Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Masalah Simbol Bateri Menyala Tanda Alternator Rosak / Kong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berkongsi pengalaman tentang masalah alternator kereta Wira admin yang telah menunjukkan tanda-tanda  nak rosak.Biasa tanda begini kita perlu sedia duit lebih untuk pembaikan. Pada mulanya tanda awal yang dapat admin kesan ialah bunyi kasar pada alternator itu sendiri.


Bunyinya agak kuat sehinggakan orang akan perasan tentang kelainan bunyi enjin kereta.Malu gak admin bila jadi macam tuh.Tak senang dibuatnya bila nak hidupkan enjin kereta.Orang yang duduk dekat-dekat situ akan pandang semacam jer. Jadi admin bawalah kereta  untuk pemeriksaan di bengkel kereta dan mekanik ada bagi tips untuk mengetahui tahap kerosakan alternator.

Terdapat  cara memeriksa alternator kereta sama ada berfungsi dengan baik atau sebaliknya?



1. Simbol bateri menyala semasa enjin tengah running  
Salah satu tanda yang kita boleh kesan masalah alternator iaitu melalui simbol bateri kat dashboard kereta. Jika ianya menyala semasa enjin tengah berjalan bermaksud,  eletrical device/component dalam kerete waktu ini sedang menggunakan kuasa dari bateri. Sebab apa guna power dari bateri? sebab alternator yang provide power ketika enjin tengah running dah kong, dah rosak dan tidak dapat supply power untuk kerete anda.Jika itu terjadi semasa pemanduan. Elakkn penggunaan aircond,radio dan lampu.  Sila segera ke bengkel berhampiran, sebelum engine kereta anda mati di tengah jalan. Kurang jelas?


" Apabila anda belum start enjin, kerete akan detect alternator tak jalan, so semua electrical device/component kereta anda sedang mengguna kuasa bateri.. sebab tu simbol bateri akan nyala. Tetapi apabila anda sudah start enjin, alternator sudah provide elekrik, jadi kerete anda punya electrical device/componet sudah tidak bergantung kepada kuasa bateri utk berfungsi, maka simbol bateri akan terpadam denagn sendirinya.Secara tidak langsung menunjukkan alternator anda berfngsi dengan baik."

2. Pertama hidupkan terlebih dahulu engine kereta terlebih dahulu.. selepas tu cabut (-) cable bateri. 
Kalau engine mati terus bermakna alternator anda sudah tahap teruk kerosakan.Jika alternator kejap-kejap ok kejap-kejap tak ok.. selepas cabut batei cable (-) dan engine masih hidup lagi. Cuba pasang suis aircond, lampu besar dan radio. Biar seketika, jika adakala engine akan mati @ rpm kereta turun naik..bermakna engine macam nak mati.  Alternator kerosakkan tidak teruk..setakat carbon brush nye habis..bole digantikan saje carbon brush. Lebih jimat dr ditukar baru.Kos dalam RM50-80 bergantung pada bengkel.




Selain dari alternator, faktor lain pun boleh menyebabkan alternator tidak boleh mengecas bateri. Terminal penyambungan pada harness/harness yg sudah uzur/terminal bateri longgar/debu putih. sekiranya terdapat kesan kesan debu garam putih dikedua-dua terminal bateri, bersihkan dengan menggunakan bancuhan  baking powder dengan sukatan satu sudu teh serbuk dalam satu cawan air. Bancuhan ini dibubuh atas terminal bateri dan ia akan berbuih. Buih-buih ini akan berhenti bila ia sudah bersih. Seterusnya bilas dengan air sejuk biasa. Kuatkan ikatan kepala bateri jika perlu dengan rapi.

2 comments:

  1. masalah bateri better check betul2 sbb kkdg bateri bole je pakai lagi..mcm kt area kl n s.alam ada je servis percuma mcm bateriku sdn bhd..check n pemasangan percuma jer..servis pon pcma..no dorg 0122458027..skdr bkongsi ..TQ

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:28 AM

    masalah saya pulak, kereta kalau lalu air bertakung,banjir, simbol bateri akan "menyala' macam mana tu tuan? apa yang rosak agaknya.

    ReplyDelete

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca