Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Masalah Kredit Handphone Tiba-tiba Lesap Selepas terima SMS dari Nombor 39399,36333,39611,

Bagi sesiapa yang ada masalah macam ni, cuba siasat dulu. Hubungi customer service telco tersebut dan minta penjelasan. Kalau anda masih tidak berpuas hati, tanyalah pada mereka yang lebih tahu.Sesuatu yang menyakitkan hati apabila kredit handphone (Maxis, Celcom, Digi atau telco lain) tiba-tiba habis walaupun baru sahaja ditambah nilai.RM 10 Tentu kita marah kerana nilaiRM 10 cukup bernilai bagi rakyat marhain yang hidup dalam serba serbi mahal.

Itulah insiden yang terjadi kepada telefon isteri admin. Kredit yang pada awalnya baru topup ada sekitar RM10 tiba-tiba sahaja bertukar menjadi 7.50 sen setelah beberapa SMS dari nombor 5 digit yang tidak diundang masuk ke dalam handphone. Sedangkan SMS menyatakan  langgan sesuatu yang kita tidak langgani.

Maka setiap SMS yang diterima akan ditolak kredit. Dulu penyangak terhormat akan menghantar SMS langganan kepada kita dan suruh kita membalasnya dengan Taip ON ke XXXXX. Tetapi melihatkan trend macam ini tidak menjadi,maka puak penyangak ini mula menukar strategi memaksa kita terima langganan tanpa sebarang pengesahan langganan.Itu betul betul tindakan yang melampau dan menyalahi undang-undang.

So macam mana nak atasi semua ini.

Hasil carian di Google, admin menghubungi pihak Celcom Customer Service untuk meminta penjelasan lanjut mengenai masalah yang sedang isteri admin hadapi. Nasib baik call Celcom Centre dengan dail 1111 adalah percuma aje.

Operator Celcom: Boleh saya tahu saya cakap dengan siapa? Boleh saya bantu?

saya: [Memperkenalkan diri dan menceritakan masalah yang dihadapi]

Operator Celcom: Saya nak mengesahkan dahulu nombor yang encik pakai. Minta nombor IC dan alamat rumah.

saya: [Mengesahkan nombor telefon, nombor IC dan alamat rumah]

Seterusnya pihak Operator akan menerangkan langkah-langkah untuk menyekat kredit anda dsari lesap pada hari mendatang.Macamana kalau perkara ini masih berualng?

Jika masih lesap juga nampaknya walaupun SMS penamatan telah dibuat. Nampaknya anda perlu bekerja lebih usaha dengan melaporkan dan membuat aduan kepada pihak Portal Aduan CFM atau CFM kerena Celcom memang lepas tangan dalam hal ini walaupun Celcom mempunyai kuasa menyekat nombor berkenaan.


 Apa itu Portal Aduan CFM atau CFM?

Complaint Portal (CoP) adalah sistem pengurusan bagi aduan yang masih belum diselesaikan dengan objektif membantu pengguna melaporkan aduan yang masih belum diselesaikan mengenai perkhidmatan komunikasi & multimedia mereka. Portal ini membantu pengguna, pegawai CFM dan wakil pemberi perkhidmatan menyelesaikan aduan tersebut tanpa penglibatan pihak luar.

Ini adalah contoh aduan ke pihak CFM  berkaitan kredit handphone lesap secara tiba-tiba.Aduan ini telah dibuat pada 4.5.2014.




Skrin shot di bawah menunjukkan bahawa aduan telah berjaya di hantar kepada pihak CFM dan menanti tindakan dari pihak mereka pada waktu bekerja.Tetapi masih menunggu jawapan dari pihak CFM.

Kesimpulannya, tindakan syarikat berselindung di bawah nombor 5 digit sepatutnya menjadi perhatian SKMM kerana ianya melibatkan wang pengguna telefon.Adalah malng sekali syarikat tersebut meraih keuntungan ratusan ribu dengan sekelip mata dengan hanya menipu pengguna tanpa disedari.Lagi malang apabila pihak yang tidak bertanggungjawab ini memfokuskan kepada pihak orang yang berusia  seperti yang dialami oleh mertua admin yang akhirnya menukar nombor handphone yang baru kerana tidak tahan dengan kehilangan kredit.

1 comment:

  1. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=309305619238218&set=pcb.309305709238209&type=1&theater

    ReplyDelete

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca