Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Tips Agar Cergas / Tidak Lembik Semasa Berpuasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bulan Ramadhan kian hampir untuk menjalani ibadah puasa yang merupakan satu kewajiban bagi umat islam. Jika dilihat dari segi kesihatan ibadah puasa yang dijalankan sebulan penuh tiap tahun ini, juga tersimpan banyak manfaat.

 Apabila berpuasa sahaja secara automatik kita akan meminimakan pergerakkan ataupun pekerjaan atas alasan mengelakkan keletihan dan rasa dahaga.  Apa-apaun admin di sini ingin berkongsi dengan anda tips bagaimana untuk kekal cergas sepanjang kita berpuasa. Adalah diharapkan tips yang dikongsikandapat membantu anda dalam mengharungi ibadah puasa dengan jayanya.

  • Jangan Tinggalkan Sahur
Sahur merupakan salah satu rangkaian dalam ibadah puasa Ramadhan yang sangat disarankan, dalam sebuah Hadis disebutkan bahwa Bersabda Rasulullah SAW: "Sahurlah kamu, kerana dalam sahur itu terdapat berkah yang besar". Kenapa sahur penting bagi kita yang menjalani puasa? Semasa menjalani ibadah puasa tubuh kita tidak mendapatkan suapan zat kurang lebih selama 14 jam. Untuk itu supaya tubuh dapat menjalankan fungsi dengan baik, sel-sel tubuh memerlukan zat dan tenaga dalam jumlah cukup. Untuk menu sahur sebaiknya pilih makanan berserat dan berprotein tinggi, tapi hindari terlalu banyak mengambil makanan yang manis-manis.

Banyak memakan makanan manis diwaktu sahur akan membuat kan kita cepat lapar di siang hari. Makanan manis membuat tubuh bereaksi melepaskan insulin secara cepat. Iinsulin berfungsi memasukkan gula dari dalam darah ke dalam sel-sel tubuh dan digunakan sebagai sumber tenaga. Sedangkan makan makanan berserat membuat proses pencernaan lebih lambat dan membantu insulin dikeluarkan secara bertahap. Untuk menjadikan tenaga dari sahur tahan lama, bersahurlah di akhir watu iaitu menghampiri waktu imsak.

  • Makanlah Secara Bertahap
Biasanya apabila azan masuknya waktu berbuka, ramai yang gelojoh makanan segala juadah yang telah tersedia di atas meja. Ini suatu yang amalan yang tidak baik untuk diamalkan kerana  organ pencernaan  akan terkejut dengan kemasukkan makanan secara mendadak setelah lama beristirahat, Sebaiknya janganlah terus memakan dalam kuantiti yang besar. Berbukalah dengan juadah manis seperti kurma atau manisan, dan ianya haruslah dalam kuantiti yang kecil dan kemudian berehatlah sebentar. Gunakan waktu tersebut untuk menunaikan solat magrib sambil memberi waktu untuk organ pencernaan menyesuaikan keadaan. Setelah solat bolehlah diteruskan dengan makanan yang lebih berat seperti nasi dan lauk-pauknya. Dan setelah Tarawih dilanjutkan lagi dengan sesi makan ringkas seperti buah-buahan.

  • Jangan Tinggalkan Senaman
Menjalani ibadah puasa tidak bermakna berhenti bersenam atau beriadah. Badan kita memerlukan aktiviti fizikal untuk kekal cergas. Namun kita harus bijak menentukan aktiviti yang sesuai untuk tujuan ini. Sebaiknya lakukan aktiviti ringan seperti lari-lari anak atau berjalan kaki. Tarawih selain ibadah ia juga dapat menjaga kesegaran jasmani kerana semasa melakukan solat tarawih banyak kalori dibakar.

  • Minumlah Air Secukupnya
Air merupakan zat yang sangat diperlukan tubuh. Lebih dari 60 % tubuh kita terdiri dari air. Untuk menjalankan fungsinya dengan baik setiap organ tubuh kita memerlukan air. Tanpa air yang cukup tubuh akan mengalami gangguan. Untuk itu perbanyakan minum untuk simpanan dalam tubuh supaya semua organ berfungsi dengan baik. Untuk tujuan itu, berusahalah supaya kita dapat meminum lapan gelas air sebelum menjalani puasa esok hari.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca