Skip to main content

Mesti Baca : Penipuan Dalam Penjualan Vitamin C Organik Di Internet

Vitamin C Organik ??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini  Admin berkongsi tentang isu Vitamin C Organik & Vitamin C Dr Holland yang semakin popular kebelakangan ini di internet yang mendakwa baik untuk kulit dan disyurkan oleh pakar kulit. Sebenarnya terdapat terlalu banyak blog dan FB page yang menjual vitamin C yang dikatakan organik ini dan penjualannya mendapat tempat menyebabkan ianya tumbuh bagai cendawan lepas hujan.Mereka menjual vitamin C organik dengan harga RM 30-55 bagi 30 biji. Apa yang admin simpulkan ianya sangat mahal berbanding vitamin C biasa di pasaran yang boleh didapati dengan harga RM 29.90 bagi jenama 21 Century bagi 1000mg.Admin sendiri hampir terpedaya dengan testimoni-testimoni yang digembar-gemburkan dan yakin ianya pasti berkesan memandangkan harganya mahal dan disyurkan oleh pakar kulit.Tetapi sebenarnya admin makin keliru tentang vitamin C yang dikatakan organik dan admin telah membuat google di internet dan menemui satu artikel agak penting untuk dikongsikan bersama anda semua.

Tahukah anda, sekiranya anda merujuk di laman web KKM, nombor rujukan kelulusan KKM yang dinyatakan oleh penjual vitamin c organik sebenarnya adalah kelulusan untuk Sustained Release Vitamin C Shaklee 500mg.
Mengejutkan bukan?? Patutlah produk Vitamin C Shaklee kebelakangan ini mengalami kehabisan stok.

Comments

  1. Anonymous4:50 AM

    tipu di sini bermaksud.
    tipu jenama?
    tipu harga? mana lebih mahal? shaklee atau organik?
    adakah?

    ReplyDelete
  2. Penjual menjual vitamin c organik kononnya dari Holland sedangkan ianya menjual vitamin c shaklee dalam bentuk loose pack.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips Game : Ketagih bermain game Clash of Clan @ Kedah Sempoi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sejak memakai smartphone android banyak permainan yang admin sudah main dan salah satu daripadanya adalah Candy Crush . Awal permainan memang best tetapi sejak asyik sangkut level menjadikan game cepat membosankan. Lepas itu admin beralih dengan game Button and Scissors iaitu satu permainan yang santai dan tak stress macam game candy crush. Tetapi lama ke lamaan ianya menjadi boring sebab asyik menggunting butang kain sahaja setiap level. Selepas itu admin beralih kepada game strategi online. Game yang menjadi tumpuan awal adalah Castle of clash dan menjadi fanatik pula pada game ini. Berjaya juga hasut adik bongsu main game ini.Tetapi tak lama kemudian admin jadi boring sebab salah satunya puncanya apabila mereka update grafik yang huduh terus hilang selera untuk bermain.  Dalam mencari games online yang sesuai admin tertengok video iklan game clash of clan seperti di atas. Terus tangkap lentuk untuk main games ini. Perm...

Plan Celcom X2 Dimansuhkan digantikan Celcom Xpax24 yang tidak berbaloi-baloi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada tahun 2011  Celcom telah memperkenalkan pelan panggilan baru untuk para pengguna Xpax, dimana melaluinya Celcom X2 menawarkan panggilan serendah 28 sen untuk setiap 10 minit.

Kegilaan terhadap Oat Choco dengan RM 5 sebungkus

Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari? Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung. Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik. Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung. Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat! Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar ...

Labels

Show more