalah ke hari ini. Beliau merupakan seorang pelawak yang serba boleh yang mempunyai identiti yang tersendiri.

Admin masih terkenang saat lakonan beliau bersama teman lawaknya iaitu Pie yang sentiasa muncul dalam kaca tv pada suatu masa dahulu terutama lakonan filem Mami Jarum arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen pada tahun 2002. Tidak sedar cepatya masa berlalu walaupun filem Mami Jarum sudah berusia 12 tahun dan masih lagi ditayangkan sehingga kini di TV. Lakonannya cukup bersahaja dan mencuit hati dengan gaya dan loghat utaranya yang membuatkan penonton tidak kering gusi melihat telatahnya dalam filem.Namun kemunculan pelawak generasi baru telah turut sama menenggelamkan nama Mamak Maidin Ibrahim. Kini tidak akan ada lagi kelibat Mamak Maidin Ibrahim buat selamanya untuk beraksi menghiburkan peminat. Yang tinggal hanyalah kenangan dan memori kemeriahan lawaknya di suatu masa dahulu.

Maidin Ibrahim dalam filem Mami Jarum

Sekalung ucapan takziah buat semua ahli keluarga Allahyarham Maidin Ibrahim. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al- Fatihah

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca