Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Gaji Mahal Tapi Tidak Pernah Cukup ? Bagaimana mencukupkan gaji anda setiap bulan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masalah tak cukup duit walaupun dah kerja kuat siang dan malam untuk dapatkan lebih banyak duit. Bila buat kerja sampingan, bukannya tak dapat duit. Dapat. Malah kalau memang strateginya betul memang banyak wang yang akan diperolehi. Tapi masalahnya asyik tak cukup duit aje. Harga barang naik satu hal, tapi masalah tak cukup duit masih berterusan.


Setiap kita pastinya inginkan keberkatan terhadap gaji yang kita nikmati hasil daripada pekerjaan kita. Besar atau kecil bukan persoalannya. Ada rakan yang berpendapatan kecil, namun mampu hidup bahagia serta mempunyai anak-anak yang berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan. Ada juga orang yang kaya, tetapi tidak dapat menikmati kebahagiaan yang diinginkan.

Semuanya itu pasti disebabkan beberapa faktor yang memberi kesan terhadap keberkatan hasil wang yang diperolehi seperti dari mana sumbernya, bagaimana diperolehi, ke mana dibelanjakan dan sebagainya. Sebagai ketua keluarga, menjadi kewajipan baginya memastikan sumber pendapatannya halal, agar kesannya kepada orang yang ditanggungnya itu baik lagi berkat.



Bagaimana mencukupkan gaji anda?



1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup.




2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!





3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru, membeli gadjet baru dan sebagainya.




4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami anda. Redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri. dan sebagai isteri yang tidak bekerja iaitu surirumah sepenuh masa, redhalah dengan apa yang ada. Janganlah merungut dengan kemampuan suami. Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.





6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat. Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros. memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan-kawan.
 

Moga ada manfaat!

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca