Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Modenas Ace 115 Keluaran Terbaru Menjanjikan Kelainan

Modenas ACE 115

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas), pengeluar motosikal negara melancarkan model terbarunya pada 1 Mac 2012 iaitu Modenas Ace 115 yang menggabungkan reka bentuk skuter dan kapcai.  Motosikal dengan tema ‘Evolusi Impian’ itu hadir dengan reka bentuk segar dan sporty, dilengkapi enjin 120cc 4-lejang, 1 silinder dan SOHC.Selain itu, dengan isian minyak sebanyak 5.3 liter mampu menghasilkan perjalanan lancar dengan tangki yang besar tanpa perlu kerap mengisi minyak.

Model terbaru Modenas Ace 115 boleh dikatakan yang terbaik setakat ini selepas Modenas GT128 di mana menampilkan rekaan gabungan elemen skuter tetapi masih berasaskan platform moped, dengan ciri-ciri terbaik seperti sistem penyerap hentak tunggal (monoshock) dan brek cakera dwi-piston untuk bahagian hadapan.




Berikut merupakan senarai speksifikasi dengan lebih detail:-
Engine
Type   4 stroke, SOHC, 1 cyclinder
Bore X Stroke   55.0 x 50.6 mm
Displacement   120 cc
Compression Ratio   9.8
Carburetor   SPACO AV20
Ignition System   Magneto - CDI
Starting System   Electric Starter
Cooling System   Air Cooled
Fuel Tank Capacity   5.3 litre
Fuel Consumption   46.1 km/litre @ 80km/hour

Transmission
Type   4-speed rotary
Clutch   Centrifugal and wet mutiple disc
Primary Reduction Ratio   3.048 (64/21)
Final Reduction Ratio   2.786 (39/14)
Driving System   Chain

 Chassis
Type   Square Pipe Backbone
Front Suspension   Telescopic Fork
Rear Suspension   Trailing Swing
Front Brake   Disc (220 mm)
Rear Brake   Drum (110 mm)

Electrical System
Battery   12 V 5 Ah

Sales Price (excluding roadtax and insurance) :-
RM 4,598.00 (dual starter) 

Kelebihan model terbaru ini ialah tangki minyak yang terdapat pada Ace 115 adalah lebih besar berbanding motor GT128 sebanyak 5.3 liter manakala GT128 hanya mampu menampung 4.3 liter sahaja,  Kelebihan kedua yang pasti buat pengguna teruja dengan Modenas Ace 115 adalah dilengkapi dengan fungsi monoshock, sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh pengguna Modenas selama ni, mungkin teruja dengan monoshock yang sejak sekian lama telah digunapakai pada jentera2 Yamaha LC 135.

Apa pun, dengan keluaran terbaru ini diharapkan Modenas dapat bersaing dengan lebih hebat lagi di masa akan datang berbanding produk2 keluaran pesaing mereka. Tahniah diucapkan kerana sedikit sebanyak Modenas telah membawa perubahan terhadap produk keluaran mereka.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca