Skip to main content

Tips Mengecas Handphone


Kebiasaanya apabila membeli telefon baru,penjual akan menasihati supaya mengecas handphone sekurang-kurangnya 8 jam. Adalah lebih baik mengecas penuh bateri ketika pertama kali menggunakan handphone dan cabut pengecas bila sudah penuh bagi memastikan jangka hayati bateri handphone itu sendiri.

Kebanyakkan pengecas handphone boleh digunakan untuk beberapa jenis handphone. Ia boleh disemak dari spesifikasi pengecas yang ada di bahagian belakang pengecas. Tetapi adalah lebih hal ini dielakkan kerana setiap handphone memiliki jenis handphone dan pengecas tertentu.

Gunakan pengecas asli atau original. Jika pengecas sedia ada sudah rosak, beli yang original. Elakkan beli yang tiruan kerana banyak pengecas yang seperti original tetapi palsu.

Jangan selalu mengecas bateri menggunakan pengecas kereta, ini kerana spesifikasi pengecas kereta dan pengecas biasa berbeza. Arus yang dihasilkan dari kereta dan elektrik PLN sangat berbeza dan output kedua-duanya turut berbeza.

Proses mengecas juga menentukan ketahanan bateri. Jangan overcharging handphone anda. Kebiasaanya tabiat mengecas sepanjang malam adalah tidak baik untuk jangka hanyat bateri kerana bateri akan menjadi overheating dan lama ke lamaan bateri handphone akan cepat kong. Adalah lebih baik jika anda mempunyai pengecas yang menggunakan timer sensor panas yang akan memutuskan proses mengecas secara automatic apabila sudah penuh.Pastikan juga handphone yang dicaskan itu dalam keadaan off dan itulah yang terbaik.

external Phone battery
Trend terbaru mengecas handphone 

Alat ini digunakan untuk mengecas gadjet anda dimana jua anda berada terutamanya ketika travel..
tidak perlu risaukan bateri gajet anda kehabisan bateri..Gajet seperti smartphone/handphone/tablet pc/ipad/galaxy tab boleh mengecas pada bila bila  sahaja tanpa memerlukan power source (plug rumah). Dengan bersize kecil, External Phone Battery ini membenarkan pengecasan 2 gajet secara serentak kerana ada disediakan 2 port USB.Anda boleh dapatkan di kedai handphone berdekatan.

Contoh external Phone battery jenama Yoobau Power Bank yang bercapacity 11200MAH.


Apa yang dimaksudkan dengan 11200mAH ? maksudnya jika handphone anda memerlukan battery 1400mAH, bermakna dalam 1 masa, alat ini mampu mengecas sehingga 11200/1400mAH = 8 KALI !! Jadi anda tidak perlu risau lagi kalau nak masuk hutan 3-4 hari.Hehehehehe

Comments

Popular posts from this blog

Tips Game : Ketagih bermain game Clash of Clan @ Kedah Sempoi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sejak memakai smartphone android banyak permainan yang admin sudah main dan salah satu daripadanya adalah Candy Crush . Awal permainan memang best tetapi sejak asyik sangkut level menjadikan game cepat membosankan. Lepas itu admin beralih dengan game Button and Scissors iaitu satu permainan yang santai dan tak stress macam game candy crush. Tetapi lama ke lamaan ianya menjadi boring sebab asyik menggunting butang kain sahaja setiap level. Selepas itu admin beralih kepada game strategi online. Game yang menjadi tumpuan awal adalah Castle of clash dan menjadi fanatik pula pada game ini. Berjaya juga hasut adik bongsu main game ini.Tetapi tak lama kemudian admin jadi boring sebab salah satunya puncanya apabila mereka update grafik yang huduh terus hilang selera untuk bermain.  Dalam mencari games online yang sesuai admin tertengok video iklan game clash of clan seperti di atas. Terus tangkap lentuk untuk main games ini. Perm...

Plan Celcom X2 Dimansuhkan digantikan Celcom Xpax24 yang tidak berbaloi-baloi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada tahun 2011  Celcom telah memperkenalkan pelan panggilan baru untuk para pengguna Xpax, dimana melaluinya Celcom X2 menawarkan panggilan serendah 28 sen untuk setiap 10 minit.

Kegilaan terhadap Oat Choco dengan RM 5 sebungkus

Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari? Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung. Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik. Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung. Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat! Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar ...

Labels

Show more